Saturday, December 4

Anuar Cuba Perangkap PM.



DATUK Seri Najib Tun Razak tidak harus terperangkap dengan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sengaja menggembar-gemburkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan di adakan pada tahun depan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed AliAlhabshee, Anwar sengaja berbuat demkian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada 2011 dan peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik.

Katanya, ramai berpendapat peguam utama dalam kes liwat Anwar, Karpal Singh akan menggunakan kelicikannya untuk melanjutkan perbicaraan kes tersebut sehingga Jun 2012.

"Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri mengadakan PRU pada pertengahan tahun depan membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO," tegasnya.

katanya lagi, Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) cuba memerangkap Najib dengan memukul canang kononnya PRU akan diadakan pada pertengahan tahun depan.

Syed Ali juga mengingatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dengan kecenderungan kaum Cina yang dikatakan 'tidak kisah' dengan isu penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika PR memenangi PRU akan datang.

"Orang Melayu harus berhati-hati kerana perpecahan di kalangan mereka telah dipergunakan oleh pihak bukan Melayu untuk melebarkan pengaruh politik mereka," ujarnya.

Mengenai konsep Ketuanan Rakyat yang dicanang oleh Anwar, Syed Ali menjelaskan Penasihat Umum PKR itu sememangnya tidak memperdulikan terhadap untung nasib orang Melayu di negara ini.

"Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah kaya-raya dan mereka tidak memperdulikan terhadap sebahagian besar lagi orang Melayu yang masih miskin, matlamat mereka adalah untuk berkuasa dengan menjadikan orang Melayu sebagai alat," katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali menyarankan kerajaan supaya menyiasat dari mana dan bagaimana Anwar memperolehi sumber kewangan bagi membiayai pergerakan PKR.

Justeru itu, beliau mahukan supaya setiap kepimpinan UMNO disemua peringkat supaya mempertingkatkan gerakan penerangan dan mengumpul sebanyak mungkin input yang boleh dijadikan bahan untuk menangkis pelbagai dakyah pembangkang menjelang PRU akan datang.

"Kita kena bersedia kerana ancaman pembangkang tidak boleh dipandang ringan, mereka juga memiliki strategi untuk melemahkan UMNO dan BN," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin, geraf sokongan rakyat terhadap prestasi kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri semakin meningkat kerana kerajaan BN tetap meneruskan tradisi membela nasib mereka.



sumber  disini.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.