Banner itu bertajuk 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda PAS Membantah Kerjaaan Penang Lulus 96 lesen Premis Urut dan 1367 Hiburan.'
Banner itu dikatakan digantung oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebagai tanda tidak menyokong dengan kemungkaran yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang mahu negeri itu menjadi hab maksiat yang hebat.
Kelulusan 96 lesen premis urut dan 1367 hiburan oleh Lim Guan Eng dalam tempoh masa yang singkat memang patut disanggah oleh rakyat Pulau Pinang yang tidak mahu gejala maksiat berleluasa di negeri itu.
Orang Islam Pulau Pinang tak kira perbezaan parti politik sepatutnya bangkit beramai-ramai menyatakan bangkangan kita. Banner itu adalah contoh baik untuk menujukkan kekecewaan orang Islam terhadap isu yang berlaku.
Yang lawaknya, Pemuda PAS di Pulau Pinang tanpa fikir panjang, menafikan usaha baik itu. Mereka menafikan banner itu adalah usaha mereka. Alasan mereka tentu menggelikan hati kita.
Rujuk laporan berita di bawah :-
Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.'Menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS atau 'menimbulkan kemarahan Lim Guan Eng terhadap PAS'?
"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan."
Inilah persepsi utama rakyat Pulau Pinang apabila membaca keterangan si Nazir Arshad. Kenapa rakyat perlu marah jika banner itu membangkang kemungkaran yang berlaku di Pulau Pinang?
Hanya Lim Guan Eng sahaja yang akan melenting dan memarahi PAS Pulau Pinang kerana 'lawan towkey'!
'Nama PAS rosak kerana banner berkenaan'? Ini adalah satu lagi kenyataan yang sangat pelik kerana tiada rosaknya nama PAS itu memperkatakan suatu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan Lim Guan Eng DAP.
Nama PAS hanya rosak di mata Lim Guan Eng sahaja. Tapi kerana membangkang hab maksiat yang disokong oleh Lim Guan Eng.
Mat kilau eloklah PAS nie kuda tunggangan Guan Eng,Pemimpin melayu PAS_PIS_PUS kenan cucuk hidung lepas nie melayu kena halau pi atas bukit.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.