Bersandarkan fenomena keputusan PRU ke 12, Mac 2008 serta yakin bahawa Ku Li tidak akan bertanding di kerusi DUN Galas, PAS menaruh harapan akan mempertahankan kerusi DUN tersebut.
Walau pun begitu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman beranggapan PAS sebagai ‘underdog’, walaupun masih optimis akan menang dan mempertahankan kerusi DUN Galas. (rujuk di sini)
Pada PRU ke 12, kawasan Galas, Ku Li hanya mendapat 3,826 undi, manakala calon PAS, Zulkefli Mohamed mendapat 4,143 undi, perbezaan 317 undi dan calon BN bagi DUN Galas kalah dengan majority 646 undi.
Kalau dah macam tu perkiraan PAS, mengapa begitu mengelabah bila dengar Ku Li dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil BN ? Lebih mengelabah lagi bila ad aura-ura Ku Li juga bakal dicalonkan bertanding dalam PRK DUN Galas ?
Sebab itu, PAS berharap sangat agar Ku Li akan buat perangai bagi memudahkan jentera-jentera PAS-pakatan menjalankan tugas pilihan raya nanti…..
PAS juga berura-ura hendak letakkan calon dari kalangan orang Asli dan kaum Cina dari kelab penyokong PAS untuk mengambil hati pengundi-pengundi orang Asli dan kaum bukan Melayu di Galas…… kenapa mengelabah sangat…..
Atau PAS dah tahu ramai pengundi-pengundi Cina sudah marah pasal janji-janji diberi hak milik tanah tapi sampai sekarang tak dapat juga…….
Atau pun PAS dah tahu janji hendak bagi kepada pengundi Orang Asli elaun RM200 sebulan tidak tertunai….. atau telah merasakan Orang Asli lebih bertambah marah apabila tanah-tanah milik mereka telah dijual kepada syarikat besar milik kroni-kroni PAS…..
Mungkin juga PAS sudah tidak yakin lagi dengan kempen-kempen ‘masuk syurga’ jika mengundi PAS dikalangan pengundi Melayu Islam………..
Atau pun memang PAS sudah sedar selama ini, pembohongan, janji-janji kosong, fitnah serta segala kemungkaran, kepincangan PAS sejak berkawan dengan syaitan-syaitan DAP-PKR telah disedari kebanyakan masyarakat Melayu Islam…….
Apakah PAS sudah tahu bahwa rakyat telah telah sedar, lebih-lebih lagi di DUN Galas bahawa selama ini kepimpinan PAS telah berbohong untuk mewujudkan sebuah Negara Islam tulen bersama DAP-PKR…..
Rakyat sudah sedar dari lamunan janji-janji kosong PAS, rakyat juga sudah sedar bahawa PAS terlalu lama menggunakan perkataan Islam untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu Islam…….
Rakyat juga tahu selama ini PAS bersama PKR hanya sebagai tukang salak, tukang jilat DAP sahaja……
Jadi-jadilah berbohong dan hipokrit wahai pemimpin-pemimpin PAS……. Sesungguhnya PAS sememangnya tidak mampu serta tidak akan dapat menunaikan janji-janjinya untuk mendirikan sebuah Negara Islam tulen bersama-sama DAP-PKR……
Tinggalkanlah Parti Ajaran Sesat ini……
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.