Fahami ‘Maqasid’, Perhebat ‘Manhaj’ Perkasakan Parti – Khairy
Bertemakan “Maqasid dan Manhaj Perjuangan” Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, menegaskan bahawa agenda perjuangan bangsa Melayu dan Bumiputera tidak akan sekali-kali dipisah dari UMNO khususnya daripada pergerakan itu.
Menurut beliau hakikatnya, UMNO itu lahir demi memperjuangkan hak dan suara orang Melayu dan biarpun masa berlalu yang turut membawa perubahan kepada lanskap politik, namun wadah perjuangan dan denyutan nadi politik UMNO masih sejitu dan seutuh selalu, senada dan seirama dengan pejuang-pejuang terdahulu.
“Persoalan sama ada UMNO merupakan satu-satunya landasan untuk memperjuangkan nasib anak bangsa tidak sepatutnya diungkit. Dulu kini dan selamanya, UMNO lah yang menjadi benteng, UMNO lah yang menjadi perisai dan UMNO lah yang akan meneruskan perjuangan demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
“Yang sepatutnya menjadi persoalan kita sekarang bukanlah matlamat perjuangan. Tanpa dipengaruhi emosi, kita harus berani memisahkan apa itu matlamat dan apa itu cara atau pendekatan. Kita harus memahami perbezaan antara maqasid atau objektif perjuangan dan manhaj atau cara dan pendekatan yang diamalkan.
“Perubahan yang dituntut kini bukan pada maqasid. Matlamat untuk memartabatkan orang Melayu tak pernah dilupa, jauh sekali dibuang. Apa yang perlu diubah adalah manhaj perjuangan atau cara yang digunapakai selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada persidangan agung pergerakan itu, di Dewan Merdeka, PWTC, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menegaskan naratif baru itu tidak sesekali mengubah matlamat perjuangan kerana apa yang perlu ditekankan ialah cara bagaimana Bumiputera dapat diperkasakan, melalui pembaharuan kepada suatu agenda bangsa yang lebih segar dan relevan.
“Hari ini, kita ketepikan manhaj lama yang tidak memberi kejayaan menyeluruh kepada kita dan menerima pendekatan baru bertunjangkan merit dan keperluan yang akan membina keupayaan dan kapasiti bangsa tanpa melembabkan kerancakan ekonomi negara.
“Hari ini, kita ketepikan manhaj lama yang tidak memberi kejayaan menyeluruh kepada kita dan menerima pendekatan baru bertunjangkan merit dan keperluan yang akan membina keupayaan dan kapasiti bangsa tanpa melembabkan kerancakan ekonomi negara.
“Kita mahu melahirkan lebih ramai usahawan, teknokrat dan profesional yang mempunyai swadaya dan tidak mengharapkan bantuan dan ehsan Kerajaan, yang berdikari, berdiri di atas kekuatan mereka sendiri. Kita bukan bangsa subsidi tetapi kita bangsa yang punya harga diri. Kita mahu mengantarabangsakan kemampuan bangsa agar tidak terbatas dengan kebergantungan kepada keistimewaan dan kuota di dalam sempadan negara tetapi mampu mekar dan berjaya di persada dunia,” katanya.
Beliau seterusnya mengharapkan agar UMNO lebih bersikap terbuka terhadap Pemuda selain membuka ruang partisipasi yang lebih luas lagi untuk orang muda.
“Masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang partisipasi yang lebih luas lagi untuk orang muda. Malah, ruang untuk memperkasa dan menghakupayakan anak-anak muda dalam UMNO masih lagi sempit.
“Orang muda amnya amat berharap agar UMNO bersikap lebih terbuka kepada Pemuda. Didik dan bimbinglah kami, berilah tunjuk ajar serta pedoman agar kami tidak tersilap langkah. Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman.
“Berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi kerana saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia,” katanya.
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
blog sdr telah saya list/paut di http://suaramajlis.blogspot.com tq
ReplyDeleteterima kasih,saudara azizan.
ReplyDelete