Wednesday, November 24

PKR ada 4juta ahli fakta atau auta.




Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tandatanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.
Menurut mereka sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lepas yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.
Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.
"Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan."
"Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun," katanya kepada Bernama.
Anuar berkata sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus.
Mengikut keputusan tidak rasmi, Mohamed Azmin yang kini Naib Presiden PKR, dipilih sebagai timbalan presiden mengalahkan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub. Seorang lagi calon, Datuk Zaid Ibrahim, menarik diri dan keluar dari parti itu selepas mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemilihan.
Jawatan Presiden kekal dipegang Datin Seri Wan Azizah Ismail yang menang tanpa ditandingi. Anak Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah, pula terpilih sebagai naib presiden.
Ditanya mengapa pemilihan MPP hambar dengan peratusan keluar mengundi pada tahap 10 peratus sahaja berbanding Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Anuar berkata ia disebabkan keghairahan anggota untuk mengundi terbantut kerana telah diberikan tekanan oleh beberapa pemimpin.
"Segalanya telahpun dicaturkan dan ada juga pemimpin yang mendesak, merayu, meminta dan ada juga yang mengugut supaya calon mereka dimenangkan," katanya.
Kenyataan yang hampir sama turut disuarakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor.
Katanya meskipun beliau tidak mengetahui jumlah anggota PKR selepas meninggalkan parti pada 2006, jika berdasarkan jumlah keanggotaan yang ada, sepatutnya lebih ramai anggota yang mengundi pada pemilihan MPP.
"Sekiranya benar, sudah pastinya calon yang menang tidak diberikan mandat daripada ahli untuk memimpin parti berdasarkan kepada peratusan kecil yang keluar mengundi," katanya.
Ezam tidak menolak kemungkinan bahawa peratusan mengundi rendah disebabkan anggota PKR merasa diperalatkan untuk mencapai matlamat politik individu tertentu.
Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, pula berkata beliau juga sangsi dengan jumlah keanggotaan PKR.
"Saya tidak tahu ia benar atau tidak. Kalau benar, sudah pastilah mereka ini akan keluar mengundi.
"Kalau kita berpegang kepada baki 90 peratus lagi anggota PKR keluar mengundi, keputusan pemilihan boleh jadi berbeza.
"Pada saya kalau benar (anggota PKR 400,000), 90 peratus itu adalah kelompok yang menunjukkan protes secara halus," katanya pensyarah sains politik dari Universiti Sains Malaysia itu. - BERNAMA
Mat Kilau:Pak Sheik ternyata lakonanmu terlalu hebat.  

Pak Sheik Penipu-Tun Mahadir.


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas Perdana Menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.

"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini hari ini.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.

Dr. Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Menurutnya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Mat kilau nantikan tayangan filem ini dipawagam yang berhampiran dengan anda.

Tuesday, November 23

Ketua Pemuda PCM Diugut.



An attachment to the police report made by Parti Cinta Malaysia Youth Chief after he received threatening calls telling him to change his party name....must be a derogatory or demeaning name(s).....WHO STARTED THIS NONSENSE OR RUBBISH of changing other party names? The Answer: YB TUAN LIM GUAN ENG!!!!!!!!

Monday, November 22

Siapa Yang Benar, Anwar Atau Mereka?

c

Adakalanya gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Begitu juga dengan PKR, parti politik yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim. Lihatlah wajah-wajah ini. Suatu ketika mereka adalah pemimpin PKR dan sebahagiannya adalah sahabat Anwar tetapi kini tidak lagi. Mereka dan ramai lagi pemimpin peringkat pertengahan dan cabang bertindak keluar kerana sebab yang sama - hilang kepercayaan terhadap ketua pembangkang itu.

Terbaru, tindakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim meninggalkan PKR kelmarin, mencetuskan tanda tanya besar tentang nasib parti itu. Siapa lagi yang akan keluar dan sampai bila PKR mampu bertahan?

Seperti biasa, Anwar dan orang kepercayaannya, Azmin Ali atau ada yang merujuk mereka sebagai rakan kongsi, sudah punya jawapan. Kedua-duanya akan mencari salah semua mereka yang meninggalkan parti. Malah ada yang dihina dan difitnah. Tetapi siapakah yang benar, sama ada Anwar bersama Azmin atau puluhan pemimpin serta ribuan lagi ahli PKR meliputi semua kaum yang bertindak keluar?

Tidak perlu Awang ulas panjang untuk mencari jawapan. Renungkanlah di mana salahnya. Parti yang masih baru sudah ditinggalkan sebegitu ramai pengikut. Sebenarnya terlalu banyak isu melingkari PKR daripada integriti dan moral Anwar, dasar yang bercelaru sehinggalah kepada kelemahan pengurusan parti sebagaimana kegawatan pemilihan parti itu sekarang. Tetapi yang lebih menarik untuk dikaji mengapa semakin kuat dorongan untuk keluar PKR. Seorang bekas pemimpin PKR memberitahu Awang, Anwar seorang yang hipokrit dan melakukan perkara yang tidak boleh diterima dek akal dan kewarasan. ``Sesiapa sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya beliau, pasti terdorong kuat untuk membetulkan keadaan. Ini juga jihad,’’ katanya.

Awang menung panjang apatah lagi mendapat tahu satu demi satu kisah sisi gelapnya yang luar biasa. Keghairahan beliau mendapatkan campur tangan asing bagi menyelamatkan dirinya daripada kes liwat, amat memalukan. Rasanya, Anwar adalah ketua pembangkang di seantero dunia yang paling bermasalah dan mempunyai isu moral yang serius. Awang bersyukur kebenaran makin terserlah. Tahniah kepada semua yang berani menegakkan kebenaran dan meninggalkan Anwar. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Benar, ini juga jihad kita.

Malaysiakini Penipu besar!!!!

MalaysiaKini dalam laporannya hari ini nyata telah berbohong. Kononnya kumpulan pro ISA takut untuk berhujah mengenai pendirian mereka tentang sokongan terhadap ISA.

Lihat sendiri gambar-gambar yang disertakan disini sewaktu wakil kumpulan Pro ISA mengemukakan hujah tentang perlunya ISA diatas pentas Forum tersebut.

MPP ada di Forum tersebut dan melihat sendiri wakil dari kumpulan Pro ISA, Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar saudara Abdul Ghani Mohammad Jiman berhujah di atas pentas mengenai sokongannya terhadap ISA.

Hishamudin Rais sendiri terpaksa memberikan laluan untuk Abdul Ghani berhujah setelah didesak oleh para penyokong Pro ISA diatas nama kebebasan hak bersuara. Dan Hishamudin sendiri telah menyokong hujah yang dikemukakan oleh Ghani. 

Jadi, apa perlunya MalaysiaKini berbohong hanya semata-mata untuk membela DAP? Apakah wartawan mereka di upah oleh kerajaan negeri P.Pinang bagi memutarbelitkan cerita?







Mat kilau:Malaysiakini kalu nak tembak pun berpada-pada la .semua orang dah tau yang hampa dok pembohong kuat.

Sunday, November 21

20 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Cabang Sabak Bernam Dihentikan

Seramai 20 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu melakukan protes di Dewan Tun Abdul Razak di sini bagi mendesak pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi Cabang Sabak Bernam dihentikan serta-merta.
Bekas calon Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abdul Kadir Abdul Rashid berkata mereka memprotes kemenangan Dr. Badrulamin Bahron yang didakwa tidak telus atau berlaku adil kepada calon lain.
"Kita mahu pemilihan MPP ini dihentikan kerana keputusan pemilihan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam tidak sah.
"Kita ada bukti, mana mungkin pendaftaran pemilihan ketua cabang sebelum ini hanya menggunakan resit keahlian dengan bayaran RM2 sahaja tanpa melihat kad pengenalan. Jadi, sesiapa sahaja boleh mengaku menjadi ahli PKR jika ada resit keahlian, termasuklah Bangla," katanya.
Beliau turut menyelar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berdiam diri serta tidak mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai perkara tersebut, meskipun sebanyak 10 memorandum telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti itu.
Pada 2 Oktober lepas, cabang itu mencetuskan kontroversi selepas proses pemilihan ketua dan anggota jawatankuasanya dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta membaling kerusi akibat rasa tidak puas hati.
Mat Kilau:PKR retak menanti belah,Nahoda kapal dok buat bodo lagi.

BN Setuju Keanggotaan Terus.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini bersetuju meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus berkuat kuasa hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan bersejarah itu memperlihatkan usaha BN menjadi parti yang inklusif dan terbuka kepada semua yang berkongsi pada konsep, prinsip dan dasar perjuangan parti pemerintah berkenaan dan selesa dan serasi jika menjadi anggota bersekutu.
“Mereka yang ingin menyertai BN boleh mohon secara terus menjadi anggota bersekutu. Bagaimanapun Dewan Tertinggi BN akan tentukan hak-hak dan keistimewaan mereka yang menjadi ahli (anggota) bersekutu.
“Anggota bersekutu tidak mempunyai hak yang sama seperti mana anggota pada parti komponen tetapi kita ingin memperlihatkan BN sebagai parti yang inklusif dan bersikap pintu terbuka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini.
Beliau berkata Dewan Tertinggi BN turut memutuskan bahawa keanggotaan bergabung boleh dipohon secara terus yang bererti mana-mana pertubuhan politik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan boleh memohon menjadi anggota.
“Ini satu usaha kita, untuk pergi kepada kumpulan-kumpulan lain yang ingin bekerjasama dengan BN kerana mereka percaya dengan matlamat perjuangan BN,” katanya.
Najib berkata apapun keputusan yang dibuat dari segi anggota bersekutu dan anggota bergabung hanya akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN kelak dan syarat itu diletakkan bagi mengelakkan mereka yang mempunyai niat jahat terhadap BN menyertai parti itu, katanya.
“Ini kerana kita tak boleh nak tentukan segala-galanya tetapi kita akan ambil kira pandangan dari semua parti komponen BN, di mana semua keputusan kita buat secara sebulat suara,” jelas beliau.
Najib berkata anggota parti komponen BN pula tidak boleh menyertai BN secara keanggotaan bersekutu dan bergabung.
“Maknanya kalau kita dah jadi (anggota) Umno, tak boleh tinggalkan Umno. MIC (pohon) masuk bersekutu (pun tidak boleh),” katanya.
Najib berkata pindaan perlembagaan itu juga melibatkan penubuhan Kelab Sahabat BN yang membuka peluang kepada sesiapa yang mahu menjadi sahabat dan rakan kepada BN. Pindaan itu akan diwartakan dan tarikh ia berkuat kuasa akan dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Selain itu, Kelab Rakan Muda BN juga akan diwujudkan dengan kumpulan sasaran adalah mereka yang berumur antara 18 dan 21 tahun yang ingin menyokong dan menghayati perjuangan parti tetapi belum menjadi pengundi.
Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu adalah yang terakhir bagi Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan atas sumbangan beliau selama ini.
Najib berkata Samy adalah rakan setia kepada BN dan berharap bekas Menteri Kerja Raya itu terus bersama BN dengangan turut menyumbang dalam kapasiti berlainan untuk kepentingan bersama.
Mengenai Konvensyen BN pada 28 Nov ini, Najib berkata segala persiapan telah diatur dengan baik dan Dewan Tertinggi BN memutuskan bahawa tema utama konvensyen itu mesti berkisar kepada konsep bahawa BN mendahulukan kepentingan rakyat ataupun BN meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan utamanya.
“Ini adalah supaya tema kita ini mesti selaras dengan tema nasional, kita tekankan rakyat kerana dalam demokrasi berparlimen inilah (rakyat) merupakan kelompok yang terpenting,” katanya.
Beliau berkata BN mesti merupakan parti yang sanggup berkhidmat, berjuang dan membela kepentingan rakyat pada setiap masa dan ketika.
Dewan Tertinggi BN juga membincangkan perkembangan semasa terutama mengambil kira kejayaan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri Galas yang memberi tanda bahawa sokongan rakyat kepada BN sedang meningkat.
Namun, katanya, Dewan Tertinggi BN mengambil keputusan bahawa usaha melakukan pembaharuan dan perubahan secara positif bagi terus menambah keyakinan rakyat akan terus dilakukan.
“BN merupakan sebuah parti yang bersandarkan kepada perubahan berasaskan kepada tema kita…slogan nasional kita…1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
“(Ini) bererti bahawa kita akan terus melakukan apa yang perlu untuk memperlihatkan perubahan positif ini dan memperkenalkan dasar-dasar, program dan produk yang dapat menyentuh rasa hati rakyat,” katanya.
Menurutnya Dewan Tertinggi BN berpendapat melalui pendekatan seperti ini, keyakinan rakyat terhadap BN dapat ditingkatkan.
Di samping itu, Najib berkata permasalahan sama ada antara parti komponen BN ataupun dalam BN hendaklah dibendung dan hendaklah menjurus kepada sifar masalah.
“Apabila kita dapat capai perkara ini maka rakyat akan tambah lebih yakin bahawa kita bukanlah parti yang berbalah sesama sendiri tapi kitalah parti yang akan terus bergerak dan berjuang untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Thursday, November 18

Parti Kelentong Rakyat Diambang Maut.




Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Jenapala, hari ini memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah. 

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.



Jenapala, dalam samannya yang difailkan peguam Firoz Hussein dari Tetuan Hafarizam Wan& Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Jalan Duta di sini, turut menyatakan bahawa beliau masih layak untuk bertanding jawatan itu pada 29 November ini walaupun dikatakan telah dipecat daripada parti pada 2008.
Beliau selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail. 


Dalam saman itu, Jenapala, 56, berkata pemilihan itu bertentangan dengan haknya sebagai anggota PKR seumur hidup dan beliau masih boleh bertanding bagi jawatan itu. 

Jenapala yang menjadi Timbalan Setiausaha Agung PKR sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada Disember tahu sama, menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 17 September lalu. 

Dalam samannya, beliau berkata kenyataan Saifuddin pada 20 September lalu bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 September. 
Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya. 

Beliau menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.




Mat kilau kata;Awat pak sheik apa dah jadi?mari kita lihat sapa yang kena??????

Tuesday, November 16

Datuk Seri Noh Omar sedia dedah bukti isu majlis Yayasan Selangor

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya dakwaannya mengenai kos penganjuran majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,000 terbukti tidak benar. 

Katanya, beliau juga bersedia memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai perkara itu dengan syarat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu yang mempertikaikan kesahihan dakwaan itu memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.



Noh berkata, beliau sanggup menyahut cabaran Menteri Besar untuk mendedahkan semua butiran mengenai perbelanjaan itu dan jika apa yang didedahkan nanti tidak betul, dia sanggup disaman Khalid.
"Saya sanggup hadapi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan alat tulis kepada pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang dekat sini. 

Majlis sambutan itu mulai mendapat perhatian Jumaat lalu apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dilaporkan membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos mengadakannya amat tinggi. 

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkannya. 

Laporan sebelum ini menyebut perbelanjaan bagi mengadakan sambutan itu ialah RM300,000, termasuk untuk majlis jamuan tengah hari dan 90 peratus daripada jumlah itu dibayar terlebih dahulu kepada sebuah syarikat pengurusan acara. 
Sementara itu, bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki berkata dakwaan Abdul Khalid yang mengatakan akaun yayasan itu tidak diaudit sejak empat tahun lalu adalah tidak benar. 

Beliau berkata, segala prosedur kewangan di Yayasan Selangor diikuti sepenuhnya sehingga persaraanya pada Ogos tahun lalu. 

"Semua akaun Yayasan sudah diaudit sepanjang tempoh saya menjadi Pengurus Besar Yayasan Selangor. Barangkali, mungkin ada satu dua lewat disebabkan masalah teknikal membabitkan Universiti Industri Selangor dan Kolej INPENS," katanya.

Ibadah korban bimbingan Rasulullah

Al-Udhiyah, ia merujuk kepada haiwan ternakan yang disembelih pada hari ‘Idul Adha dan hari-hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SAW. Haiwan ternakan yang dibolehkan untuk korban ialah unta, lembu, kambing, atau biri-biri. (Abu Malik Kamal, Ensikolopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 115. Dan ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 566) 


Menurut Ibnu Taimiyah: “Tidak wajib menyembelih korban, melainkan bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 23/162-164) 


Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ahmad) 


Justeru menurut pendapat yang kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap Muslim berkemampuan untuk berkorban. (Syaikh Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, m/s. 86, Pustaka Imam asy-Syafi’i) 


Hari yang disyariatkan untuk menyembelih haiwan korban ialah pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijah. Imam asy-Syafie rahimahullah berkata: “Waktu menyembelih haiwan korban ialah ketika imam telah selesai solat Aidiladha. Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Zulhijah), tidak boleh lagi menyembelih korban. (Imam asy-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh, Terbitan/terjemahan: Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m/s. 737) 


Jenis-jenis haiwan untuk ibadah korban ialah dari haiwan ternakan berupa unta, lembu, kambing, kibas, atau biri-biri. (Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 2/559) 


Umur yang sesuai bagi haiwan untuk disembelih disebutkan secara umum, iaitu perlu mencapai usia Musinnah dan Jadza’ah, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Janganlah kamu menyembelih (haiwan ternakan) kecuali setelah mencapai usia musinnah (usia yang matang bagi unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami kesukaran, maka sembelihlah binatang yang telah mencapai usia jadza’ah (usia yang matang: 6 bulan) dari domba (kibas).” (Hadis Riwayat Muslim) 


Disebabkan tiada ketentuan khusus berkenaan batasan usia, maka berlakulah perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Akan tetapi pendapat yang paling banyak dipilih ialah sebagaimana berikut: Unta 5 tahun (atau lebih), lembu 2 tahun (atau lebih), kambing 1 tahun (tidak kurang darinya), dan kibas 6 bulan. (Pendapat ini dipilih oleh Syaikh al-‘Utsaimin, asy-Syarhul Mumti’, jil. 7, m/s. 460) 


Beberapa bentuk haiwan yang tidak dibenarkan sebagai ibadah korban ialah yang jelas buta, sakit, cacat (tidak boleh berjalan betul), tidak bersumsum (teramat kurus/tidak berlemak), dan yang putus telinganya. 


al-Barra’ bin Azib radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami dan bersabda: “Empat haiwan yang tidak boleh dijadikan korban ialah - yang jelas butanya, yang jelas sakitnya, jelas cacatnya (tidak boleh berjalan betul), dan yang terlalu kurus”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dengan katanya hasan sahih) 


Bagi setiap korban adalah bagi dirinya dan keluarganya. “Pada zaman Rasulullah SAW, seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya. Mereka memakan dan memberi makan orang lain, kemudian manusia berbangga sehingga seperti yang engkau lihat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai Sahih oleh al-Albani) 


Menurut Imam ash-Shan’ani: “Seekor kambing adalah untuk seorang lelaki dan keluarganya sebagaimana yang dilakukan SAW.” (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/584) 


Manakala bagi seekor unta untuk 10 orang (satu bahagian untuk satu keluarga). “Bahawasanya Nabi SAW menyebutkan seekor unta untuk 10 orang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 


Setiap seekor lembu pula ialah untuk tujuh orang (satu bahagian/orang mewakili untuk satu keluarga) sebagaimana dalam hadis: “... dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh al-Albani) 


Disunnahkan untuk melakukan penyembelihan di tanah lapang tempat solat Aidiladha. Ibnu ‘Umar r.a berkata, “Telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW menyembelih haiwan korban di musala, iaitu kawasan lapang tempat menunaikan solat Aidiladha.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 


Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Rasulullah SAW berkorban dengan dua ekor kambing kibas bertanduk. Beliau mengucapkan “Bismillah” dan bertakbir (Bismillah - Allahu Akbar), lalu beliau meletakkan kaki beliau di atas dahi binatang tersebut. Beliau menyembelihnya dengan tangan sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 


Disunnahkan supaya membaringkan haiwan korban (seperti kambing): “... Beliau pun mengambil pisau dan kambing tersebut, lalu membaringkannya dan menyembelihnya dengan berkata (berdoa), “Bismillah, Ya Allah, terimalah (korban ini) daripada Muhammad, keluarganya, dan umatnya.” (Hadis Riwayat Muslim) 


Hadis ini menjelaskan posisi kambing korban yang direbahkan, sehingga tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk kerana keadaan tersebut lebih mudah baginya (di mana dengan tangan kanan memegang pisau dan tangan kiri memegang kepala). Dan ini adalah ijma’ (kesepakatan) para ulama. Caranya adalah dengan merebahkan haiwan di atas lambung kirinya. Disunnahkan juga berdoa supaya diterimanya haiwan sembelihan (ibadah korban yang dilakukan). (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/569) 


Hendaklah menyembelih menggunakan pisau yang tajam. Ketika Nabi hendak menyembelih, beliau meminta ‘Aisyah mengambil pisau dan mengasahnya terlebih dahulu. (Rujuk: Hadis Riwayat Muslim) 


Dibolehkan untuk mewakilkan sembelihan kepada orang lain. ‘Ali r.a berkata, “Rasulullah SAW memerintahkanku untuk menyembelih untanya, dan membahagi-bahagikan kulitnya serta peralatan yang biasa diletakkan di punggung unta.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 


Sebagaimana hadis di atas, disunnahkah juga untuk melafazkan Bismillah dan bertakbir (Allahuakbar) sebaik hendak menyembelih. 


Kemudian, haiwan korban boleh untuk dimakan dan diagih-agihkan. Allah SWT berfirman: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa haiwan ternakan. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara (miskin) dan fakir.” (Surah al-Hajj, 22: 28) 


Adalah dilarang menjadikan daging korban sebagai upah. ‘Ali r.a berkata, “Rasulullah SAW memerintahkanku untuk menyembelih untanya, dan membahagi-bahagikan kulitnya serta peralatan yang biasa diletakkan di punggung unta. Beliau juga memerintahkanku supaya tidak memberikan daging tersebut kepada tukang sembelih (atau yang mengurus). Akan tetapi kami memberikan upah kepadanya dengan wang kami sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) “...Dan aku tidak dibenarkan memberi apa pun dari korban tersebut kepada penyembelihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Ulama bersepakat bahawa menjual daging korban adalah dilarang. Mereka berselisih pendapat dalam masalah kulit dan rambut yang boleh dimanfaatkan. Majoriti ulama menyatakan bahawa perkara tersebut tidak dibolehkan (untuk dujual beli). (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/582) 


Terakhir perlu diketahui bagi yang ingin melaksanakan korban, adalah baginya dimakruhkan memotong kuku dan rambut. Rasulullah SAW bersabda, “Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijah dan ada di antara kamu semua yang ingin berkorban, maka janganlah memotong rambut dan kukunya walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat Muslim) 


Apa yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada dengan mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa juga cara, sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain. (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 13/ 138-139) 


Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku), hendaklah dia memohon keampunan kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau pun terlupa. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 11/96) 



*Dari meja Biro Multimedia & Penerbitan Sekretariat Ulama Muda UMNO 
(Ilmu).


Mat kilau:Selamat menyambut hari raya Qurban,Selamat menunaikan ibadah Qurban kepada semua.

Monday, November 15

Demi Agama,bangsa dan Negara

Setiap individu yang lahir di negara ini perlu memahami bahawa Malaysia sebuah negara Islam yang memberi hak dan kedudukan kepada pelbagai kaum tanpa mengorbankan kedaulatan dan hak warisan yang diwartakan untuk orang Melayu yang telah dipersetujui semua pemimpin kaum semasa Tanah Melayu diserahkan oleh British kepada kepimpinan tempatan. 

Sehubungan itu, setiap warga negara ini perlu mengenali sejarah dan keturunan mereka dan menyedari sejauh manakah mereka perlu bersuara dan bertindak demi memenuhi hasrat dan bisikan hati mereka. 

Hak-hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu hak-hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan sebenarnya telah ‘terkunci kemas’ dan tidak boleh dipertikaikan lagi. 

Perlu juga diingat, ia tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya tanpa persetujuan daripada sembilan raja-raja Melayu Persekutuan. Maka janganlah mereka ini memperdagangkan asas-asas Perlembagaan demi kepentingan kaum dan kuasa masing-masing. 

Hak-hak orang Melayu ini wajar dipertahankan tanpa diganggu gugat dan ia kekal menjadi milik hakiki orang Melayu untuk selamanya. Roh perjuangan inilah yang perlu disemat dalam dada setiap orang Melayu yang sayangkan agama dan bangsa mereka dari lenyap begitu sahaja. 

Mengapakah ada orang Melayu sendiri yang meremehkan dan bersikap pasif untuk perjuangan yang murni ini? 

Mereka ini telah berada di ‘zon selesa’ yang hidup senang dan tidak perlu bersusah payah lagi untuk memikirkan agama dan bangsanya. Menganggap ia bukan tugas mereka, sebaliknya tugas orang lain. Mereka ini lebih mementingkan dan menjaga ‘periuk nasi’ sendiri dan tidak peduli apa akan terjadi kepada agama dan bangsanya, walaupun telah dicabar dengan hebat sekali. 

Setiap orang Melayu wajar mempunyai roh dan semangat perjuangan kental seperti semangat orang Melayu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British dahulu yang berlandaskan semangat perjuangan menuntut apa yang belum dapat dan semangat perjuangan mengekalkan apa yang telah dapat. 

Ingatlah, apabila kita lupa dan alpa kepada asas-asas perjuangan, maka sebenarnya kita merintis jalan ke arah merungkai teras kewujudan kita sebagai bangsa yang berdaulat dan dominan di tanah airnya sendiri. Yakinlah, apabila muncul yang hak, maka lenyaplah yang batil. Jangan kita jadikan hidup yang selesa kini melalaikan dan melemahkan asas-asas perjuangan terhadap agama dan bangsa kita. 

Orang Melayu yang bertopengkan politik dan agama untuk mengejar kuasa dan kedudukan semata-mata perlu insaf dan bermuhasabah diri. Jangan korbankan maruah agama dan hak-hak bangsa Melayu yang menjadi warisan anak cucu kita. 

Jangan biarkan diri ditunggangi oleh mereka yang ada agenda tersembunyi yang bermatlamat untuk meminggirkan orang Melayu di buminya sendiri. Jangan jadikan cita-cita untuk menawan Putrajaya yang belum tentu kepastiannya, merobek maruah dan kedaulatan agama dan bangsanya sendiri! 

Setiap orang Melayu kembalilah ke pangkal jalan. Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, pertahankan apa yang dimiliki kini agar kekal selamanya. Renunglah nasib bangsa Melayu di Singapura yang maruah dan kedaulatannya kini tinggal nostalgia sahaja. Fikirkanlah nasib orang Melayu yang semakin terhimpit di Pulau Pinang. 

Semua orang Melayu yang cintakan agama dan bangsanya wajar renung, fikir dan bermuhasabah diri dengan peristiwa-peristiwa yang menimpa orang Melayu dahulu dan kini untuk dijadikan pengajaran berguna terutamanya peristiwa hilangnya kuasa dan maruah Melayu di Singapura. 

Mat kilau kata Sejarah mungkin berulang! Ingatlah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 

Renungkanlah bangsa ini.

Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preser...ved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.

Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.

Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan Brickfields pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”

Pada 12 Mei 1969, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.”

Mat Kilau inikah yg kita inginkan?

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive