Thursday, December 9

Guan Eng dapat kek hari jadi hitam tengkorak !



Guan Eng dikhabarkan telah menerima kek hitam lagi sempena hari lahir beliau yang ke 50 di KOMTAR hari ini. Tiga kek hitam berbentuk hati itu diberikan oleh beberapa Ngo sebagai ingatan kepada Lim Guan Eng tentang apa yang telah dilakukan oleh pemerintahan Lim dan DAP di Pulau Mutiara tersebut.

Ngo-Ngo terbabit ialah, Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Persatuan Peniaga Komtar, penduduk Kg Genting, Kg Jln Pokok Asam dan bekas penduduk Kg Buah Pala, turut hadir Aminah Abdullah, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia.

Kek pertama tertulis, 'selamatkan kg Genting', kek kedua 'selamatkan lot 21/22 (Jelutong) dan kek ketiga daripada persatuan Anak Jati Pulau Pinang.

Kek hitam itu dikatakan adalah sebagai simbolik menyampaikan rasa tidak puas hati penduduk terhadap kepimpinan rasis, chauvanis dan diktator Lim Guan Eng terhadap rakyat Pulau Pinang.Ini khususnya pemerintahan Ketua Menteri P.Pinang ini terhadap orang Melayu dan India di Pulau Pinang yang didiskriminasi dan dihalau dari kampung dan tempat cari makan mereka.

Malaysian Voices

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.