Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.
Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.
“Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.
“Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.
Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau Datuk Dr Hilmi Yahya.
Seorang lagi penerima, Lebar Ahmad, 69, berkata tindakan beliau dan rakan- rakannya memulangkan wang berkenaan adalah atas kerelaan hati dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Makcik tak mau dah ambik duit macam ni (wang haram) kerana ia akan jadi darah daging dan biarlah susah daripada terima duit haram,” katanya.
Sementara itu, Sabaruddin berkata pihaknya menganjurkan majlis berkenaan bagi memudahkan warga emas di sekitar Balik Pulau menyerahkan semula wang ehsan berkenaan.
“Majlis ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya atas permintaan warga emas yang mahu memulangkan semula wang haram itu dan Pewaris juga ingin mengingatkan Ketua Menteri agar lebih peka, prihatin dan menghormati prinsip-prinsip Islam memandangkan beliau kini menjadi pemerintah dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam,”katanya
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.