Friday, November 12

Banjir : Pemuda Hulur Bantuan Fasa Kedua



Pemuda UMNO akan terus menghulurkan bantuan terhadap mengsa banjir di negeri ini yang rata-rata trauma dengan bencana berkenaan yang bukan sahaja memusnahkan tanaman padi selain kerosakan melibatkan harta benda.
Exconya, Datuk Zubir Zabidi berkata fasa kedua bantuan pergerakan itu akan menjurus kepada bentuk bantuan secara bersemuka dengan membersihkan rumah-rumah yang ditenggelami baru-baru ini selain kata-kata semangat bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Menurut beliau, pihaknya akan turut mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada mangsa berkenaan seperti kelengkapan dapur serta keperluan lain yang difikirkan sesuai.
“Kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada korporat, NGO dan pelbagai pihak lain yang cukup prihatin untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini. Kita akan pilih rumah-rumah tertentu seperti warga emas, mereka yang tidak ada anak dan sebagainya dalam program ini.
“Fasa pertama telah berlalu dan kita berharap akan tampil lebih banyak lagi pihak-pihak swasta dan warga korporat yang lain bagi meringankan beban mangsa banjir berkenaan. Percayalah..mangsa banjir begitu trauma dan kita amat mengharapkan bantuan berterusan bagi menjayakan inisiatif kita ini,” katanya.
Banjir yang melanda utara semenanjung baru-baru ini mula kembali pulih seperti biasa dan hanya beberapa pusat pemindahan masih lagi dibuka.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Alor Setar seterusnya melahirkan rasa kecewa terhadap sikap dan tindak tanduk kerajaan negeri yang mengambil sikap sambil lewa terhadap mangsa banjir berkenaan.
“Kita melihat kerajaan negeri pimpunan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak bukan sahaja gagal sepanjang masa banjir, malah selepas banjir.
“Ini kerana mereka gagal sepertimana yang didedahkan oleh media sebelum ini dan paling nyata adalah kegagalan menyalurkan air bersih. Bekalan air cukup penting dan seharusnya kerajaan negeri mengambil inisiatif menangani perkara ini”, ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.