Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya.
Sambil menyifatkan kenyataan tersebut bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing, beliau menegaskan persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.
Beliau turut menuduh Guan Eng dan DAP sebagai bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain.
Tegas beliau lagi golongan cauvinis ini tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.
“Guan Eng yang sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi.
“Cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.
Selain itu, Guan Eng juga melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.
LGE : apa itu tanah wa kasi sama lu..
ReplyDeleteKS : thank you my son.. Pasni wa mau lgi manyak ma.. lu kasi halau melayu dr sini.. lu guna cara singapura..
LGE : wa sulah halau ma.. itu balik pulau.. ini orang manyak degil ma.. kasi susah sama wa..
KS : lu kata kita mau buat nanyang universiti.. kasi itu kg punya budak.. dh dapat lu kasi tendang ma..
LGE : apa lu manyak bijak ma.. nt wa bawak mansor sama malik g nasihat itu kg punya budak..
KS : lu otak manyak bijak ma.. mcm babi juga..
melayu pulau pinang plak kata...
" hidup susah , mati pun susah "
PULAU PINANG 20 Dis. - Bagai menunggu buah yang tidak gugur.Itu pengalaman yang dilalui oleh 15 ahli Forum Penyelarasan Umat (Forum) setiap kali mahu berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tanah Lot 21 dan 22 di Jelutong di sini yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.
Kesemuanya ternyata hampa dan kecewa apabila Guan Eng masih enggan bertemu mereka.
Mereka yang terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propogation Society International (IPSI) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) menunggu hampir sejam di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Seperti yang dilalui sebelum ini, perjumpaan kali ketiga yang dirancang itu juga gagal dengan pelbagai alasan diberikan oleh Pejabat Ketua Menteri.
Menurut Timbalan Pengerusi Forum, Hafiz Nordin, sejak sembilan bulan lalu, pihaknya telah berusaha untuk mengatur temu janji dengan Setiausaha DAP itu, namun, semuanya gagal.
Katanya, surat temu janji yang dihantar kepada pemimpin berkenaan juga semuanya tidak berbalas malahan, tiada langsung khabar berita setelah ia diterima oleh wakilnya.
"Saya amat pelik, mengapa dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sedangkan kami bukan musuhnya.
"Sudah hampir tiga tahun keadaan ini berlarutan dan kami semakin hilang sabar melayan kerenahnya.
"Hari ini, saya diberitahu dia sedang menghadiri majlis sambutan Hari Natal di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seolah-olah dia lebih berminat menghadiri sambutan berkenaan daripada menyelesaikan isu orang Melayu negeri ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan surat bantahan pertubuhan tersebut kepada Guan Eng yang diterima pembantunya, Ong Beng Huat.
Menurut Hafiz, sikap sombong dan bongkak Guan Eng semakin ketara apabila beliau enggan mengadakan sebarang perjumpaan bukan sahaja dengan mereka malahan NGO Islam lain, walaupun isu berkenaan telah berlarutan bagi tempoh yang lama.
Katanya, sikap yang ditonjolkan Guan Eng itu amat mengecewakan mereka yang sehingga kini masih ternanti-nanti tarikh yang sesuai untuk berjumpa dengannya.
"Kami amat berharap agar kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengamalkan dasar politik kepartian sebaliknya mengambil kira keperluan semua kaum.
"Justeru, kami amat berharap dia datang berjumpa dengan kami, tidak kisah di mana sekalipun walau di tepi parit.
"Kami hanya mahu Lot 21 dan 22 diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk dijadikan tanah perkuburan Islam di negeri ini," katanya. ~ berita harian..