Siapakah Pemuda ini?Adakah beliau ahli UMNO.RSN RAYER kata ini adalah Beruk.Kenyataan Rayer ibarat meludah kelangit jatuh ke muka sendiri.Bak Ayam berkokok Garang tetapi Tahi Penuh diekor.
Ariff Ibrahim, 38, (gambar) bukan wakil rakyat namun hal dirinya disebut-sebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Ini berikutan tindakannya memanjat dan merantai diri pada pintu pagar DUN ketika berlangsung tunjuk perasaan pada hari kedua sidang DUN minggu lalu.
Semalam, ADUN Seri Delima, RSN Rayer menggelar Ariff sebagai 'monyet UMNO' kerana tindakannya itu.
Tidak lama selepas tuduhan itu dilemparkan, Ariff tampil menjelaskan, "saya bukan ahli UMNO tapi ahli Pas."
Ariff bagaimanapun berkata, dia kini tidak lagi meyakini parti itu di peringkat negeri seperti dahulu kerana pemimpinnya dilihat tidak mampu membelas nasib orang Melayu dan Islam.
“Walaupun begitu, saya belum keluar parti, masih ahli Pas di kawasan Tanjung. Apabila ada orang menuduh saya ahli UMNO, itu tak betul. Saya tidak ada kena mengena dengan UMNO. Saya lebih selesa berjuang bersama NGO, bukan parti politik. Saya ada prinsip dalam perjuangan menegakkan Islam dan orang Melayu, saya tidak ada kepentingan politik,” katanya.
Ariff berkata, suatu ketika dahulu, dia memang meyakini perjuangan Pas untuk membela nasib Melayu dan Islam namun apabila diberi peluang berkuasa bersama Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, parti itu ternyata tidak mampu membawa sebarang perubahan.
“Saya anggap Kerajaan Negeri diperintah secara diktator. Sebab itu, Pas tidak mampu buat apa-apa. Ini amat menyedihkan,” katanya.
Ariff berkata, insiden di DUN minggu lalu bukan demonstrasi pertama disertainya.
“Saya pernah melompat ke atas kereta Lim Guan Eng pada bulan Ramadan lalu berhampiran Masjid Kampung Rawa bagi meluahkan sendiri perasaan kecewa terhadap Kerajaan Negeri DAP,” katanya.
Meskipun pernah bertindak demikian, Ariff berkata, dia tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh parti.
“Pembelaan untuk orang Melayu dan Islam di negeri ini kurang memberangsangkan. Saya tak nampak nasib kita lebih terbela di bawah pimpinan kerajaan ini. Melalui NGO yang tidak terikat oleh kepentingan politik, saya harap mampu jadi pendesak untuk mendapatkan hak sebagai rakyat negeri ini,” katanya.
Ditanya andai dikenakan tindakan oleh Pas atas tindak-tanduknya yang mencemarkan imej PR, Ariff berkata, dia hanya berpegang pada prinsip dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan agama Islam.
“Berpolitik tidak penting. Lebih penting adalah perjuangan untuk agama dan bangsa. Kalau mereka nak ambil tindakan, mereka mempunya hak mengikut dan perlembagaan parti untuk berbuat demikian. Apa yang saya lakukan adalah berlandaskan hak saya sebagai orang Melayu dan orang Islam.
“Matlamat saya bersama Pas bukan untuk kebendaan tetapi adalah untuk agama dan bangsa,” katanya.
Ditanya jika UMNO pernah mendekatinya berhubung isu yang dibangkitkan, Ariff berkata, apa yang dilakukan berlandas prinsip dan perjuangan.
“Saya tidak didalangi dengan mana-mana parti politik. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa UMNO atau mana-mana parti politik berada di belakang saya. Saya lakukan semua ini atas prinsip perjuangan saya sendiri.
“Banyak isu yang saya bangkitkan dan ia bukan daripada sumber ahli politik mahupun media. Saya dan beberapa lagi aktivis turun dan mendengar sendiri masalah rakyat. Tindakan mereka menuduh saya orang UMNO adalah untuk menegakkan benang basah,” katanya.
Ariff menyertai Pas sejak 1998 dan mula membangkitkan isu-isu Melayu dan penindasan terhadap hak kaum itu ketika bersama Pas Jelutong .
Menurutnya, sewaktu pemerintahan Barisan Nasionan (BN), dia pernah terlibat membangkitkan isu perkuburan Kampung Kolam yang tercemar dengan membawa batu nesan ke pejabat Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ketika itu, Shabudin Yahya.
Selain itu, Ariff bersama rakan aktivis yang lain pernah melakukan demonstasi membela nasib peniaga Melayu di negeri ini seperti Restoran Doremi di Batu Feringghi dan beberapa peniaga Melayu lain.
Minggu lalu, Ariff terlibat dalam tunjuk perasaan di depan DUN berhubung isu tanah perkuburan Islam Lot 21 dan 22 .

Mat kilau kata Lain kali kalu nak tembak pakai helmet dulu kan dah kena.sehingga orang PAS pun tak kenal,tersenyum sendirian dok tengok perangai ADUN DAP yang agak kurang cerdik.nantikan kupasan FORUM malam nie.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.