Thursday, October 14

Alahai!!!!! Peniaga Melayu Pulau-Pinang minta sedekah ditempat sendiri(terbaru)

Cerita terbaru yang diberikan oleh pihak pengurusan MPPP mengenai rintihan peniaga pasar pagi di tanjong tokong,
MPPP bagi lesen jika diberikan kerjasama!!!!!!!
Nak tergelak pun ada nak maki pun ada,
Nie Yang dok buat kacau sampai nama hang pun tak mau cakap pasal apa TAKUT.........
Peniaga membayar duit setiap tapak yg disewa sebanyak 2 ringgit satu tapak bagi membersihkan tapak setiap hari. 
Awat sebelum nie BN memerintah tak dengaq pun masalah nie?
Alasan mengganggu  lalu lintas......Piiiiiiiiiiirah

Awat Pasar pagi kat Chowrasta boleh.............?
Pasal Depa ORANG KUAT DAP KOTTTTTT..........
TUEEEE YANG BETUL..............AWAT TAK SAMAN.





berikut dari keratan sinar harian:
EORGETOWN – Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) boleh mengeluarkan lesen kepada penjaja pasar pagi Tanjung Tokong dengan bersyarat. 

Wakil bahagian perlesenan yang enggan namanya disiarkan berkata, pihaknya bersedia mengeluarkan lesen Penjaja Statik Sementara (PSS) kepada kesemua 40 penjaja berkenaan tetapi penjaja perlu memberikan kerjasama dengan membersihkan semula lokasi perniagaan. 

Menurutnya, walaupun MPPP tidak membenarkan lokasi salah satu jalan kecil di Tanjung Tokong itu dijadikan sebagai pasar, namun penjaja perlu patuh untuk membersihkan semula sisa sampah mereka selepas berniaga. 

“Bukan kami tidak mahu bagi lesen kepada mereka tetapi sememangnya kawasan itu bukan merangkumi kawasan penjaja yang layak mendapatkan lesen kerana mengganggu lalu lintas. 

“Tetapi kami tidak mengambil tindakan merampas barangan perniagaan kerana mereka sudah lama berniaga, dan disebabkan itu hanya kompaun dan denda diberikan sebulan dalam sekali, iaitu RM50 dan sekiranya mereka bayar awal dalam tempoh seminggu mereka hanya membayar RM25,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Terdahulu akhbar ini melaporkan kira-kira 40 penjaja pasar pagi di Kampung Tanjung Tokong mengadu sudah bosan kerana selalu disaman MPPP. 

Penjaja yang kebanyakan sudah berniaga lebih daripada 30 hingga 40 tahun itu juga hairan bagaimana MPPP boleh memberikan saman secara terus seolah-olah sememangnya semua nama peniaga sudah ditulis lebih awal. 

Kesemua penjaja juga meminta supaya MPPP menyediakan pasar yang lebih baik dan lengkap kepada semua penjaja. 

Ia berikutan pasar pagi itu sememangnya mendapat sambutan daripada penduduk berdekatan terutamanya dari Flat Uda Tanjung Tokong dan Kampung Tanjung Tokong yang berdekatan. 

Wakil perlesenan itu juga memaklumkan, MPPP pernah mencadangkan supaya kesemua peniaga dipindahkan ke Kompleks Uda Tanjung Tokong yang terletak berhadapan dengan kampung terbabit. 

Namun, disebabkan beberapa masalah, penduduk tidak mahu berniaga di situ dan menyebabkan mereka masih berniaga di tempat sama. 

“Sekarang kami dari bahagian perlesenan juga sedang berbincang dengan ahli majlis MPPP cara untuk menyelesaikan masalah mereka. 

“Tetapi yang utama kini kami akan berikan lesen sekiranya mereka membersihkan semula tapak perniagaan selepas berniaga,” katanya.
mat kilau:sebetulnya DAP nak halau MELAYU keluar dari PULAU PINANG.



No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.