Monday, December 20

Guan Eng Bacul Teloq Hilang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya.
Sambil menyifatkan kenyataan tersebut bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing, beliau menegaskan persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.
Beliau turut menuduh Guan Eng dan DAP sebagai bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain.
Tegas beliau lagi golongan cauvinis ini tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.
“Guan Eng yang sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi.
“Cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.
Selain itu, Guan Eng juga melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.
sumber klik disini

Anwar Gagal Kemuka Bukti Dakwaannya Dalam Isu APCO

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.
Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Datuk Razali Ibrahimberkata, Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan DewanRakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itudan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.
"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luaskepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.
"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta diabuktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita dipejabatnya di bangunan Parlimen di sini Isnin.
Pada 16 Disember lalu Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh JawatankuasaHak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarangperbahasan, dan ini telah mnecetuskan kekecohan dalam Dean apabila kesemuaanggota Parlimen pembangkang bertindak keluar.
Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakanbukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuas aitu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysiamembuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatanberkaitan komunikasi.
Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang DipertuaDewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan YangDipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor),R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu. 
Mat Kilau kata apa nak jadi dengan Pak Sheik nie dok tembak saja tapi tak kena.

Petition Against the Building of the Penang International Convention Centre.

We, the Undersigned, are raising our concerns and objections to the Penang State Government’s directive to Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) to build the Penang International Convention Centre (PICC) in front of the Penang International Sports Arena (PISA). The proposed centre, covering approximately 15,000 sq m, would be built on the only remaining open green space right inside the main entrance of PISA that faces Jalan Tun Dr Awang. The projected building cost is more than RM50mil to be borne by MPPP and fast tracked to complete by 2010.
Our main points of concern and objections are as below.

Feasibility and the need of an international convention centre in Penang:

• There was no feasibility study carried out to justify building the new PICC. It is questionable whether international exhibitors will be attracted to come to a RM50 mil convention centre with no hotel, auditorium and inadequate parking in congested Penang when there are much grander and better equipped convention centres in Kuala Lumpur, Singapore and Bangkok.
• The PISA and Pesta Expo ground is currently under utilised. A new PICC will not guarantee better utilisation which will ultimately be a waste of public funds.
• It is not possible for the PISA and PICC to cater for the larger crowd of tens of thousands of visitors during the major fairs like PC Fair and MATTA Fair with only 1800 available parking lots. Assuming an average car occupancy of 3 persons per car, the 1800 parking lots can only cater for 5400 visitors at any one time. There will be a spill-over of 2x to 3x in parking capacity.
• There is no convincing traffic dispersal plans for the Bayan Baru-Relau-Bukit Jambul-Sungai Ara area with the increased traffic volume from the new PICC and on-going residential/commercial development in these areas.

Financial prudence:

• The projected cost of the PICC was reported to be more than RM50mil. The MPPP has reported a projected budget deficit of RM40mil for fiscal year 2010. We would like to remind that the Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) was near bankrupt in 2008 after funding the RM80mil construction of its HQ in Bandar Perda.
• We are concerned with the further financial implications on MPPP to meet the necessary maintenance costs for PICC.
• What are the MPPP’s 2010 budget allocations by categories for transport and traffic improvement, street lighting, waste disposal, better public toilets, social upgrading, heritage conservation, infrastructure and services improvement? What percentage of the total 2010 budget will be used to fund the PICC RM50mil project?
• We believe that it is more appropriate for the private sector or the Penang Development Corporation to build, operate and manage the PICC, not MPPP which is already not doing a great job providing basic services to the rate payers.

Accountability and transparency:

• We are concerned that there was no competition for the design and that the same architect who designed the PISA has been retained to design the PICC.
• There is no justification to fast track the PICC project to be completed by 2010.
• We are concerned that there appears to be no plan to manage, promote and run the PISA and the PICC.

Dear Honorable Chief Minister. In line with your CAT (competency, accountability and transparency) policy, we the Undersigned trust that our concerns and objections will be taken seriously.  



click petitiononline.com

Sunday, December 19

BAGI MUKA KAT DAPig.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PAS perlu 'beri muka' kepada parti itu memandangkan DAP sedia mempertahankan hak Islam di negara ini habis-habisan.
"Islam adalah perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah agama rasmi di negara kita... DAP akan pertahankan habis-habisan tapi dengan syarat hak bukan Islam untuk beragama harus ada.
Kenapa harus bersyarat sahlah mesti ada motif disebaliknya,bagi hanya satu tapi mintqa 10 syarat.
"Hak itu harus dipertahankan oleh PAS kerana DAP pertahankan PAS... bagi muka sikit kepada DAP," katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad.
Alahai geli telinga aku dengar,sebab kalu dah cakap macam tue mesti nak tunggang PAS cukup-cukup. 
Sebelum ini gabungan PAS-DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat dilihat menghadapi masalah kerana perbezaan pandangan mengenai penubuhan negara Islam yang diperjuangkan PAS.
Pada 1990 Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor pernah memberi amaran kepada PAS supaya langkah mayatnya dahulu jika ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.
DAPig sebelum ini menentang keras hukum HUDUD yang hendak dilaksanakan oleh PAS sebab itu adalah manifesto PAS.
Demi mencapai matlamat pakatan haram ini sanggup melacurkan apa yang dijanjikan dahulu kepada rakyat.demi mencapai matlamat.
Di Pulau-Pinang rata-rata orang dok cakap depa nie pandai putaq belit.
Mat Kilau kata Karpal bila nak sunat.............................


Guan Eng Kaki Putar Belit, Tender Runding Terus RM74 Juta Disembunyikan



Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus mengamalkan sikap pembohong dan putar belitnya.
Setelah diasak hampir sebulan meminta Guan Eng mendedahkan nilai kontrak sebenar yang diperolehi kontraktor bumiputera, beliau sekali lagi cuba menipu rakyat dengan mendedahkan nilai projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Guan Eng cuba menyembunyikan fakta, beliau hanya mendedahkan projek projek dari JKR dan JPS.
Jika dilihat sejumlah 18 tender di JPS bernilai 40.9 juta manakala 16 tender JKR bernilai 20.4juta jika dicampurkan jumlah tender hanya bernilai 61.3 juta yang merangkumi 34 tender.
Persoalannya kenapa Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan angka tersebut.
Hakikatnya sejumlah 34 tender yang diberikan dengan nilai 61.3 juta adalah jauh berbeza dengan satu tender secara runding terus yang bernilai 74 juta yang diberikan kepada satu kontraktor Cina, Khor Ing Choon dari ECK Sdn Bhd untuk projek menambun tanah di Batu Kawan.
Ini hanya satu syarikat yang menerima runding terus dari Guan Eng yang didedahkan, belum lagi kontrak kontrak bernilai puluhan juta yang lain.
Kontraktor dari ECK Sdn Bhd memperolehi kontrak tambun tanah di Batu Kawan secara runding terus melalui Lim Guan Eng yang mempengerusikan tender board PDC.
Kenapa Guan Eng tidak mendedahkan perkara itu? Inilah politik putar belit kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng.
Mengulas perkara yang sama Pengerusi Pemuda BN Pulau Pinang, Norman Zahlan turut mengakui betapa kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya tidak telus dan sentiasa membuat kenyataan putar belit.
Tegasnya laungan kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang adil, telus dan bersih hanyalah pembohongan semata-mata.
“Mana ada ketelusan kononnya tender terbuka.  Kalau ada tender terbuka pun ia hanyalah projek kecil sehingga yang bernilai RM2000 pun ada cabutan undi.  Tetapi projek-projek besar semuanya dibuat atas dasar rundingan terus.
“Apa yang didedahkan hanya putar belit bukan tender secara keseluruhannya terutama yang bernilai jutaan ringgit.  Cukup-cukuplah menipu rakyat”, katanya.
Justeru beliau percaya rakyat di negeri ini yang sudah pun muak dengan gaya tipu muslihat Guan Eng dan kuncu-kuncunya dan mereka tidak akan membiarkan diri mereka diperbodohkan. 

Friday, December 17

Live From Hospital Adun Tenang Sah Meninggal Dunia!




Al-Fatihah. ADUN Tenang, Johor, YB Dato' Sulaiman Taha meninggal dunia jam 1.10am sebentar tadi.

Allahyarham juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis.

Moga Allah mencucuri rahmat keatas arwah. Takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara arwah.



Thursday, December 16

Lim Guan Eng Lidah Bercabang.






Lim Guan Eng nampaknya sudah naik angin dan 'declare' perang apabila beliau secara terbuka menuduh kontraktor UMNO dayus, lembik dan bodoh di dalam kenyataan akhbar sebentar tadi.

Beliau menuduh Dato' Mohd Fadzil, YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang sebagai pemimpin UMNO padahal Fadzil hanyalah ahli biasa sahaja. Guan Eng juga menyindir Fadzil supaya kalau hendak menjadi kontraktor supaya jangan masuk politik.

Padahal jika kita ikuti isu pemberiaan nilai kontrak kepada Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Mohd Fadzil hanya mahukan penjelasan daripada Guan Eng. Tidak ada yang membuat fitnah. Ianya bersesuaian dengan moto C.A.T yang selalu diomong-omongkan oleh Guan Eng sendiri.



Maka, apa salahkah jika Mohd Fadzil dan rakyat Pulau Pinang ingin tahu perincian terhadap perkara yang diperkatakan oleh Guan Eng sendiri?

Apa perlu Guan Eng melenting seperti budak kecil yang baru sahaja kencing dalam seluar beliau?


Kenapa beliau tidak praktikkan C.A.T beliau dengan lebih berterus terang dan jangan menganggap rakyat Pulau Pinang bodoh dan dayus? 


Seperkara lagyang dibelitkan oleh Guan Eng ialah nilai kontrak yang beliau perkatakan di dalam video tersebut. Jumlah kontrak Melayu adalah sebanyak RM20juta tetapi di dalam jangkamasa 3 tahun !!

Kenapa Lim Guan Eng campurkan kesemua jumlah tender tahun 2008 hingga tahun 2010? Kenapa tidak ada perincian untuk setiap tahun? Why? Apakah Guan Eng mahu berbohong lagi?








Ianya bermakna di dalam kebangkitan pembangunan negari Pulau Pinang ini, kontraktor Melayu hanya mendapat kira-kira RM6 juta sahaja setahun!

Tetapi di dalam pembelanjawan negeri baru-baru ini, Guan Eng mengatakan bahawa peruntukan pembangunan untuk JKR pada tahun 2010 sahaja adalah sebanyak RM13.57 juta! Ianya jauh lebih banyak daripada yang diterima oleh kontraktor Melayu! KLIK SINI

Maka, dimanakah lebihan peruntukan yang diberikan kepada JKR? Kepada bukan Melayu?

Guan Eng juga menuduh BN selalu membuat bohong padahal sepanjang 2 tahun Guan Eng menjadi Ketua Menteri, beliau telah terbukti banyak kali berbohong di depan rakyat Pulau Pinang!.

Mat Kilau kata wahai MELAYU PULAU PINANG BANGKITLAH DARI TIDO.SANGGUPKAH KITA DICERCA OLEH LAHANAT NIE YANG BARU MEMEGANG KUASA BARU 2TAHUN KITA DIMAKI MACAM SEBEGITUE RUPA.

Wednesday, December 15

Zaid Dijangka Dipilih Presiden AKIM Hari Ini

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dijangka dipilih menerajui Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang akan diadakan pada Rabu.
AKIM dikatakan akan menyusun semula kepimpinannya pada EGM berkenaan selepas Zaid diisytiharkan menyertai parti itu.
Presiden AKIM Zakaria Salleh berkata, Zaid juga telah menawarkan diri untuk memimpin parti itu namun mereka masih belum memutuskan jawatan untuk bekas menteri terbabit walaupun timbul cadangan supaya beliau dilantik sebagai presiden.
Tambahnya, beliau akan menyerahkan kepada anggota parti itu sama ada ingin memilih Zaid sebagai presiden baru atau tidak.
"Di kalangan ahli-ahli pun ada yang menyebut demikian dan kalau Datuk Zaid betul-betul mahu memimpin, ia dialu-alukan.
“Kalau Datuk Zaid bersetuju dan ahli setuju, saya sebagai presiden Akim tidak ada (halangan) demi kepentingan parti.
"Bila ahli bersuara saya memang akan beri laluan kepada Datuk Zaid sebab yang lebih mampu untuk memimpin AKIM adalah Datuk Zaid,” katanya di sini.
Zakaria berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan oleh kepimpinan tertinggi dan sekiranya ahli-ahli setuju sebulat suara, pelantikan akan dijalankan esok.
"Tapi jawatan apa belum tentu lagi. Cuma kita tidak mahu ada pemilihan baru lagi," katanya,
Dilaporkan, AKIM baru saja disahkan statusnya sebagai parti politik oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan apabila jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatan itu.
Zakaria juga berkata, beliau dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.
“Ahli dahulu ada seramai kira-kira 300 orang. Dalam mesyuarat esok kita jangka antara 300 hingga 500 orang akan hadir,” katanya lagi.
Mesyuarat agung luar biasa itu akan dijalankan di Tropicana Golf and Country Resort, sebuah kawasan eksklusif yang turut menempatkan kediaman Zaid.
Mengulas lanjut, beliau berkata penyusunan semula kepemimpinan parti itu bagi membolehkan AKIM mengambil peranan lebih aktif dalam kegiatan politik.
“Mesyuarat ini dibuat atas desakan ahli kerana selama ini kita tidak ada penonjolan dalam politik kecuali semasa pilihan raya.
"Selama ini parti ini tidak banyak kesan, tidak banyak orang hendak beri perhatian kerana dilihat sebagai sebuah parti serpihan PAS. Kita tidak mampu membuat teguran dan jadi macam anjing menyalak bukit saja,” katanya lagi.
Sumber KLIK DISINI.

Kenapa "Pas Gelap Gambor" di Terengganu?



SENARAI KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU

1. TAWAN WISMA DARULIMAN: Wisma Darul Iman ditawan terus pada malam pilihanraya umum (29 November 1999) walaupun Kerajaan sebelumnya belum terbubar secara rasmi, juga kereta Ahli Exco (BN) dirampas di jalanan, tanpa penyerahan rasmi.


2. SINGKIR PEGAWAI: Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyakki tidak menyokong Pas. Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) disingkirkan, Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro Umno ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah.’


3. JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000 Pas memecat ketua-ketua kampong dan menamat serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


4. UPU DIMANSUH, KAKITANGAN DIPECAT:Unit Perpaduan Ummah ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik Umno, tetapi digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader Pas. Bekas calon Pas DUN Ajil yang tewas dilantik sebagai Pengarahnya.


5. HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: Pas dan JSR bertindak menghalau kanak-kanak tadika Kemas dari balairaya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri berjumlah 391 tempat (premis).


6. JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000 Ahlijawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatan ditamatkan oleh Kerajaan Pas Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahlijawatankuasa.


7. KHUTBAH JADI MEDAN POLITIK: Mimbar masjid (khutbah) dijadikan oleh Kerajaan Pas untuk menyerang Kerajaan Pusat dan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.


8. PECAT PENERIMA BANTUAN MISKIN: November 2000, Pas menamatkan kira-kira 1500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak menyokong Pas.


9. TAMAT ELAUN GURU AL-QURAN: Julai 2001 Pas menamatkan elaun 2,048 guru al-Quran kampong, yang dilantik di zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001.


10. IMBUHAN HAD\FIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001 imbuhan hafiz dan haafizah Al-Quran, malah termasuk yang buta penglihatan ditarik balik dan elaun Qariah berjasa Hajah Rogayah Sulong turut ditamatkan.


11. PECAT DAN GANTUNG IMAM/BILAL: Menggantung dan memecat imam dan bilal masjid yang tidak menyokong Pas dan terlibat dengan JKKK.


12. ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang miskin yang menyokong Umno dinafikan haknya untuk memperolehi wang zakat yang dibahagikan di masjid-masjid di kampung melalui peranan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR)


13. RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000 Kerajaan Pas merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada insititusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri.


14. PECAT PENGARAH TATI: Pas Pecat Pengarah TATI, Dr.Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 02 kerana yang tidak mahu pulangkan gran (wang ehsan) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta telah membongkar penyelewengan di TATI.


15. CUKAI PETAK: Kerajaan Pas kononnya menghapuskan ‘cukai bakul’ untuk penjaja kecil di pasar tetapi, cukai petak pula dikenakan.


16. JUAL SYARIKAT KERAJAAN: Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu.


17. POTONG ELAUN KERJA LEBIH MASA: Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama.Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar negara dengan kos lebih ¼ juta RM.


18. RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu.


19. HALAU PENDUDUK MISKIN: Di bulan puasa (22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong Umno diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.


20. TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK: Pentadbiran Negeri diganggu oleh pihak parti menyebabkan pegawai ditukar sesuka hati. Sebanyak 15 kali pertukaran pegawai tadbir negeri berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun Pas memerintah, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


21. PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan Pas sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa, semasa UMNO premium antara RM200-RM800 sahaja seekar.


22. PREMIUM TANAK UNTUK BINA SEKOLAH DINAIKKAN: Premium tanah untuk pembinaan sekolah dinaikkan berlipat kali ganda.


23. KAFIRKAN ORANG SESUKA HATI: Exco Kerajaan Pas secara terang mengkafirkan orang Umno, Dato’ Shukri Mohamad yang mengkritik Enekmen Jenayah Syariah Terengganu, Hudud dan Qisas.


24. LESEN PASIR UNTUK KRONI: Lesen-lesen mengusahakan pasir sungai di Daerah Dungun yang dimiliki oleh orang Umno dirampas dan diberikan kepada orang Pas.


25. RAMPAS TANAH RAKYAT: Tanah milik orang Umno di Kertih yang diusahakan berpuluh tahun dirampas oleh Pas.

Monday, December 13

Drama Keranda Buat Chong Eng DAPig


Tengahari tadi Mat Kilau dok Melilau kat KOMTAR nak risik-risik apa jadi kat Konvensyen DAPig,nampak meriah sakan depa pasang bendera roket tebalik penuh KOMTAR rasanya akan berlangsung meriah dan jayanya akan tetapi ini jadinya sudah diberitahu awal akan ada DRAMA betul-betul jadi mungkin nasib menyebelahi saya kot.siapa yang dok buat kacau ahli BARISAN NASIONAL ka? yang bawa KERANDA tue berikut adalah laporan mengenainya.

GEORGE TOWN: Perwakilan yang menghadiri Konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini terkejut apabila bekas Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, membawa sebuah keranda kecil untuk Timbalan Setiausaha DAP, Chong Eng. 
Teh, yang lebih mesra dengan panggilan Sakura Teh, tiba di pintu masuk tempat persidangan di Dome, Komtar, pada kira-kira 1.30 tengah hari tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertugas di situ.

Bagaimanapun, Teh kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau kecewa dengan Chong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, kerana menuduhnya sebagai dalang di sebalik usaha menjatuhkan kepimpinan parti.

"Saya telah keluar dari parti awal tahun ini dan kenapa dia (Chong) masih mengaitkan saya dengan parti dan sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan parti," katanya. 

Menurutnya, beliau tidak lagi menjadi ahli parti selepas menjadi muflis. 

"Saya kini sebagai pekerja biasa di pasar. Sebalik membantu saya, pemimpin DAP masih menuduh saya sebagai orang yang mahu menghancurkan parti," katanya. 

Di atas keranda kecil itu, Teh menulis perkataan: "Hope that everything that you've done will success" (Harap apa yang anda lakukan akan berjaya). 
Selepas gagal menyerahkan keranda kecil itu, katanya, beliau akan cuba menghantarnya ke rumah Chong pada malam ini. 

"Saya akan pastikan bahawa keranda kecil ini berada di hadapan rumah Chong esok," katanya. 

Semalam, sebuah laporan berita portal (Free Malaysia Today) memetik Chong sebagai berkata, bahawa Teh adalah dalang di sebalik komplot menjatuhkan kepimpinan parti itu. - BERNAMA. 

Berikut lagi menarik yang berlaku mari kita tengok sapa lagi kena,,,,,,,,,,,

Pemimpin veteran negeri Phee Boon Poh dan empat lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tewas mengejut pada pemilihan 15 anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang.
Kekalahan Phee, yang juga exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, dianggap mengejut.
Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, memperoleh 173 undi, iaitu kurang enam undi daripada Gooi Seong Kin yang menduduki tempat terakhir dalam barisan jawatankuasa itu.
Empat lagi ADUN yang tewas ialah Lau Keng Ee (Pengkalan Kota), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan A.Tanahsekharan (Bagan Dalam).
Keputusan rasmi pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang:
-1. Jagdeep Singh Deo - 348 undi
2. Law Heng Kiang - 321
3. Chow Kon Yeow - 312
4. Chong Eng - 261
5. Lim Hock Seng - 257
6. Ng Wei Aik - 256
7. Wong Hon Wai - 250
8. Koay Teng Hai - 245
9. Lim Hui Ying - 241
10. Prof Dr P. Ramasamy - 240
11. Teh Yee Cheu - 219
12. D Harvinder Singh - 215
13. R.S.N Rayer - 190
14. Lay Hock Peng - 185
15. Gooi Seong Kin - 179
Pengerusi DAP Pulau Pinang: Chow Kon Yeow
Timbalan Pengerusi: Prof Dr P. Ramasamy
Naib Pengerusi: Jagdeep Singh Deo/Lim Hock Seng
Setiausaha: Ng Wei Aik
Penolong Setiausaha: Lim Hui Ying
Bendahari: Wong Hon Wai
Mat kilau kata nie semua angkara LGE ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang cakap talak selupa bikin.Manyak pandai pusing-pusing looooooo.  

Sunday, December 12

88-15 DAPig Pulau Pinang.



Nombor tersebut bukanlah ramalan untuk besok akan tetapi 88 ahli DAP berebut nak ambil 15 jawatankuasa yang memang gila kuasa dinegeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada ahad bertempat di DOM KOMTAR atau lebih panjang lagi kompleks Tun Abdul Razak bukan Lim Guan Eng yang punya,dia dok perasan yang tempat tue dia yang punya,itulah ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang,Arahan beliau yang tutup pintu masuk kesana pasal apa takut nanti kena tampar lagi. 


Khabar angin menyatakan calon daripada 88 yang menang telah dijanjikan akan menjadi ADUN secara automatik apabila dipilih menjadi ahli jawatankuasa pada pilihanraya akan datang.



Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus yang juga Anggota Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow.
Menurut Koay yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus, pendaftaran calon akan bermula pada 8.30 pagi sementara proses pengundian akan bermula pada 12 tengah hari hingga 2 petang yang disusuli dengan proses pengiraan undi.
Keputusan dijangka diketahui kira-kira 5 petang.
"Kami menjangkakan kira-kira 80 peratus daripada 694 perwakilan beserta 200 pemerhati akan menghadiri konvensyen.
"Bagi mengelakkan kekeliruan ekoran jumlah calon yang banyak, kami akan melekatkan nama dan nombor calon yang dicetak pada baju mereka," katanya.
Koay berkata selepas keputusan diketahui, mesyuarat agung luar biasa akan diadakan bagi membentuk barisan kempimpinan negeri yang baru di kalangan 15 calon yang terpilih itu.

dah jadi macam banduan pula dah depa nie pakai nombor pulak,Apa akan jadi pada ahad adakah akan jadi pakat baling kerusi pasal tak puas hati kalah
kita tunggu dan lihat.

Saturday, December 11

Namewee minta 1 juta.


Nazri Pandang Enteng Sindiran Perkasa
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memandang enteng sindiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa kononnya beliau sanggup merendahkan maruahnya dengan bertemu Wee Meng Chee atau Namewee di Parlimen, Khamis.
Malah beliau tidak peduli dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip itu kerana menganggap sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi berada dalam batas undang-undang.
"Saya muka tebal. Saya tidak peduli masalah itu kerana kita menghormati kebebasan bersuara. Tapi apa yang saya buat semua itu adalah betul. Tidak ada yang salah.
"Asalkan saya tidak lakukan perkara yang melanggar undang-undang, ia adalah okey," katanya kepada mStar Online, Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Zahid sebelum itu yang menyelar tindakan Mohamed Nazri yang meluangkan masa menemui Namewee di Parlimen pada hari yang sama.
Namewee mengunjungi Mohamed Nazri bagi meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya.
Pemuda kontroversi itu meminta bantuan peruntukan RM1 juta daripada kerajaan.
Sumber mstar.com
Apa sudah jadi sungguh senang minta 1 juta atas alasan berkonsepkan 1malaysia.dah lah masuk Parlimen dengan berpakaian tidak mengikut etika.
DS Nazri Aziz MUKA TEBAL dan sanggup merendahkan MARUAH MELAYUnya atas alasan KEBEBASAN BERSUARA.
Rasanya selepas ini akan rasa hormat kepada MENTERI akan luntue begitu saja. 


WALK4GAZA



Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia
JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT & RAKAN MUDA (JKMRM) MAJLIS BELIA MALAYSIA menyeru agar semua lapisan masyarakat di Malaysia untuk menghadirkan diri ke program jalan kaki amal WALK4GAZA pada SABTU, 11HB DISEMBER 2010, PADA JAM 4.00 PETANG, BERTEMPAT DI HADAPAN MASJID PUTRAJAYA 

Kita bersatu atas nama kemanusiaan. Kita bersatu menentang sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Justeru ayuh kita bersama berjalan beramai-ramai (Big Walk4Gaza) bagi membuka mata dunia bahawa kita sebagai rakyat Malaysia menentang keras sebarang tindakan yang melampaui norma kemanusiaan. Kita akan diiringi oleh 400 orang pemain kompang yang akan turut serta berjalan bersama!

Dengan izin Tuhan, kita mengharapkan agar sasaran seramai 10,000 orang akan bersama-sama dalam Program Amal Walk4Gaza ini.

Saksikan juga promo secara langsung dalam rancangan Apa Kata Wanita pada hari Sabtu, 4hb Disember 2010 jam 12.00 tengahari di TV1 bersama belia Palestin, Derek dan Jenny Graham (Kapten Kapal Rachel Corrie) dan Yasin dengan lagu terbaru khas untuk Palestin.

Terima kasih kepada NGO, agensi, syarikat dan para penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan program ini. Penyertaan dan sumbangan anda amat kami harapkan bagi mengisi Tabung Gaza...

Aksesori dan cenderahati FREE GAZA seperti baju, bandana, mafla dan lain-lain turut disediakan di kaunter pendaftaran Walk4Gaza. Daftar awal bagi mengelakkan kesesakan kerana ianya terhad. Kaunter pendaftaran akan mula dibuka bermula jam 9 pagi, Sabtu, 11.12.2010 di hadapan Masjid Putrajaya.

Terima kasih.




Namewee.



Namewee, Nama yang terkenal kerana gelagat budak jahat yang menghina Negara dengan mengubal lagu Negarakuku pada suatu ketika dahulu.

Belum lagi habis isu itu dilupakan oleh masyarakat, beliau berkarya lagi dengan menghina TNB dan menghina Melayu dengan lirik "Melayu Balik hutan Jadi Sakai".

Selepas itu, beliau membuat satu lagi video klip yang menghina Guru Besar dengan dengan perkataan-perkataan lucah.

Semua ini tidak terbukti perbuatan beliau suatu kesalahan kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap beliau, dan terbaru, Menteri yang menjaga undang-undang memaklumkan tidak ada kes terhadap Namewee.




Pada 9hb Disember 2010 beliau telah datang berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Budak ini telah dilayan ISTIMEWA sekali lagi apabila dapat melepasi Pengawal Parlimen tanpa mengikut protocol berpakaian di Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt Bulat tanpa tali leher dan memakai tutup kepala serupa dengan wajah RAPs beliau.

Peribadi yang suka mengutuk orang lain dan mengkritik kerajaan bukannya satu tiket membenarkan beliau melanggar peraturan di Parlimen. Kenapa pihak yang bertanggunjawab boleh membenarkan beliau memasuki Parlimen tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan?

Yang menerima kunjungan pula, seorang Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen yang mahir dengan selok belok tatacara dan etika parlimen. Kemungkinan selepas ini Menteri berkenaan akan memberi alasan bahawa beliau tidak memasuki Dewan, tetapi umum tahu kalau hendak memasuki banggunan Parlimen sudah tentu ada etika dan peraturan perpakaian dan kene memakai tali leher dan berkemeja lengan panjang, sekiranya tidak, pengawal akan melarang sesiapa pun dari memasuki Bangunan parlimen.

Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang  berasa pelik  apakah istimewanya orang bernama Namewee ini sehinggakan boleh berbuat apa sahaja di Malaysia tanpa ada undang-undang yang boleh menghalang beliau.



Bagi pendapat Mat Kilau jika ini berterusan akan ada lagi ramai sepertinya akan timbul selepas ini.


Amat mengecewakan apabila kenyataan Menteri bahawa Namewee patut diberi peluang kedua,apa dia peluang kedua kurang dengar.


Rasa hormat akan luntur jika kita terlalu memberi muka kepada orang yang pernah menguris hati Melayu 1malaysia


Budaya "biar pi lah kat depa" tersemat dikalangan orang yang lupa akan sokongan melayu. 

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive