Sunday, December 5

HARGA SUBSIDI PETROL DISELARAS

Kerajaan  mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand. 

seterusnya baca  disini.

Harga naik

Ramai yang mula tersentap dengan kenaikan petrol dan gula yang berlaku baru-baru ini. Melalui laman-laman sosial yang ada – kenaikan harga ini turut diselar oleh mereka dalam sirkulasi UMNO sendiri. Ada yang mula mengkritik secara terbuka – Ismail Sabri, Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna mengenai kenaikan tersebut. Laman-laman sosial tersebut memaparkan kenyataan media yang dibuat oleh menteri berkenaan mengenai tidak ada kenaikan sehingga akhir tahun ini di Utusan Malaysia –
Apa yang kita perhatikan kenaikan kali ini juga menjemput mereka dari UMNO untuk menolak kenaikan yang berlaku hari ini. Ini menunjukkan bahawa dalam isu-isu melibatkan kehidupan seharian maka semua agak bersatu – mengatakan bahawa kenaikan ini akan melibatkan ukuran kesejahteraan rakyat mengurang. Ada satu dua komen yang saya lihat dalam laman sosial yang menyokong kenaikan harga semata-mata melihat isu ini di manipulasi oleh pembangkang terhadap kerajaan BN. Namun agak jelas justifikasi yang digunakan tidak menarik mereka yang menolak kenaikan harga.
Apa pun kita tidak mahu lagi mendengar konon-konon kenaikan ini tidak akan menaikkan lain-lain harga yang mempunyai asosiasi dengan kenaikan petrol dan gula. Kita juga tidak mahu mendengar bahawa pemantau kementerian dan penguat kuasa akan melakukan pemantauan dan hadir ke kedai-kedai untuk membuat pemantau kerana itu adalah alasan usang yang sering digunakan. Kita tidak larat lagi melihat berita-berita TV setiap kali kenaikan harga menunjukkan pegawai penguat kuasa mengenakan kompaun kepada peniaga menaikkan harga. Ini suda adalah propaganda usang namun seperti biasa – pembangkang akan terus memanipulasi isu kenaikan ini dan kita dalam UMNO akan menyaksikan loncatan pembangang sebagai politik rakyat.
Apa pun harga naik – suka tidak suka kita harus terima dan tetapi itu tidak bermakna kita bersetuju. 
sumber  UMNO REFORM.

Saturday, December 4

Anuar Cuba Perangkap PM.



DATUK Seri Najib Tun Razak tidak harus terperangkap dengan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sengaja menggembar-gemburkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan di adakan pada tahun depan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed AliAlhabshee, Anwar sengaja berbuat demkian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada 2011 dan peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik.

Katanya, ramai berpendapat peguam utama dalam kes liwat Anwar, Karpal Singh akan menggunakan kelicikannya untuk melanjutkan perbicaraan kes tersebut sehingga Jun 2012.

"Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri mengadakan PRU pada pertengahan tahun depan membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO," tegasnya.

katanya lagi, Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) cuba memerangkap Najib dengan memukul canang kononnya PRU akan diadakan pada pertengahan tahun depan.

Syed Ali juga mengingatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dengan kecenderungan kaum Cina yang dikatakan 'tidak kisah' dengan isu penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika PR memenangi PRU akan datang.

"Orang Melayu harus berhati-hati kerana perpecahan di kalangan mereka telah dipergunakan oleh pihak bukan Melayu untuk melebarkan pengaruh politik mereka," ujarnya.

Mengenai konsep Ketuanan Rakyat yang dicanang oleh Anwar, Syed Ali menjelaskan Penasihat Umum PKR itu sememangnya tidak memperdulikan terhadap untung nasib orang Melayu di negara ini.

"Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah kaya-raya dan mereka tidak memperdulikan terhadap sebahagian besar lagi orang Melayu yang masih miskin, matlamat mereka adalah untuk berkuasa dengan menjadikan orang Melayu sebagai alat," katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali menyarankan kerajaan supaya menyiasat dari mana dan bagaimana Anwar memperolehi sumber kewangan bagi membiayai pergerakan PKR.

Justeru itu, beliau mahukan supaya setiap kepimpinan UMNO disemua peringkat supaya mempertingkatkan gerakan penerangan dan mengumpul sebanyak mungkin input yang boleh dijadikan bahan untuk menangkis pelbagai dakyah pembangkang menjelang PRU akan datang.

"Kita kena bersedia kerana ancaman pembangkang tidak boleh dipandang ringan, mereka juga memiliki strategi untuk melemahkan UMNO dan BN," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin, geraf sokongan rakyat terhadap prestasi kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri semakin meningkat kerana kerajaan BN tetap meneruskan tradisi membela nasib mereka.



sumber  disini.

DAPig Agenda Tersembunyi.

Pas Kedah wajar mempertimbangkan hasrat DAP untuk menambahkan bilangan calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 sekiranya ingin terus kekal memerintah. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Muhammad Radzhi Salleh berkata, pada masa sekarang, hanya DAP yang dilihat mempunyai keupayaan untuk membantu Pas berbanding PKR yang dilihat sudah semakin hampir menuju kepada kehancuran. 

Beliau yang keluar dari PKR sebelum ini berkata, keputusan PRU ke-12 membuktikan Pas banyak bergantung kepada pengundi India dan Cina untuk memenangi negeri Kedah. 

“Parti itu juga perlu memberi peranan lebih besar kepada DAP untuk memenangi semula hati pengundi India dan Cina yang kini mula tidak mempercayai perjuangan PKR akibat konflik dalaman serius yang berlaku dalam parti itu. 

“Pada pandangan saya, cadangan DAP itu dibuat secara terperinci dan saya yakin parti itu sudah mengetahui PKR tidak akan dapat bertahan sehingga PRU akan datang, sebab itu cadangan penambahan enam kerusi dibuat


 Pengerusi DAP, Lee Guan Aik mengenai cadangan DAP meletak calon untuk bertanding sekurang-kurangnya di enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu Derga, Kota Darulaman, Bukit Selambau, Gurun, Bakar Arang dan Lunas.

Sementara itu, ADUN Gurun dari MCA, Dr Leong Yong Kong menyifatkan DAP sebagai sebuah ‘parti bongkak dan hipokrit’ kerana sanggup mengetepikan semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) semata-mata demi kepentingan politiknya. 

Menurutnya, sebagai sebuah parti komponen PR, DAP tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada kemelut dalaman PKR untuk menuntut tambahan kerusi DUN, sebaliknya membantu parti itu menyelesaikan masalah mereka.

“Daripada keenam-enam kerusi itu, mengapa DAP hanya menuntut kerusi PKR dan tiada satu pun kerusi Pas yang diminta?

“Sampaikan kerusi DUN Bukit Selambau yang masih diduduki ADUN PKR dan Exco Kerajaan Negeri juga turut diminta, adakah tindakan itu menunjukkan ikatan PR kukuh sebagaimana dilaung-laungkan pemimpin mereka?” katanya.

Yong Kong juga menegaskan DAP kini dilihat mula memandang rendah keupayaan PKR dan menganggap parti itu tidak bermaya untuk menghadapi PRU akan datang.

“Bagi saya, tindakan DAP itu kurang bijak kerana parti itu masih belum cukup kuat untuk memenangi beberapa kawasan DUN yang diminta termasuklah DUN Gurun di mana kini semakin ramai ahli DAP mula menyertai MCA.

“MCA tidak pernah memandang rendah keupayaan DAP mahupun PKR dalam menghadapi PRU akan datang dan bersedia hadapi cabaran mana-mana parti yang bertanding.



Mat Kilau Parti komponen BN patut mengambil peluang dari apa yang berlaku jika mahu merampas balik Kedah.

Thursday, December 2

ISA Boleh Dikenakan Kepada Wan Azizah

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyokong penuh cadangan agar tindakan undang-undang diambil terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berikutan menghina ketuanan Melayu.
Katanya, kenyataan Wan Azizah semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu telah sekali lagi mencabar kedudukan serta hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk ‘entrenched’ yang mana ianya adalah salah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan,” tegasnya dalam wawancara dengan umno-online.com.
Jelasnya, apa yang dikatakan oleh Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus ‘dibakulsampahkan’ merupakan satu bentuk cabaran secara khusus (direct challenge) kepada peruntukan undang-uandang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.
“Apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa jua yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, dalam satu kongres yang juga terdiri daripada orang-orang bukan Melayu ianya bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang-orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.
“Bagi saya kini sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan orang-orang Melayu bangkit mempertahankan hak mereka sama ada orang perseorangan, badan bukan kerajaan atau orang Melayu dari mana-mana parti politik pun,” katanya.
Maklumnya lagi, terdapat empat perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berkaitan dengan kenyataan Wan Azizah berkaitan ketuanan Melayu.
“Perkara pertama ialah berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 yang menyatakan salah satu bentuk hasutan iaitu yang mempersoalkan tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutaun iaitu Artikel 152, 153 atau 181.”
Maklumnya, Artikel 152 ialah berkenaan sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hak keistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya dari segi permit, biasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-raja Melayu.
“Maka dengan ini satu laporan polis yang mengatakan bahawasanya satu kenyataan berbentuk hasutan telahpun dilakukan iaitu di bawah seksyen 3 (1) (f) dan boleh dihukum sekiranya disabitkan hukuman mengikut seksyen 4 pada Akta Hasutan 1948.
“Perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Wan Azizah ialah mengandungi kenyataan bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperi mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya iaitu melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.”
Maklum Hafarizam lagi, perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ini ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi Presidennya.
“Untuk itu, perlu juga satu laporan dibuat bersekali atau dalam laporan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan bagi melihat kedudukan PKR kerana telah nyata bahawa mereka memupuk semangat kebencian, prasangka antara kaum dan perlu diambil tindakan yang mana salah satu tindakannya ialah dibatalkan pendaftaran PKR ini.
“Saya juga menggesa Pendaftar pertubuhan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan mengawalselia pertubuhan politik dan bukan bukan politik melihat dengan teliti kuasa yang ada padanya agar PKR ini diambil tindakan malahan UMNO sendiri pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 dan mengapa PKR perlu mendapat keistimewaan seolah-olah mereka kebal?”
Katanya lagi, oleh kerana Perdana Menteri telah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan disambut oleh pemimpin-pemimpin daripada badan politik, NGO’s dan juga pakar-pakar perundangan maka beliau menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunapakai.
“ISA perlu dilakukan terhadap pemain-pemain utama dalam PKR, DAP ataupun Pas yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini,” tegasnya lagi. -MediaUMNO

Tangguh Pemilihan

Keputusan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO semalam untuk menangguhkan pemilihan parti itu di semua peringkat selama 18 bulan disifatkan sebagai peluang kepada seluruh bahagian untuk memantapkan lagi parti bagi berdepan pilihanraya umum akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Tuan Haji Shabudin Haji Yahaya berkata  keputusan MT itu amat bertepatan kerana ia membolehkan semua ahli memberi sepenuh tumpuan untuk mengukuhkan jentera parti.
Sambil menganggap keputusan itu bukan sesuatu yang luar biasa beliau berkata jentera parti perlu bersiap sedia mulai sekarang bagi berdepan sebarang kemungkinan.
“Tidak kira esok, lusa, tahun depan atau bila-bila kita sudah bersedia tetapi penangguhan pemilihan ini akan lebih memberi kita ruang dan fokus terhadap memperkukuhkan lagi jentera.
“Kita mahu pastikan parti kita Barisan Nasional (BN) bukan saja berjaya tetapi yang lebih penting mengambil semula kawasan-kawasan yang terlepas ke tangan pihak pembangkang”, katanya
Jelas beliau lagi keputusan MT ini juga membolehkan semua ahli dan pemimpin lebih menghayati dan memahami serta membuat persediaan parti berasaskan Model Baru Politik.
“Apabila semua ahli dan pemimpin lebih bersedia, sudah tentulah pilihanraya umum akan dapat dihadapi dengan lebih baik dan menjurus ke arah lebih positif.
“Masih banyak yang ruang yang mesti diperbaiki biarpun pembangkang sekarang dalam keadan terumbang-ambing”, ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan seterusnya berkata tumpuan jenteranya kini sudah pasti itu mengekalkan kemenangan bersih di kawasan tersebut.
“Selain Parlimen Tasek Gelugor, kita mempunyai tiga Dun iaitu Permatang Berangan, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Kesemua ini kita menang dan sudah tentulah kita akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan ini,”  katanya.
Mengenai kedudukan BN ketika ini beliau berkata hasil daripada usaha keras semua pihak peluang BN untuk mengekalkan kemenangan cukup positif.
“Sokongan terhadap BN semakin baik. Sokongan masyarakat sama ada dari kaum India dan Cina juga semakin positif.
“Namun kita tidak boleh berasa puas hati kerana suasana boleh berubah bila-bila masa sekiranya kita terleka”, ujarnya.

Wednesday, December 1

DAPing minta 6 kerusi DUN Kedah.


Derga,Kota Darul Aman,Bukit Selambau,Gurun,Bakar Arang dan Lunas.Bakal menjadi milik DAPig berikutan kekalutan Kepimpinan PKR yang diterajui oleh ALjuburi.

Dap umpama bak kata pepatah "Belanda dapat tanah' lihat apa yang berlaku di Pulau-Pinang ahli PAS di lebelkan sebagai beruk  kilk  oleh DAP.

Lee Guan Aik pasti akan gembira apabila kerusi ini diberikankan kepada mereka.Apa kata pula kata  Abang Mad Kola.DAPig nie jenis suka meminta -meminta tetapi ditempat sendiri yang mempunyai kuasa sombong bongkak hidung tinggi.Cakap pandai kan tetapi HamPas.

Mat Kilau kata di Kedah PAS berkuasa tetapi mesti kena ikut cakap DAPig pasal depa semua kena cucuk hidung.    

Tuesday, November 30

LGE memang Lidah Bewak.


Ketua Menteri  Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu membuktikan dakwaannya secara telus dan tidak hanya bercakap kosong tanpa sebarang bukti berhubung pemberian kontrak kerja terhadap kontraktor Melayu di negeri itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Zabariah Wahab berkata jika benar Guan Eng telus dalam apa yang dinyatakan itu, dia perlu memberi bukti kerana apa yang dikatakan itu sudah banyak kali diperkatakan tetapi sehingga kini keikhlasannya mengenai perkara itu masih menjadi tanda tanya mengenai kebenarannya.
“Jika betul apa yang diperkatakan itu, tunjukkan bukti jangan hanya pandai buat kenyataan sahaja, jika benar 70 peratus projek kerajaan negeri berjaya diperoleh oleh kontraktor Melayu, dia perlu jelaskan berapa nilai kerja yang telah diberi.
“Semua orang boleh cakap, ini semua cakap politik, jika kerajaan kepimpinannya mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus, dia tidak perlu menyembunyikan perkara sebenar, kita nak tahu betul berapa nilainya dan berapa kontraktor yang terbabit dengan tender yang kononnya dilakukan secara terbuka,” katanya kepada umno-online.
Kelmarin Guan Eng  dalam sdiang medianya menyatakan bahawa sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang, lebih 70 peratus projek kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu tanpa memerlukan kabel politik..
Guan Eng berkata pemberian kontrak projek kerajaan negeri dilakukan secara terbuka tanpa memerlukan `kabel politik’ untuk mendapatkan kerja yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan lebih telus.
Zabariah yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang menyifatkan apa yang dikatakan oleh Guan Eng itu lebih berunsur politik bagi menutup kelemahan pentadbirannya berikutan rungutan daripada kontraktor Melayu Pulau Pinang bahawa sejak Pulau Pinang diperintah pakatan pembangkang mereka sukar untuk mendapat kerja berbanding sebelum ini.
“Jika benar apa yang dikatakan itu, pasti tiada rungutan daripada mereka, tetapi sejak kebelakangan ini banyak rungutan yang kita dengar, ramai kontraktor menghadapi masalah kerana tiada kerja yang diperoleh.
“Yang penting dalam perkara ini adalah jumlah nilai kerja, dia boleh cakap 70 peratus, tapi kalau 70 peratus dari RM100 ribu, jumlahnya baru RM70 ribu, berapa ramai kontraktor yang boleh dapat kerja dari  jumlah itu,” katanya.
Menurutnya, sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang, banyak permasalahan yang berlaku di negeri itu, bukan sahaja membabitkan kontraktor tetapi turut membabitkan rakyat berikutan sikap diskriminasi kerajaan negeri.
Beliau berkata, banyak  tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri hanya tertumpu pada sesuatu kaum sedangkan kaum lain tidak dikenakan tindakan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama dan di kawasan yang sama.

Monday, November 29

Orang Melayu gadaikan perkataan Melayu


Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini. 

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.



Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.
"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini. 



Pihak berkuasa keselamatan dan ketenteraman awam negara ini harus berwaspada dan 'bersiapsedia' hasil daripada tindak tanduk pemimpin pembangkang khususnya empat individu; Anwar Ibrahim, Lim Kit Seang,Azmin Ali dan Wan Azizah, yang (kalau tidak diambil tindakan segera)  boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti 13 mei pada tahun 1969 dulu.

Anwar mengangkat2 mertabat pemimpin Cina DAPig, dan pada masa yang sama dengan angkuh menyatakan tidak perlu hormat Orang Melayu .DAPig pula yang selama ini sentiasa memperlekehkan kuasa dan hak orang-orang Melayu, ishtiharkan akan menguasai Puterajaya. Wan Azizah mengumumkan tidak ada keistimewaan pada orang Melayu, manakala Azmin Ali pula isytiharkan perang terhadap 'ketuanan Melayu' di negara ini. Ditambah pula kenyataan presiden MCA Chua Soi Lek baru-baru ini mendedahkan hasrat MCA bersatu dengan DAP  dalam menghadapi penentangan hak-hak ketuanan Melayu.

Menambahkan kehangatan ini ialah kenyataan pemimpin2 DAPig dan Anwar, yang menghina pemimpin PAS Haji Hadi Awang dan Nik Aziz,yang knonnya hanya bersetuju sahaja dengan DAPig dan PKR dalam semua hal, seolah-olah PAS tidak perlu dirujuk dan diambil kira dalam membuat keputusan antara Anwar dan Kit Seang. Bahkan  PAS langsung tidak berfungsi dan tidak bertaring,  sehingga modalnya untuk mendirikan Negara Islam (dalam setiap kempen pilihanraya) telah dianggap basi oleh pakatan pembangkang.  

Kini reaksi marah Orang Melayu, samada penyokong UMNO, penyokong PAS dan Orang Melayu yang tak berpihak kepada mana-mana  parti telah nampak bermula akibat serangan demi serangan yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang terhadap martabat dan maruah orang Melayu..Awas,  bila kemarahan mula melonjak, maka pergeseran pergaduhan kaum boleh  tercetus dengan mudah. Mendengar dan membaca pendapaat tokoh2 yg disebut diatas itu amat mengerikan sekali ..mereka tidak langsung peduli kepada kesan dan akibat dari ucapan mereka itu terhadap ketenteraman dan keselamatan negara.

Mat Kilau kata:Cegahlah api perkauman yang ditiup oleh pembangkang ini sebelum ia menghiris serta membakar hati dan perasaan org Melayu di negara ini. Sebelum kata berjawab, sebelum gayung bersambut, sebelum kesabaran Orang Melayu kekeringan dan mendidih kepanasan...Mat kilau menyeru pihak berkuasa yang mengawasi ketenteraman awam dan keselamatan negara agar segera bertindak mencegahnya dengan serta merta. Kerana kita tidak boleh mengukur berapa besar sekala kemarahan orang Melayu kali ini, maka adalah 'lebih baik mencegah dari memadamkannya'..!

Sunday, November 28

Hebatnya Ucapan dasar Ketua wanita PKR.





Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menempelak media dengan menggelarkan mereka 'penyibuk' apabila menyiarkan berita mengenai usulnya yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum parti itu.

Beliau yang seolah-olah kecewa ekoran usul itu ditolak pucuk pimpinan parti mendakwa, media mahupun mana-mana pihak tidak berhak untuk mengambil tahu dan campur tangan dalam urusan parti itu.

"Saya hendak sentuh sedikit mengenai laporan Facebook dan akhbar mengenai usul yang saya bawa supaya jawatan Ketua Umum diisytiharkan secara rasmi. Tapi kenapa cadangan ini mereka nak sibuk?

"PKR ini siapa punya? Kita yang punya mereka nak sibuk mengapa? Kita hendak letak kerusi (Ketua Umum) itu di atas ke, di bawah ke, suka hati kitalah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Ahad.

Humang aii...Mak Cik Zuraida mengamuk bila kena reject. Kesiannya, meroyan juga makcik seksi nie!

Makcik Zuraida nie tak perasan bila dia labelkan media sebagai penyibuk dan secara tidak langsung telah menyelak kainnya sendiri.

Selama ini, PKR gegarkan satu Malaysia dengan yang "itu rakyat punya", "yang ini hak rakyat", "rakyat membuat keputusan", "kuasa rakyat", dan lain-lain yang berkaitan dengan rakyat tetapi tidak termasuk bank rakyat.

Hari ni Makcik Seksi Zuraida berteriakan bahawa PKR adalah HAK KITA! Hak sapa? Kenapa tiba-tiba makcik nie mempamirkan sikap individualistik yang selama ini kononnya ditutup rapat oleh PKR? Hak rakyat tiba-tiba makcik menopause ni nafikan...

Nak muntah..

Ohhh Azizah...

pkr congress 271110 wan azizah

SETELAH agak lama menyepi diri terutama ketika PKR dilanda kekalutan, akhirnya Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersuara.
Itu pun agaknya kerana beliau terpaksa berucap merasmikan Kongres PKR semalam. Jika tidak, Wan Azizah akan berusaha mengelak daripada menangani secara terbuka permasalahan serius yang melanda parti itu. Makin ramai pemimpin PKR dan berduyun-duyun ahli bertindak keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan.
Sayang sekali, ucapan beliau semalam tidak memberi impak kepada perwakilan. Wan Azizah gagal mengupas kemelut dalam parti itu dan tidak mengambil kesempatan untuk menyuntik keyakinan baru kepada para perwakilan.
Ini mungkin disebabkan beliau kurang berpengalaman dalam menangani krisis. Lagipun orang yang paling berkuasa dalam PKR bukan beliau tetapi suaminya, Anwar Ibrahim. Awang percaya tangan dan minda Wan Azizah cukup terikat kerana terpaksa mengikut rentak Anwar dan Azmin Ali. Inilah yang akhirnya menjadikan beliau, presiden parti yang paling lemah.
Rasanya tiada parti politik di dunia, yang presidennya menjadi pak turut semata-mata.
Realitinya, ahli-ahli hanya melihat Wan Azizah dengan imej seorang isteri dan bukan sebagai pemimpin. Persoalannya di mana prinsip beliau, jika tidak pun sebagai pemimpin, setidak-tidaknya sebagai seorang insan yang mempunyai amanah?
Dalam ucapannya, beliau antara lain menyebut tentang perlunya bangsa Melayu dan umat Islam tidak diperdayakan menerusi konsep tertentu. Apabila bercakap tentang diperdaya, sedarkah Wan Azizah, ramai ahli PKR merasakan mereka menjadi mangsa muslihat Anwar demi kepentingan peribadi. Isu moral Anwar, dalam diam makin terbongkar satu demi satu.
Tindakannya yang dilihat menggadai kepentingan bangsa selain ghairah mendapatkan campur tangan asing untuk menyelamatkan diri, membuatkan lebih ramai meluat. Begitu juga dengan strateginya menangguh-nangguhkan kes liwat di mahkamah, menampakkan beliau terdesak.
Siapa yang sebenarnya memperdaya siapa? Malah sudah menjadi bahan perbualan hangat bahawa Wan Azizah dikatakan turut sama bersubahat. Menurut mereka, Wan Azizah tahu apa yang berlaku dan apa sebenarnya masalah Anwar. Ramai ahli dalam PKR sedih kerana beliau tidak berani mendokong kebenaran hanya kerana mahu mempertahankan suami, yang berdepan dengan isu moral, integriti dan hipokrasi.
Antara lain dalam ucapannya, Wan Azizah berkata, dalam tradisi bangsa, Melayu amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.
Lalu Awang, merenung sejenak sambil bertanya, kepada siapakah sepatutnya ingatan itu ditujukan. Kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan buat-buat tidak nampak.
Sebaliknya, lebih mengejutkan Wan Azizah menyatakan Anwar adalah pilihan tuhan untuk memimpin Malaysia dan tiada siapa boleh saingi kehebatannya. Awang geleng kepala. Jika itu yang Wan Azizah percaya atau mungkin terpaksa tuturkan atas arahan sesiapa jua, bersedialah untuk menerima hakikat. Biar sehebat manapun percaturan, Anwar juga boleh jatuh kerana ketentuan Allah. Apabila tiba saat itu nanti, janganlah pula menyalahkan pihak lain atau menuduh adanya konspirasi. Puncanya adalah nafsu termasuk untuk berkuasa atas apa cara sekalipun. Nafsu yang gagal diurus akhirnya makan tuan.





Wakil PKR Negri Sembilan, Ibrahim Yusoff hari ini mengutuk tindakan ahli parti yang berdemonstrasi di luar Kongres Kebangsaan parti itu semalam, sebelum menyamakan majlis yang sedang berlangsung itu dengan Kota Suci Islam, Mekah.


"Mereka yang berdemonstrasi di luar di Kongres Kebangsaan adalah seperti umat Islam yang pergi ke Mekah semata-mata untuk menunjuk perasaan (demontrasi) di depan Kaabah," kata beliau ketika membahaskan ucapan Presiden parti.

Saturday, November 27

Ketuanan melayu sila ke-tong sampah kata kak Wan.

pkr congress 271110 wan azizah


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” 


wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang 



berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.


Sudahlah Kak Wan, jangan dok tembak . Hang dengan laki hang dengan anak-anak hang sama dengan menantu hang hidup dengan apa yang hang ada adalah punca dari Ketuanan Melayu. Mat kilau sedar beban yang ditanggung oleh Kak Wan amat besar. Ada laki suka lubang kunyit. Ada parti keldai komunis tapi jangan sampai melampau usik Ketuanan Melayu.
Engkau ingat kalau Ketuanan Melayu engkau anak beranak dapat hidup macam hari ini?? Apa sebab utama yang engkau kata Ketuanan Melayu itu bohong??? Jangan hanya kerana laba politik hang sanggup lacurkan Ketuanan Melayu.
Mat kilau harap engkau selesaikan 1001 masalah yang ada dalam PKR. Masalah Pemilihan, masalah kepimpinan, masalah ahli parti, masalah Baju Hitam dan yang lebih penting laki  hang pastikan tidak meliwat sesuka hati. Bila semua sudah selesai, baru hang dengan parti hang  boleh bicara tentang perjuangan.


Mat kilau juga sedar kenapa Wan Azizah berani sebut pasal Ketuanan Melayu kerana dia ini bukan Melayu tulen. Dia ini keturunan Peranakan Penang. Sebab tu perangai pun macam komunis ikut DAPing.

Friday, November 26

Parti 'Sakit' Jangan Mimpi Nak Tawan Putrajaya, Kata Wakil PP


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah berada dalam keadaan 'sakit' dan menghadapi suasana genting kerana dilihat gagal menyediakan persiapan rapi dalam usaha untuk menawan Putrajaya.
Perwakilan Pulau Pinang, Syed Mikail Nizal Aidid berkata, hasrat untuk menuju ke Putrajaya wajar dilupakan sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak serius bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.
Menurut beliau, kegagalan kepimpinan parti menangani perkara kecil seperti menyeragamkan penggunaan logo Kongres Nasional PKR dan AMK seperti mencerminkan 'kesakitan' yang wujud dalam parti itu.
"Logo Kongres AMK hari ini berbentuk hati atau seperti logo kesihatan, manakala logo Kongres Nasional pula kita lihat macam logo hospital.
"Jadi kita dilihat seperti seolah-olah sakit sebab nak buat logo pun macam menterjemahkan kesakitan yang ada dalam parti.
"Sepatutnya kita kena kekalkan identiti logo dan tak perlu diubah-ubah," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK disini, Jumaat.
Selain itu Syed Mikail berkata, PKR sebenarnya masih belum bersedia untuk menawan Putrajaya kerana terdapat pelbagai masalah dalaman parti yang belum diselesaikan sepenuhnya.
Jelasnya pelbagai isu yang menjadi tuntutan ahli perlu ditangani terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
"Pemimpin asyik cakap soal melaksanakan agenda rakyat, agenda nasional... tapi dalam masa yang sama mengabaikan agenda ahli danparti.
"Realitinya banyak tuntutan ahli yang belum kita atasi dengan baik," katanya.
Seterusnya beliau turut menegur kepimpinan AMK kerana gagal menampilkan keunikan kekuatan golongan muda secara total sebaliknya hanya berpaut kepada ikon atasan.
"Agenda besar kita ialah untuk menjadi ikon kepada golongan muda sedangkan kita masih berpaut kepada ikon-ikon atasan.
"Kita gagal mempamerkan keunikan kita sendiri sebagai anak muda," katanya
Mat kilau kata:sakit dah tenat dah tunggu nak masuk dalam bilik lebarnya 7kaki lebar 3kaki panjangnya 7kaki.kata sudin kepada aziz.

DAP akan kekal memerintah Penang selepas PRU13

Ramai sahabat-sahabat dan rakan taulan sama ada di dalam maupun di luar negeri Pulau Pinang bertanya kepada penulis sama ada jika Pilihan Raya Umum yang ke 13 diadakan sebelum tarikh 8 Mac 2013, adakah parti DAP akan dapat mengekalkan kuasa politik mereka di Pulau Pinang?

Jawapan penulis kepada mereka dengan berlandaskan kepada perkembangan dan senario politik semasa menunjukkan ke arah yang DAP akan terus menguasai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng juga akan kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Jika pada PRU12 lepas DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN (dari jumlah bilangan 40) dengan menewaskan kesemua calon-calon Gerakan dan MCA dan MIC, tetapi ADUN-ADUN PKR yang berbangsa Cina dan India berdiri teguh dan sepakat di belakang Lim Guan Eng, setiausaha parti DAP itu. Tambahan kepada faktor itu juga, ADUN-ADUN Melayu PKR dan seorang ADUN dari parti politik yang berfahaman Syiah Khawarij juga bersikap sama.

Sekarang mari kita kaji apa yang telah dan sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng untuk mengalih sokongan penyokong-penyokong BN kepada parti DAP dan sekutu mereka daripada maklumat-maklumat yang diperolehi oleh penulis sendiri:-

1. Selepas sahaja PRU12 lalu para pengkaji parti DAP telah mendapatkan semua Daftar Pemilih yang digunakan oleh wakil-wakil kepada calon DAP, PKR dan PAS dan mengkajinya. Mereka mendapati saluran pertama tempat mengundi, majoriti pengundi di saluran pertama itu telah tidak menyokong mereka sebaliknya lebih memihak kepada calon BN yang menjadi Kerajaan pada masa itu. Kita patut ingat bahawa saluran pertama adalah terdiri daripada pengundi-pengundi dalam lingkungan umur 50 tahun dan ke atas.

Jadi, untuk mengubah pendirian pengundi-pengundi itu maka bayaran saguhati sebanyak RM100 setahun diberikan kepada pengundi-pengundi yang berumur 60 tahun ke atas. Hanya 'Warga Emas' yang berdaftar sebagai pengundi sahaja yang layak menerima cek RM100 yang diagihkan oleh Pejabat-pejabat Daerah di mana nama, nombor kad pengenalan dan alamat diperolehi daripada Daftar Pemilih berkenaan.

Bagi mendapatkan 'fund' untuk memula dan meneruskan Kumpulan Wang Skim Warga Emas ini termasuk bayaran pengkebumian RM1,000, derma-derma telah diminta (melalui telefon, bukan bersurat bagi menidakkan bukti) dari peniaga, persatuan perniagaan Cina dsb. termasuk dari Penang Turf Club, Kempen Tiada Beg Plastik (jika bukan hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, pembeli barang dari supermarket atau hypermarket dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg) serta penggunaan wang Kerajaan Negeri sendiri.

2. Bagi memenangi hati kakitangan Kerajaan negeri, jika pegawai persekutuan hanya dibayar RM500 sahaja sebagai bayaran saguhati pesekolahan anak hujung tahun, tetapi Lim Guan Eng memastikan ia mampu menyaingi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan negeri-negeri lain. Jika tahun 2009 kakitangan kerajaan negeri telah mendapat saguhati sebanyak RM500 + RM250 = RM750, tahun ini pula sebanyak RM500 + RM300 = RM800. Tindakannya itu sedikit sebanyak mendapat sambutan positif daripada kakitangan Kerajaan yang sebagaimana kita ketahui lebih 75% daripadanya terdiri daripada orang-orang kita.

3. Pernahkah kita terfikir sebelum ini untuk mengenang jasa para buruh kasar (labourers) Kerajaan yang bekerja lebih 30 tahun menyapu sampah di jalan, mencuci longkang dan parit besar, mengangkat sampah busuk darinya siang dan malam? Tapi Lim Guan Eng telah berjaya memenangi hati mereka yang 90% majoritinya orang kita dan perkara ini disampaikan sendiri kepada penulis. Mereka berkata selama mereka bekerja lebih 30 tahun, mereka tidak pernah mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang dengan begitu ramai (Anugerah perkhidmatan Cemerlang mendapat ganjaran saguhati RM1,000) sekali bagi satu-satu jabatan. Di samping juga ramai di antara mereka telah dianugerahkan Pingat Bakti Setia (Pingat yang paling rendah khas untuk kakitangan Kerajaan) yang mana para penerima angugerah dan isterinya layak kepada sepersalinan pakaian (termasuk kasut) semasa menerima pingat. Kata mereka lagi sebelum ini Ketua jabatan tak pandang pun kepada mereka dalam penganugerahan pingat setiap tahun, cuma orang atas saja diberikan.

Bagi kebanyakan pengundi-pengundi Cina di Pulau Pinang walau apapun fahaman politik mereka, mereka tidak bergantung kepada ihsan Kerajaan dalam menjalani kehidupan mereka kerana mereka berkemampuan. Mereka telah dan akan terus menguasai ekonomi, mereka telah dan akan terus menguasai hartanah, mereka telah dan akan terus menguasai pendidikan. Mereka mampu membina seribu lagi sekolah-sekolah Cina dan mereka juga mampu membina sepuluh lagi universiti swasta, jika tiada sekatan dibuat. Bagi mereka jika menghalang kepada kehendak mereka atau bangsa mereka, ianya dibalas balik melalui pilihanraya mendatang.

Di akhir kalam, maka kita para pendokong Barisan Nasional haruslah mengukuhkan perpaduan kerana walaupun Melayu di Pulau Pinang hanya dalam lingkungan 38% sahaja dari jumlah penduduk, tetapi semasa BN memerintah Pulau Pinang dulu, bilangan EXCO UMNO adalah lebih satu pertiga dari jumlah EXCO dan fortfolio Tanah dipegang oleh orang UMNO sendiri. Kita tak sebodoh Nizar yang menggadaikan EXCO Tanah dalam negeri yang majoritinya orang Melayu kepada Ngeh DAP 


Sumber:mulutmelayu

Mat Kilau:awat susah sangat melayu nak bersatu.

dok buat-buat lupa,
lama-lama tinggal celepa, 
orang lain buat harta, 
kita juga yang tak ada apa.

Thursday, November 25

PAS bukan Pembela tapi Pencacai.



Banner itu bertajuk 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda PAS Membantah Kerjaaan Penang Lulus 96 lesen Premis Urut dan 1367 Hiburan.'

Banner itu dikatakan digantung oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebagai tanda tidak menyokong dengan kemungkaran yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang mahu negeri itu menjadi hab maksiat yang hebat.
Kelulusan 96 lesen premis urut dan 1367 hiburan oleh Lim Guan Eng dalam tempoh masa yang singkat memang patut disanggah oleh rakyat Pulau Pinang yang tidak mahu gejala maksiat berleluasa di negeri itu.
Orang Islam Pulau Pinang tak kira perbezaan parti politik sepatutnya bangkit beramai-ramai menyatakan bangkangan kita. Banner itu adalah contoh baik untuk menujukkan kekecewaan orang Islam terhadap isu yang berlaku.
Yang lawaknya, Pemuda PAS di Pulau Pinang tanpa fikir panjang, menafikan usaha baik itu. Mereka menafikan banner itu adalah usaha mereka. Alasan mereka tentu menggelikan hati kita.

Rujuk laporan berita di bawah :-

Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.
"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan."
'Menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS atau 'menimbulkan kemarahan Lim Guan Eng terhadap PAS'?

Inilah persepsi utama rakyat Pulau Pinang apabila membaca keterangan si Nazir Arshad. Kenapa rakyat perlu marah jika banner itu membangkang kemungkaran yang berlaku di Pulau Pinang? 

Hanya Lim Guan Eng sahaja yang akan melenting dan memarahi PAS Pulau Pinang kerana 'lawan towkey'!

'Nama PAS rosak kerana banner berkenaan'? Ini adalah satu lagi kenyataan yang sangat pelik kerana tiada rosaknya nama PAS itu memperkatakan suatu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan Lim Guan Eng DAP.

Nama PAS hanya rosak di mata Lim Guan Eng sahaja. Tapi kerana membangkang hab maksiat yang disokong oleh Lim Guan Eng.



Mat kilau eloklah PAS nie kuda tunggangan Guan Eng,Pemimpin melayu PAS_PIS_PUS kenan cucuk hidung lepas nie melayu kena halau pi atas bukit. 

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive