Thursday, November 11

Misi Kemanusiaan Pemuda BN Curah Khidmat Bantu Mangsa Banjir




Lebih dari 1000 orang sukarelawan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Pemuda UMNO dengan kerjasama Kelab Putra 1 Malaysia turun padang bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kedah dan sekitarnya, membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang terlibat.


EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar yang mengetuai gotong royong di daerah Alor Star berkata, misi ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa banjir untuk mengemas dan membasuh rumah selain membantu membersihkan sekolah surau, masjid, balai raya, dan sebagainya.


Menurut beliau, misi tersebut adalah bantuan tambahan bagi membantu sukarelawan yang telah pun berada di sana sebelum ini.


“Apa yang kami perhatikan, banyak rumah rumah bangunan-bangunan awam belum dibersihkan dan keadaannya amat kotor dan menyedihkan,justeru misi bantuan Sukarelawan BN diharapkan dapat meringangkan beban mereka yang terlibat bagi membersihkan rumah mangsa di kawasan masing-masing “ katanya ketika ditemui di sini pagi kelmarin.


Menurut Jamawi yang exco angkat kepada Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Alor Star, sukarelawan Pemuda BN juga berterima kasih atas kerjasama Kelab Putra 1 Malaysia yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Rahim bersama anggotanya juga masyarakat setempat yang prihatin menjalankan misi bantuan ini


Tambah Jamawi bantuan yang diberikan itu tidak akan mengira ideologi politik, agama dan kaum dimana bagi sukarelawan Pemuda BN, kesempatan turun padang ini juga dimanfaatkan untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat.


Dalam perkembangan yang sama Jawawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom meminta penduduk yang terjejas dengan masalah banjir ini agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan


Katanya, pelbagai penyakit bawaan ekoran masalah banjir mudah merebak oleh itu katanya, mereka perlu berwaspada dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dalam pemakanan dan juga persekitaran bagi mengelakkan kesihatan mereka terjejas.


Sementara itu rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur serta terima kasih mereka atas keprihatinan Sukarelawan Pemuda BN yang sanggup turun padang bukan sahaja membantu semasa mereka dilanda banjir namun turut membantu membersihkan kawasan dan rumah masing-masing selepas banjir beransur-ansur pulih.





“Kita terharu dan menyanjung tinggi pergorbanan serta bantuan yang diberikan BN ini, jika tidak sudah pesti kami akan menghadapi kepayahan serta kesukaran untuk membersihkan rumah-rumah kami dimana kami juga amat dukacita dengan sikap kerajaan negeri di bawah pentabiran Pas yang gagal memainkan peranan yang lebih efektif bagi membantu kami” jelas seorang penduduk .


Bagi seorang warga OKU Jaafar Osman kedatangan Sukarelawan Pemuda BN membersihkan rumahnya merupakan satu pertolongan yang sukar dilupakan, dimana menurut beliau tanpa kedatangan sukarelawan Pemuda BN ini sudah tentu bagi beliau dari golongan OKU menghadapi kesukaran untuk membersihkan rumahnya.


Mat kilau:"YANG BERAT SAMA DI PIKUL, YANG RINGAN SAMA DI JINJING" UMNO Pulau Pinang menyampaikan Sumbangan RM50,000.00 kepada mangsa banjir di Kedah dan RM20,000.00 kepada Perlis.

Bantuan Ehsan Bagi Mangsa Banjir Di Kedah.

Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kedah akan mengadakan mesyuarat pertamanya Jumaat ini bagi membincangkan mengenai pemberian bantuan ehsan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jawatankuasa itu terdiri daripada 30 angggota termasuk wakil-wakil rakyat kawasan terlibat dan ketua-ketua jabatan yang berkenaan.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan bagi menentukan mekanisme pemberian bantuan ehsan dan cara mengedarkan borang untuk diisi oleh mangsa-mangsa banjir bagi mengenalpasti pihak yang layak menerima bantuan ehsan itu.
“Cadangan saya kita edarkan borang itu rumah ke rumah mangsa banjir. Ia akan kita laksanakan dalam masa seminggu. Selepas mereka memulangkan balik borang, kita akan tapis sebelum kita serahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Daripada MKN ia akan dibawa kepada Kabinet…kalau Kabinet luluskan semua yang layak akan dapat bantuan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi membersihkan kawasan yang dilanda banjir oleh sukarelawan BN dan Kelab Putera 1Malaysia serta Pelajar-pelajar IKBN Jitra
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata Umno negeri juga akan menyalurkan barangan makanan kepada mangsa banjir yang telah pulang ke rumah, yang dirasakan cukup untuk tempoh seminggu.
“Kita juga dah beritahu kepada kepada sukarelawan kita supaya memaklumkan bahawa bantuan makanan akan diberikan kerana kita sedar keadaan mangsa banjir memang susah walaupun banjir dah reda.
“Esok kita akan gerakkan lagi Pemuda, Wanita dan Puteri untuk beri bantuan sampai habis semua rumah yang terlibat menerima bantuan yang sewajarnya,” katanya.



Mat Kilau:Awat MB pasal apa marah,maaflah pasal dok kacau tido. 

Wednesday, November 10

YB. R.S.N RAYER - A.D.U.N. SERI DELIMA, PENANG.SIAPA BERUK??


Siapakah Pemuda ini?Adakah beliau ahli UMNO.RSN RAYER  kata ini adalah Beruk.Kenyataan Rayer ibarat meludah kelangit jatuh ke muka sendiri.Bak Ayam berkokok Garang tetapi Tahi Penuh diekor.




Ariff Ibrahim, 38, (gambar) bukan wakil rakyat namun hal dirinya disebut-sebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Ini berikutan tindakannya memanjat dan merantai diri pada pintu pagar DUN ketika berlangsung tunjuk perasaan pada hari kedua sidang DUN minggu lalu.

Semalam, ADUN Seri Delima, RSN Rayer menggelar Ariff sebagai 'monyet UMNO' kerana tindakannya itu. 

Tidak lama selepas tuduhan itu dilemparkan, Ariff tampil menjelaskan, "saya bukan ahli UMNO tapi ahli Pas."

Ariff bagaimanapun berkata, dia kini tidak lagi meyakini parti itu di peringkat negeri seperti dahulu kerana pemimpinnya dilihat tidak mampu membelas nasib orang Melayu dan Islam. 

“Walaupun begitu, saya belum keluar parti, masih ahli Pas di kawasan Tanjung. Apabila ada orang menuduh saya ahli UMNO, itu tak betul. Saya tidak ada kena mengena dengan UMNO. Saya lebih selesa berjuang bersama NGO, bukan parti politik. Saya ada prinsip dalam perjuangan menegakkan Islam dan orang Melayu, saya tidak ada kepentingan politik,” katanya. 

Ariff berkata, suatu ketika dahulu, dia memang meyakini perjuangan Pas untuk membela nasib Melayu dan Islam namun apabila diberi peluang berkuasa bersama Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, parti itu ternyata tidak mampu membawa sebarang perubahan. 

“Saya anggap Kerajaan Negeri diperintah secara diktator. Sebab itu, Pas tidak mampu buat apa-apa. Ini amat menyedihkan,” katanya.

Ariff berkata, insiden di DUN minggu lalu bukan demonstrasi pertama disertainya. 

“Saya pernah melompat ke atas kereta Lim Guan Eng pada bulan Ramadan lalu berhampiran Masjid Kampung Rawa bagi meluahkan sendiri perasaan kecewa terhadap Kerajaan Negeri DAP,” katanya. 

Meskipun pernah bertindak demikian, Ariff berkata, dia tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh parti. 

“Pembelaan untuk orang Melayu dan Islam di negeri ini kurang memberangsangkan. Saya tak nampak nasib kita lebih terbela di bawah pimpinan kerajaan ini. Melalui NGO yang tidak terikat oleh kepentingan politik, saya harap mampu jadi pendesak untuk mendapatkan hak sebagai rakyat negeri ini,” katanya. 

Ditanya andai dikenakan tindakan oleh Pas atas tindak-tanduknya yang mencemarkan imej PR, Ariff berkata, dia hanya berpegang pada prinsip dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan agama Islam. 

“Berpolitik tidak penting. Lebih penting adalah perjuangan untuk agama dan bangsa. Kalau mereka nak ambil tindakan, mereka mempunya hak mengikut dan perlembagaan parti untuk berbuat demikian. Apa yang saya lakukan adalah berlandaskan hak saya sebagai orang Melayu dan orang Islam. 

“Matlamat saya bersama Pas bukan untuk kebendaan tetapi adalah untuk agama dan bangsa,” katanya. 

Ditanya jika UMNO pernah mendekatinya berhubung isu yang dibangkitkan, Ariff berkata, apa yang dilakukan berlandas prinsip dan perjuangan. 

“Saya tidak didalangi dengan mana-mana parti politik. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa UMNO atau mana-mana parti politik berada di belakang saya. Saya lakukan semua ini atas prinsip perjuangan saya sendiri. 

“Banyak isu yang saya bangkitkan dan ia bukan daripada sumber ahli politik mahupun media. Saya dan beberapa lagi aktivis turun dan mendengar sendiri masalah rakyat. Tindakan mereka menuduh saya orang UMNO adalah untuk menegakkan benang basah,” katanya. 

Ariff menyertai Pas sejak 1998 dan mula membangkitkan isu-isu Melayu dan penindasan terhadap hak kaum itu ketika bersama Pas Jelutong . 

Menurutnya, sewaktu pemerintahan Barisan Nasionan (BN), dia pernah terlibat membangkitkan isu perkuburan Kampung Kolam yang tercemar dengan membawa batu nesan ke pejabat Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ketika itu, Shabudin Yahya. 

Selain itu, Ariff bersama rakan aktivis yang lain pernah melakukan demonstasi membela nasib peniaga Melayu di negeri ini seperti Restoran Doremi di Batu Feringghi dan beberapa peniaga Melayu lain. 

Minggu lalu, Ariff terlibat dalam tunjuk perasaan di depan DUN berhubung isu tanah perkuburan Islam Lot 21 dan 22 .


Mat kilau kata Lain kali kalu nak tembak pakai helmet dulu kan dah kena.sehingga orang PAS pun tak kenal,tersenyum sendirian dok tengok perangai ADUN DAP yang agak kurang cerdik.nantikan kupasan FORUM malam nie.

Forum Tanah Melayu Pulau Pinang (sebarkan)

Salam Perjuangan.
Tuan dan Puan dijemput hadir ke Forum,


 "Pengkisahan Tanah MelayuPulau Pinang,
   Apakah Jalan Penyelesaianya?"
Akan diadakan Pada 
hari Rabu
10 November 2010
8.30 malam
kompleks Masyarakat Penyayang
Jalan Utama,Pulau Pinang

Barisan Panel
Datuk Seri Yussof Latiff(PEMENANG)
YB Farid (Adun Pulau Betong)
YB Mujahid(PAS Parit Buntar)
Cikgu Azmi Hamid(TERAS Malaysia)

Moderator
Dr Amir Hussain(USM)

Monday, November 8

Ayaq yang Bah?Awat Ostat Azizan Gelabah!!!

Kenyataan Ostaz Azizan MB lena di Kedah negeri kelahiran aku menyalahkan Kerajaan Pusat.Yang aku heran pasal apa dok kata awat pemimpin BN lambat mai?Apa pulak banjir di Kedah rumah hang patut hang la bertindak apa dok harap orang mai tolong.Apa la nyanok nik.Ostaz nak habaq mai Skuad Penyelamat Sukalelawan Pemuda Barisan Nasional dah Lama dok ada sana.hang saja dok lena.
musibbah banjir paling teruk dalam tempoh 25 tahun melanda Kedah. Perlis negeri jiran dan KELANTAN SERAMBI MAKSIAT juga alami nasib yang sama.

Bercempara Ustaz Azizan, MB Kedah kaki lena yang mengamalkan diet tidur seawal jam 9 mlm dan bangun jam 10 pagi. Ulama pembohong yang kini galak mengumpul harta dan mengamalkan rasuah ikut suka dia. Utamakan sepupu sepapat dengan konsep dan amalan kerajaan tiga pupu. Buatlah Ustaz sementara kuasa masih ada, tapi ingat perbicaraan di Yau Mil Mahsyar jangan dilupa.

Nasib baik la MKN (Majlis Keselamatan Negara) sedari awal take charge pengurusan krisis banjir di KEDAH, jika tidak alamatnya 35,000 entah apa kejadinya? Tahniah untuk Kak Jat yang membalun Kerajaan Kedah kerana lembap, slow dan serba tidak tau bila banjir melanda.

Sebelum itu buat rakan-rakan UMNO dan juga puak PAS pelacur agama janganla rasa termengkalan kerana bait-bait ayat Sobri Sudin kini menjelma lagi. Saja pada artikel yang lalu aku test tengok puak ni, aku bukan jenis yang berpantang maut sebelum ajal, jenis aku, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.

Si Zubier Abdul Rahman juga bagitau bekalan ayaq di Taman Wira ikut kata si MALIK FISOL, penjaga rumah pam, akan terputus bekalan selama seminggu sebab loji tenggelam, lepas tu nak kena cuci lagi. Takziah untuk seluruh warga KOTA SETAR, bersedialah untuk mandi manda dan gunakan ayaq Sungai Pumpong,  Sungai Anak Bukit atau gunalah taliair terdekat yang ada. Susah sangat tadah ayaq dalam tong drum, bukankah SADA berkempen suruh rakyat Kedah guna ayaq pakai tong drum?

Dalam mendegar rungutan rakan-rakan tertanya pulak mana pi EXCO PAS, Dr Ismail, DATO Amiruddin, Ustazah Aishah, EXCO KEBAJIKAN (Ustazah pembohong yang kata PAS sudah laksana 80% janji manifesto). Barangkali musibbah banjir di Kedah kali ni paling teruk sebab puak yang dakwa pandai agama,  bercakap bohong kot?  Barangkali.. Mungkinkah Dr Ismail ada di Danok kot.. mungkin.. ini bukan tuduhan tapi satu kenyataan.. kalau salah tulong nafikan. Ataupun puak alim ulama pemimpin PAS yang lain sibuk p buat haji kot (kali keberapa dah? Duit rasuah balak dengan kauri batu banyak kot? )

Dalam keadaan kepentingan ummah teramai lebih memerlukan, apakah kepentingan ibadat untuk diri sendiri perlu lebih diutamakan? Perspektif hukum Islam tidak begitu. Islam agama praktikal dan amat pentingkan kemaslahatan golongan terbanyak berbanding usaha untuk beribadat bagi kepentingan diri. Lagipun dalam sirah Nabawi membuktikan Nabi Muhammad s.a.w hanya menunaikan fardhu haji sekali dalam seumur hidup dan ikut riwayat umrah pulak sebanyak 4 kali. Jadi wahai puak pemimpin PAS, jangan gunakan alasan nak beribadat kepada Allah sedangkan amanah dan kewajipan kamu terhadap rakyat jelata kamu lepas tangankan. Itu adalah ibadah yang lebih besar dan jihad yang lebih mulia.. Faham atau tidak?

Dalam krisis banjir di Kedah ada setengah pandangan ulama jahat PAS menyatakan bah yang besar terkena di Kubang Pasu sebab MPnya dari UMNO. Habis macam mana dengan Padang TERAP dan Pokok Sena siap dengan kejadian meragut nyawa sekali.. setakat la dah 3 orang.. Bukankah Pokok Sena dan Padang Terap MPnya dari PAS?

Dari sudut de facto Kedah sebenarnya BERADA dalam keadaan dharurat. Dharurat kesan kegagalan menangani krisis dengan sistematik dan cekap oleh state government of PAS. Sebab itulah modus operandi banjir di Kedah untuk pengetahuan ramai kini dikendalikan oleh MKN dengan bantuan ATM. Dari sudut prosedur dan perundangan krisis atau bencana alam yang menimpa penduduk sesebuah negeri adalah 80% tanggungjawab negeri dan selebihnya Pusat. Kemandulan dan keharamjadahan Ustaz Azizan dalam menganiaya rakyat Kedah yang ditimpa musibbah banjir boleh dilihat dari perspektif berikut:

1.Gagal menyediakan satu sistem amaran untuk memaklumkan kepada penduduk yang berisiko tinggi menghadapi banjir.

2. Gagal mengaktifkan bilik gerakan banjir secara centralized dengan kadar segera. Bilik operasi hanya dibuka selepas 3 hari banjir melanda.
3. Gagal menyediakan kelengkapan lojistik, pengangkutan, bahan keperluan yang secukupnya untuk mangsa banjir.

4. Gagal mengkordinasikan maklumat dan penyelarasan bantuan dengan agensi seperti BOMBA, JPAM, PDRM, JPS, JKR sehingga tidak tahu siapa yang sepatutnya in charge sebaik saja air mula naik mendadak.

5. Gagal mengaktifkan Majlis Tindakan Negeri dengan sekretariatnya diketuai oleh SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI dengan ahlinya terdiri dari KETUA POLIS NEGERI DAN SEMUA PEGAWAI DAERAH DAN YDP PBT. Ini disebabkan Azizan mengamalkan sikap bodoh sombong. Dah tak reti hang tanya la SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MACAM MANA nak buat.

6.  Gagal mengumpul maklumat tentang profail mangsa dan hebahan terkini berhubung status banjir di Kedah

7.  Walhal KEDAH sedang dilanda krisis yang sebenarnya cukup besar kerana impak ekonomi, social, keselamatan begitu mendesak maka secara lateral dan pengertian mudahnya KEDAH secara tidak langsung kini berada dalam KEADAAN DHARURAT.

8 Sebab itulah untuk makluman semua, MKN DAN ATM kini menjadi superior dan pemerintah baru di Kedah khususnya dalam usaha memastikan krisis banjir dapat ditangani dengan sitematik dan berkesan. Alang-alang dah MKN dan ATM takeover, takeover teruslah, buang masa saja dok biaq puak Azizan dengan barisan EXCO kaki lenanya menghabiskan beras, kedarah gaji buta, bila rakyat sengsara, mereka tarik selimut tidur lena.

Dan jantung aku lebih berdegup kencang bila rakan ATM yang jaga PEDU DAM berkata, 'ada tanda-tanda keretakan di EMPANGAN berkenaan kerana tidak mampu lagi menampung ayaq yang terlalu banyak". Harapnya kata rakan itu tidak betul.

BENARLAH KATA BIDALAN, DOA TURUN BALA YANG DIMINTA PAS kini sudah DATANG, PEMIMPIN PAS DAN ISTERI MEREKA RALIT BERLENGGANG, RAKYAT KEDAH KIAN KECUNDANG…


keadaan di Alor setar.

Team UPSI yang diketuai oleh Saudara Ezzad.

kambing pun lapaq Ayaq.
nun rumah Pakcik kat sana.





Pemimpin yang buat kerja.berjiwa rakyat.



 Datuk Azeez Rahim,Presiden Kelab Putera.


 
Tolong masak lagi.



Mendengar masalah rakyat.



Terima kasih tak terhingga.



Bersama Pemimpin UMNO.



keadaan di Stadium Sultan abdul Halim.





 


 
Makanan Paling Popular.

Sunday, November 7

Gempar!!!DAP Pakar Putar Belit.

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik menayangkan video bantahan yang diadakan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu disifatkan sengaja mencari salah rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, tindakan Wei Aik mengadakan sidang media kelmarin semata-mata untuk menayangkan video itu adalah satu tindakan menuding jari kepada rakyat seolah-olah mereka yang bersalah.

“Dia seolah-olah hendak beritahu kepada umum, inilah perilaku rakyat sedangkan mereka yang membuat bantahan itu ada tujuan tertentu, mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka terutama penduduk Kampung Genting yang tanah mereka akan diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Wei Aik sebaliknya mahu menunjukkan seolah-olah rakyat rakyat yang jahat dan bersalah walhal mereka hanya mahu menuntut keadilan dan hak mereka. Mereka datang ke DUN hanya untuk berjumpa Ketua Menteri bagi menyuarakan apa yang mereka tak puas hati namun usaha dihalang,” katanya.

Norman berkata, semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang, perkara seperti itu tidak pernah berlaku.

Mengulas mengenai kenyataan Wei Aik yang mendakwa tindakan seorang daripada penunjuk perasaan merantai diri pada pintu pagar DUN sebagai cuba menghalang laluan keluar ADUN dan menyebabkan mereka terkurung, Norman berkata, ia berlaku kerana rakyat kecewa dengan tindakan pihak berkenaan yang mengarahkan pintu pagar DUN dikunci.

“Apabila kita minta nak jumpa Ketua Menteri dengan cara baik, mereka kunci pintu pagar DUN. Dulu semasa BN memerintah, rakyat tidak dihalang masuk untuk mendengar apa yang dibincangkan oleh pemerintah dan wakil mereka pada sidang DUN. Kenapa pemerintah sekarang buat begitu sedangkan mereka dakwa pentadbiran mereka cekap, telus dan berakauntabiliti?” katanya.

Menurutnya, tindakan mengunci pintu pagar DUN menunjukkan pentadbiran DAP hanya mahu mempergunakan rakyat. 

“Ketika meraih undi dulu, rakyatlah segala-galanya. Sekarang, nak jumpa rakyat pun susah, apa lagi ketika rakyat dalam kesusahan. Mereka mengelak daripada berjumpa rakyat dan disebabkan kekecewaan itulah, bantahan tempoh hari diadakan bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Norman turut menafikan UMNO bersekongkol dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam bantahan tempoh hari seperti yang didakwa Wei Aik yang mengatakan tiada sebab untuk PCM hadir pada bantahan itu berikutan tiada apa yang hendak diproteskan.

“Saya tidak tahu langsung kenapa PCM ada di situ kerana tujuan saya hadir hanya satu iaitu menyerahkan semula wang sumbangan warga emas yang dipulangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya. 

Norman turut menafikan dakwaan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri II, Satees Muniandy kononnya ditolak olehnya di perkarangan DUN pada hari itu.

“Saya tidak sentuh dia pun. Saya berada di situ untuk menyerahkan wang sumbangan warga emas, itu sahaja,” katanya.

Norman yang membawa wang tunai RM23,700 milik warga emas dihalang oleh Satees dan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri I, Rezall Huzairi daripada menemui Guan Eng.




Mat Kilau:Pemuda yang ikat badan dengan rantai tue adalah ahli PAS Jelutong.Depa nie bodoh atau bangang sampai tak kenal orang.pasal hari  tue depa nie lompat atas kereta LGE Lidah bewak.yang bagi penjelasan pun sama macam Lidah Bewak apa nak buat dah kepala macam tue ekor sama lah.dok Gebang kata membela nasib orang melayu masa ceramah di Galas.hakikatnya.....................hamPAS. 

Saturday, November 6

Skuad Penyelamat Sukarelawan Barisan Nasional Perlis


tahniah diatas usaha membantu mangsa banjir di Perlis Indra Kayangan.








Mat kilau:mangsa banjir terus dibantu tahniah pada Pemuda Umno Perlis teruskan usaha murni membantu rakyat,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan 1malaysia. 

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive