Wednesday, October 13

Alahai!!!!! Peniaga Melayu Pulau-Pinang minta sedekah ditempat sendiri.



Semalam dok sembang dengan rakan-rakan peniaga sekitar georgetown,la nie sejak pakatan haram memerintah banyak yang susah dari senang dulu janji nak bagi macam-macam.kononya la??????????ada yang bagi cuma ciput,yang dok halau peniaga melayu pulak dah.alasan jalan sesak la kadang-kala dok pikiq tak masuk akal.pasal apa yg peniaga cine meniaga depa tak saman siap tutup jalan lagi.
kalau sapa kata mat kilau tipu sendiri pi tengok kat New Lane atau  nama paling popular kat Penang nie DEKAT DENGAN LORONG GARU.

di Tanjong Tokong dan Sungai Pinang peniaga pasar pagi mengunakan satu jalan memang dikhaskan untuk meniaga diwaktu pagi.MPPP bagi alasan jalan sesak.apa punya bahalol dah 30 tahun dah meniaga kat situ baru sekarang isu itu timbul

 MESTI ADA DALANG DISEBALIKNYA.........SIAPA?????????????????????????????.

berikut adalah keratan akhbar dari sinar harian.

  SUNGAI PINANG – ‘Jangan hentikan perniagaan kami, jika kami tidak berniaga macam mana nak dapat rezeki’. Demikian luahan tiga peniaga di Lebuh Sungai Pinang 1 berhampiran dengan perumahan Pinang Court, Pinang Court 2 dan Ocean View. 

Peniaga nasi lemak, Zulkifli Ismail, 43 berkata, dia hanya mengharapkan simpati daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terutamanya daripada bahagian perlesenan supaya tidak memintanya menutup serta merta perniagaannya. 

Menurutnya, hanya sumber pendapatan perniagaannya sahaja dia dapat menyara keluarga. 

“Saya dan ahli keluarga serta rakan seperniagaan bukan hendak menentang MPPP tetapi kami hanya mahu simpati mereka. 

“Jika mereka kata kami tidak boleh berniaga kerana duduk di atas laluan pejalan kaki, apa cerita dengan peniaga di sepanjang Lebuh Chulia yang duduk berniaga sepanjang malam di situ sehingga mengganggu aliran trafik,” katanya. 




Ini adalah kes yang kedua terjadi dalam tempoh kurang dari tiga hari akhbar ini menyiarkan mengenai penjaja kecil yang berasa disisihkan. 



Terdahulu penjaja kecil Tanjung Tokong yang berniaga lebih daripada 30 hingga 40 tahun juga mengalami masalah apabila MPPP dikatakan tidak mahu menyambung lesen perniagaan mereka. 

Tetapi sebaliknya penjaja tetap meneruskan perniagaan setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi. 

Begitu juga fenomena yang terjadi kepada tiga keluarga di Lebuh Sungai Pinang 1 ini apabila tidak dibenarkan berniaga oleh MPPP. 

Yassin Abdul Kadeer, 44, yang berniaga di hadapan Pinang Court 2 berkata, dia tidak membuat kotor di tempat niaga sebaliknya selepas berniaga, kesemua peniaga akan mengutip semua sampah dan akan memastikan tempat itu bersih. 

“Tambahan pula kami tidak menjual minuman dan makanan yang pelanggan boleh makan di situ, saya hairan kenapa mereka hendak menutup rezeki kami, sedangkan penduduk setempat boleh mendapat kemudahan daripada kami kerana makanan yang dijual dekat. 

“Saya mendapat tahu mereka menyuruh kami niaga dalam Medan Selera Pinang Court yang terletak di hadapan perumahan Desa Pinang, tetapi di situ keadaan lengang dan orang yang berniaga di dalam pun duduk di luar untuk berniaga,” katanya. 

Tinjauan Sinar Harian mendapati di lokasi Lebuh Sungai Pinang 1 lebih daripada 10 penjaja akan menjalankan perniagaan mereka bermula dari jam 7 pagi. 

Ia termasuk menjual barang basah seperti ikan, sayur, barang runcit, kuih muih dan makanan pagi. 

Peniaga, Azlan Sheikh Daud, 26, berkata, medan selera yang terletak di Desa Pinang itu sepatutnya dijadikan sebagai pasar basah kerana penduduk Sungai Pinang tidak mempunyai pasar di situ. 

Menurutnya, daripada menjadikan ia sebagai gerai makanan, ia hanya mendatangkan kerugian kepada peniaga. 

“Kenapa di tempat lain mereka duduk berniaga di tepi jalan MPPP tidak ambil tindakan tetapi kenapa kami diberi amaran baru-baru ini dengan mengatakan akan merampas segala barangan jika kami masih berniaga. 
Bukan setakat amaran, kesemua peniaga juga diberikan notis dari Bahagian Perlesenan MPPP kerana melanggar Undang-undang kecil peniaga 1979 dan mengarahkan supaya ia ditutup serta merta. 


Kemudiannya kesemua peniaga juga diberikan denda dengan saman RM25 bermula dari awal tahun ini.

Mat kilau apa nak jadi merintih macam orang minta sedekah sedangkan ini tanah melayu,bila minta undi lembut gusi dari lidah sapa yg ada nak tolong nasib melayu........................

3 comments:

  1. Mat Kilau, market Batu Lanchang, Lip Sin yang penuh Cina tu depa tamau clear ke? Cicak tgk tiap2 pagi market Lipsin jam teruk.nak pi medan suri guna shortcut pun susah.dah la market tu menggelikan,banyak anjing....anjing kan binatang kotor boleh bawak penyakit,awat MPPP tak kalut pulak?

    ReplyDelete
  2. biasalah LGE nak hapuskan melayu dari pulau.

    ReplyDelete
  3. Tanah Melayu,peniaga Melayu ,MPPJ ada juga Melayu tetapi malangnya Kerajaan Banyak Cina kurang Melayu.Dulu UMNO /Gerakan memerintah Melayu kena buang ambil Cina DAP memerintah,peniaga Melayu kena halau,wang RM100 punwang haram..senang sahaja ..PRU 13 ni Melayu Pulau Pinang/Mamak Pulau PInang/Mami Pulau Pinang/Keling Pulau Pinang(INI boleh percaya ke).islam Pulau Pinang undi UMNO semula..sokong UMNO ..jatuhkan DAP dan halu Guan Eng ke Melaka.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.