gaza

Friday, January 14

Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO.







Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menubuhkan dua biro baru iaitu Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO sebagai pendekatan baru parti itu untuk mendekati “golongan atas pagar” menyokong semula BN.


UMNO negeri yakin dapat menjanakan idea-idea baru yang bersesuaian dengan kehendak golongan muda dan golongan profesional.



Biro Pemikir dan Golongan Profesional dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin manakala Biro Pengundi Muda dan NGO dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Dua biro baru ini ditubuhkan dengan menyasarkan golongan muda kerana terdapat golongan muda dan profesional yang tidak menganggotai mana-mana parti dan mereka ini haruslah diberi perhatian.
Pengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Adun Penaga,  Datuk Azhar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari UMNO negeri. 


Mat kilau kata UMNO Pulau Pinang benar-benar berani berubah. 

Ng Minta Maaf Tunduk Malu Tak Terhingga,Bila Nak lepas Jawatan?



Akhirnya Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lalu, memohon maaf secara terbuka dan mengaku telah keterlanjuran. 

"Saya dengan hati yang ikhlas ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya pada hari itu dan tidak mahu ia berpanjangan dan sudah sampai satu tahap perkara ini perlu berakhir tanpa sebarang pertikaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.





Beliau juga hari ini menemui dan memohon maaf kepada Syed Kassali Mohamad Aliyar, pemilik Restoran Mohamed Aliyar selain kepada pekerja dan seluruh komuniti India Muslim kerana perlakuannya itu.
Semalam, dalam satu kenyataan, Ng berkata beliau sedia meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang jika terdapat bukti beliau telah meluahkan kata-kata berbaur perkauman itu. 

Ng juga telah memberi keterangan lebih satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu. 

Isnin lalu, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi tempoh seminggu kepada Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Komtar dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja restoran itu. 

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed, berkata kenyataan Ng itu begitu biadab dan mengguris hati masyarakat India Muslim di negara ini. 
Ng didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu. 

Syed Kassali yang dikunjungi Ng di kedainya tengah hari tadi berkata, beliau akan berbincang dengan KIMMA dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) untuk tindakan selanjutnya kerana laporan polis sudah dibuat terhadap Ng. 

"Insiden ini telah mengakibatkan perniagaan saya merosot sehingga 50 peratus dan terpaksa menanggung kerugian RM30,000 sejak kejadian Ahad lalu," katanya kepada pemberita. 

Dalam kejadian pada malam Ahad itu, Ng dilaporkan bertindak kasar terhadap Syed Kassali dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu semasa beliau menyertai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyerbu restoran itu. - BERNAMA 

Thursday, January 13

Majlis Perkebumian Allahyarham "Aku Yang Gambi"

Penulis Blog "Aku Yang Gambi", allahyarham Aziz Bin Baharom, jenazahnya telah selamat di semadikan di Perkuburan Islam Keratong 2, selepas solat zohor pada pukul 1.45 petang tadi.




UMA telah sempat menziarahi jenazah dan sampai kerumah allahyarham pada pukul 11.30 pagi. Jarak rumah UMA ke Keratong 2 sejauh 60 KM. Semua anak dan kaum keluarga telah berkumpul.  Ramai juga pemimpin UMNO yang datang. UMA tidak kenal dengan pemimpin di sana.


Menurut Balu allahyarham, allahyarham berumur 57 tahun. Agak sebaya dengan UMA. Pada hari Isnin, allahyarham mengajak beliau pergi keklinik kerana sakit dada. Allahyarham sendiri yang memandu kereta. Agak pelik, sampai sahaja di klinik, allahyarham kelihatan begitu tenat. Doktor mengarahkan supaya allahyarham di hantar ke hospital Muadzam. Oleh kerana komplikasi pernafasan pembedahan untuk memasukan tiup bagi membantu pernafasan di buat.


Selang 2 hari beliau di pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Menurut balu beliau lagi, allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11.50 malam tadi
.




UMA sempat menyedekahkan bacaan yasin, tahlil dan membantu apa yang perlu ketika jenazah dimandi dan di kapankan. Jenazah di bawah ke Mesjid Jamek Keratong 2 untuk solat jenazah selepas solat zohor dan di abadikan di Perkuburan Islam kerantong 2.


S
emoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Al Fatihah.






Kain Rentang di gantung di pagar Masjid Keratong 2;  "Majlis Tahlil Memperingati Kembalinya Ke Rahmatullah Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Dato Hussein, Pengasas FELDA".  Terdapat juga logo FELDA HANYA 1 DI DUNIA.  Moto ini juga di ambil oleh "Aku yang gambi" sebagai moto blog beliau.


Sumber http://agbr47.blogspot.com/


Sumbangan Buat Keluarga Arwah Blogger Yang Gambi
Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz
Bantu Semana Yang Kita Mampu!!!
Arwah Yang Gambi Berjuang Sehingga Ke Akhir Hayat Beliau.


Umi Hafilda Pula Cabar Anwar, Azmin Debat Kes Liwat


Selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat, muncul pula Umi Hafilda Ali membuat cabaran sama kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Umi Hafilda yang merupakan saksi utama kes perbicaraan liwat melibatkan Anwar pada tahun 1998 itu turut mencabar abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk turut serta dalam debat itu.
Beliau mendakwa, debat berkenaan bagi menjelaskan kebenaran semua fakta yang dibongkarkan 13 tahun lalu yang dikatakan fitnah.
"Selama 13 tahun saya mendiamkan diri dan pelbagai perkara buruk terpaksa saya telan dan sudah tiba masanya saya menegakkan kebenaran dan membersihkan nama saya.
"Kalau benar saya menfitnah mereka, saya cabar mereka untuk berdebat dengan saya. Buktikan kepada semua rakyat negara ini bahawa semua kata saya adalah fitnah," ujarnya.
Beliau membuat cabaran itu pada satu sidang media yang diadakan di sini pada Khamis.
Ditanya mengenai mengapa beliau mengambil masa selama tiga belas tahun untuk bertindak, Umi berkata, selama ini dirinya bersabar kerana mendengar nasihat ibunya yang tidak mahu melihat mereka adik beradik mengeruhkan hubungan yang sedia buruk.
Namun katanya, kemunculan semula dirinya bukan untuk mencari publisiti tetapi adalah untuk membersihkan namanya dan tidak mahu masyarakat Melayu dan negara ini terus tertipu dengan propaganda pihak tertentu.
Umi turut mencabar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk melakukan sumpah di dalam masjid bagi menafikan semua dakwaan terhadap suaminya itu.
Umi mendakwa Wan Azizah tahu mengenai suaminya dan hanya mendiamkan diri bagi kepentingan politik.
"Dia tahu siapa 'anugerah' itu yang sebenarnya dan segala aktiviti yang dilakukan. Jika semua dakwaan itu tidak benar saya cabar dia (Wan Azizah) bersama-sama Anwar dan Azmin untuk bersumpah di dalam masjid sambil menjunjung Al-Quran jika mereka berada di pihak yang benar," katanya.
Pada sidang media yang sama, Umi yang ditemani peguam peribadinya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengesahkan akan meneruskan saman RM700 juta terhadap lima individu yang dinamakan sebelum ini.
Mereka adalah Anwar dan Azmin (RM300 juta), Karpal Singh (RM200 juta) serta Wan Azizah dan parti Pas masing-masing RM100 juta.
Menurut Umi, pihaknya sedang menguruskan dokumentasi perundangan kes itu dan akan menfailkannya dalam masa terdekat.
"Kita akan maklumkan pada media mengenai saman itu dan yang pasti dalam masa terdekat ini," katanya.
Umi turut memberitahu, semua bukti dan saksi-saksi penting akan dibawa ke mahkamah pada perbicaraan itu nanti.
Malah katanya, akan ada kemungkinan beliau akan memanggil ahli keluarganya sendiri sebagai saksi pada perbicaraan itu nanti.
"Saya ada bukti dan saksi yang tidak mereka jangkakan. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.

UMNO Pulau Pinang perlu yakinkan rakyat untuk kembalikan kuasa




DALAM tempoh kira-kira tiga dekad lalu, UMNO Pulau Pinang diterajui pemimpin kanan parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan juga Naib Presiden. Jadi, sudah semestinya mereka memegang juga jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri kanan dalam kerajaan. 

Kini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, hanya ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan tiada sebarang jawatan dalam Kabinet. Jika dibandingkan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang pernah menerajui UMNO Pulau Pinang, mungkin beliau terlalu kecil.



Ketika Abdullah dan Anwar menerajui UMNO Pulau Pinang, pentadbiran negeri berada bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak menghadapi tekanan daripada kerajaan negeri berbanding sekarang, negeri yang diperintah pakatan pembangkang pimpinan DAP.
Bagaimanapun, tiada jawatan penting dalam parti dan Kabinet bukan bermakna seseorang itu tidak boleh berkhidmat dengan cemerlang. Sebab itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, menaruh kepercayaan kepada Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal itu untuk memimpin barisan kepemimpinan UMNO Pulau Pinang bagi mengembalikan keyakinan rakyat bagi membolehkan BN memegang semula tampuk pemerintahan negeri. 

Zainal Abidin sedar beliau tidak memiliki jawatan dalam Kabinet tetapi yakin mampu meletakkan semula saf kepemimpinan UMNO Pulau Pinang dalam kedudukan betul. Lebih penting lagi untuk berhadapan dengan propaganda dan dasar pembangkang penuh dengan agenda tersirat di negeri ini. 

“Walaupun tidak memiliki jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan, saya tidak merasakan itu sebagai kecacatan kerana saya boleh gantikannya dengan masa. Saya yakin ada lebih banyak masa bersama rakan meneruskan perjuangan parti. 

“Saya juga ada barisan kukuh di Pulau Pinang. Saya ada ketua bahagian, jawatankuasa UMNO bahagian, ketua cawangan, ahli jawatankuasa cawangan, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri pada semua peringkat. Struktur parti sedia ada memberi kelebihan,” kata Zainal Abidin yang turut yakin timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir, dapat membantu. 
Apapun hakikat yang perlu diterima UMNO Pulau Pinang dan parti komponen BN ialah mendapatkan kembali keyakinan rakyat supaya parti kembali berkuasa. Tanggungjawab itu amat berat kerana pukulan ketika pilihan raya umum 2008 amat parah. Daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), hanya 11 kerusi dimenangi, itupun oleh wakil UMNO manakala kerusi GERAKAN, MCA dan MIC hilang semuanya. Kerusi Parlimen pula hanya dua dimenangi daripada 13 kerusi, juga oleh wakil UMNO. 

Tugas UMNO Pulau Pinang bukan saja mengekalkan kerusi dimiliki tetapi mendapatkan kembali yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang. Begitu juga dengan parti komponen lain perlu memastikan sekurang-kurangnya BN mendapat majoriti mudah untuk kembali memerintah. 

Bagi UMNO Pulau Pinang, tugas berat yang menanti bukan saja meraih sokongan orang Melayu malah bukan Melayu. Ini kerana di Pulau Pinang, jika UMNO mampu meraih keseluruhan sokongan Melayu sekalipun, BN belum dapat kembali berkuasa. Pengundi Melayu hanya mewakili 35 peratus daripada jumlah pengundi di Pulau Pinang. 

Oleh itu, jika UMNO hendak tunjukkan kehebatan berkhidmat kepada rakyat, ia bukan terhad kepada pengundi Melayu tetapi kaum lain yang mewakili 65 peratus pengundi. UMNO kena yakinkan bahawa BN boleh jadi lebih baik berbanding Kerajaan DAP Pulau Pinang. UMNO harus buktikan kepada orang Cina dan India untuk memberi semula mandat kepada BN bagi memastikan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. 

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat, perjuangan UMNO Pulau Pinang perlu berubah kerana orang tidak lagi melihat jasa UMNO dalam pelajaran, kebajikan dan pembangunan. Orang tidak lagi berpegang kepada jasa kerana rakyat sudah berpandangan ‘kalau parti mana pun memerintah, mereka akan berjasa.’ 

ADUN KOMTAR MENGAKU.

Hebatnya adik lidah bewak nie pandai cakap dan putaq belit macam ular ayaq.ternyata bewak sekor nie mengaku kesalahan dia.Kami mempertikaikan kenapa beliau ada disana dan memberi arahan kepada penguatkuasa.


Bewak nie cuma ADUN yang tak sedaq diri bahawa tidak mempunyai kuasa memberi arahan kepada pegawai penguatkuasa.  


Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR pada 13 Januari 2011 (Khamis) di George Town:

Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kehadiran saya semasa tindakan penguatkuasaan MPPP diambil dan ini telah memberi suatu gambaran yang tidak tepat dan menyimpang daripada tujuan sebenar tindakan MPPP diambil pada malam itu. 

Mulai hari ini, saya tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana tindakan penguatkuasaan yang bakal diambil oleh MPPP atau Pihak-Pihak Berkuasa pada masa yang akan datang.



Khairul Anuar adalah salah seorang saksi yang mendengar Ng Wei Aik melemparkan kata kata kesat "tutup kedai balik India" ,namun kerana sifat hakiki sebagai tunggangan rasmi kepada DAP maka petualang ini sanggup membela dan mempertahankan tindakan Ng Wei Aik dengan mendiamkan diri dan tidak mendedahkan kepada umum.


Ng Wei Aik mendapat pertolongan AMK Pulau Pinang dengan berpakat agar tidak mendedahkan kata kata kesat beliau kepada peniaga nasi kandar kepada umum.Maka segala tindakan beliau dihalalkan.




Khairul Anuar merelakan DAP menindas peniaga terutamanya melayu/Islam. Malah petualang ini juga terlibat dalam isu merobohkan sebuah bengkel motor baru baru ini hanya kerana pemiliknya tidak mahu menyertai PKR.Dendam dan mahu menunjukkan 
kuasa.Maka sesiapa yang tidak menyertai mereka akan dianggap sebagai musuh walau pun kepada rakyat yang tidak berminat kepada politik.

Ng Wei Aik berleluasa melakukan apa saja hatta menghina dan menindas rakyat kerana mendapat pembelaan tunggangan seperti Khairul Anuar.

Sementara itu Shahul Hameed ketua cabang PKR Jelutong tidak mengiktiraf Yang di Pertuan Agong,Sultan pada anggapan beliau berketurunan lanun dan penjahat yang tidak layak diangkat menjadi raja.

Shahul Hameed sanggup menghina Yang Di Pertuan Agong kerana sudah mengangkat ketuanan DAP sebagai raja mereka. Maka adalah tidak mengejutkan gerembolan haprak ini akan menyokong segala tindakan DAP.

Pemimpin haprak seperti Shahul Hammed bertindak sedemikian semata mata mahu menarik perhatian Tuan Besar Khalifah sosialis Lim Guan Eng . Shahul Hameed dan Khairul Anuar sudah pasti akan diangkat oleh DAP kerana petualang bangsat ini akan sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan survival politik gampangan DAP.

Inilah dikatakan produk pakatan rakyat,bayangkan jika mereka berkuasa di negara ini kelak,maka sudah pasti YDP Agung dan raja raja melayu akan ditumbangkan.Mereka ini hanya berpura pura kononnya mendaulatkan raja raja melayu realitinya haprak pakatan

Mat Kilau dok sembang dengan peniaga nasi kandar semalam,sebelum nie depa bagi undi kat DAPig pasal janji macam-macam.tunggu punya tunggu jadi penungu lepas nie depa nak tukar pulak tapi depa nie kadang-kadang sekati daging sekilo lemak,mamu penang.





Wednesday, January 12

Novel Interlok mangsa politik


ADAKAH ahli politik kita sudah ketandusan isu. Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran apabila tercetusnya isu penggunaan novel Interlok sebagai salah satu teks untuk komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.

Isu berkenaan mula tercetus apabila akhbar Makkal Osai pada 15 Disember lalu menerbitkan berita bertajuk Batalkan buku teks sejarah yang mempunyai kandungan kejian agama Hindupada muka depannya.
Laporan memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah sebagai berkata, penggunaan novel yang mengandungi teks yang mengeji kaum India dan nama kasta yang memalukan agama Hindu harus dibatalkan serta-merta.

Berita sama turut disiarkan oleh akhbar Tamil Nesan dan Malaysia Nanban sehingga menyebabkan para pemimpin MIC, Parti Progresif Penduduk dan Parti Makkal Sakti menyuarakan bantahan mereka.

Kemuncak perasaan tidak berpuas hati itu adalah pada Sabtu lalu apabila kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel itu dan salinan gambar penulisnya, Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Selangor.

Yang menjadi persoalan adalah, demonstrasi itu turut dihadiri ahli politik Pas dan DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Kehadiran mereka menimbulkan tanda tanya adakah ahli politik kita kini ketandusan isu dan terpaksa memanipulasi fakta yang terkandung dalam karya seorang Sasterawan Negara yang diterbitkan pada 1971 bagi meraih sokongan.

Jika karya ini dianggap bersifat perkauman dan menyentuh sensitiviti agama, kenapa tiada bantahan sepanjang 40 tahun novel yang memenangi hadiah sagu hati Sayembara Menulis Novel sempena 10 tahun merdeka berada dalam pasaran.

Interlok yang bermaksud 'jalinan ke arah keharmonian dalam masyarakat' yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.

Mengulas isu berkenaan, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad menegaskan, Interlok tidak menghina mana-mana kaum kerana ia menggambarkan sejarah dan realiti sosial yang berlaku selain menonjolkan gagasan perpaduan bagi negara yang baru dibentuk dan berdaulat.

Beliau yang mahukan kemurnian novel itu dikekalkan tanpa sebarang perubahan berkata, jika kerajaan beralah kepada tuntutan itu, bermakna pemerintah mengakui dakwaan pihak berkenaan, yang sebenarnya tidak berasas sama sekali.

''Sebarang campur tangan politik berdasarkan kepentingan peribadi dan perkauman dalam bidang persuratan dan pendidikan secara keterlaluan akan menimbulkan kekeliruan dan pergeseran tidak berkesudahan," katanya yang juga pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM).

Pandangan Mohamad Saleeh turut disokong oleh Felo Penyelidik Utama dan Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong.

Kok Seong berkata, Interlok merupakan bahan bacaan cukup baik terutama bagi memahami asas-asas perpaduan di negara ini kerana ia memuatkan watak pelbagai kaum termasuk Melayu, India dan Cina.

ia merupakan peristiwa benar yang diceritakan oleh seorang pensyarah berketurunan India dari UM kepada Abdullah mengenai struktur masyarakat keturunan itu ketika mula-mula datang ke Tanah Melayu.

''Justeru, pendedahan yang dibuat menerusi novel ini bukan bertujuan memalukan kaum India, sebaliknya ia boleh diambil iktibar terutama dalam memahami kesengsaraan kaum ini ketika berhijrah ke sini dahulu," katanya.

Kok Seong turut kesal dengan tindakan membakar novel berkenaan kerana berpendapat ia boleh membawa kesan yang buruk kepada keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

''Kita perlu sedar bahawa karya ini dihasilkan oleh seorang penulis yang bukan calang-calang orang. Penulisnya bertaraf Sasterawan Negara. Sudah semestinya, novel itu dihasilkan dengan rasa penuh bertanggungjawab," ujar beliau.

Sementara itu, Munsyi DBP, Abdul Ghalib Yunus yang akan membentangkan kertas kerja mewakili para guru pada Wacana Interlok anjuran Koperasi Buku Malaysia Berhad pada 26 Januari ini berkata, petikan yang menjadi pertikaian adalah pada halaman 211 iaitu:

''Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta paria. Mereka tidak perlu akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan, mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka berasak-asak seperti kambing."

Abdul Ghalib berkata, berdasarkan kefahamannya terhadap petikan itu, penulis tidak pernah menuduh bahawa semua kaum India di negara ini daripada keturunan yang berkasta rendah.

''Perkara yang dinyatakan dalam novel ini, berkaitan golongan berkasta paria hanya melibatkan sekumpulan kecil orang India yang berada di dalam kapal tersebut.

''Semua perlu ingat bahawa kedatangan orang India ke negara kita terdiri daripada pelbagai golongan sama ada buruh, kelas sederhana atau profesional," katanya.

Sementara itu, penulis, Rejab Ismail atau lebih dikenali dengan nama Rejab F.I. berkata, Abdullah merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang Sejarah dan apa yang ditulis beliau adalah sesuatu yang bertepatan dengan situasi dan latar sejarah ketika itu.

''Abdullah bukan menulis sesuatu yang berlaku sekarang, tetapi bercerita tentang sejarah. Maka khalayak pembaca dari segenap bangsa harus menerima ia sebagai satu hakikat sebenar," kata beliau.

Sebenarnya, terlalu banyak hujah ilmiah bagi menyokong Interlok. Justeru, kerajaan tidak boleh berlembut dengan oportunis politik yang sengaja melihat setiap perkara dari sudut pandangan penuh prasangka perkauman dan keagamaan.

Jika perbuatan ini dibiarkan, entah apa lagi isu yang akan dibangkitkan walaupun ia sebenarnya bukan isu. Janganlah kita biarkan Sasterawan Negara ini terus menangi

Tuesday, January 11

Pemuda Umno Pulau Pinang Turun Padang.

Pemuda Umno Pulau Pinang telah bertemu dengan Pemilik restoran En Syed Kassali pada hari ahad dimajlis itu juga telah diadakan Sidang media bagi menjelaskan apa yang telah terjadi dan menyebarkan rakaman video kepada pihak media.









Adakah anda percaya Ng Wei Aik bercakap benar semasa sidang akhbar jam 3 petang tadi, Ng Wei Aik rasis chauvanist ultra kiasu DAP menafikan kononnya beliau ada menyebut kata kata kesat terhadap pemilik restoran Syed Kassali Mohamed Aliyar.


Tindakan beliau mengadakan sidang akhbar bertujuan untuk mengalihkan isu tentang perbuatan beliau yang menyalahi undang undang . Ng Wei Aik tidak menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Ds Reezal Merican:klik sini sebaliknya cuba mengalihkan isu kononnya beliau pula difitnah.


"Tutup Balik India", "Pembunuh Kalau Org Mati, Kamu Boleh Bertanggungjawab Ke" perkataan rasis yang kesat ini dihamburkan terhadap Syed Kassali.


Dalam sidang akhbar tersebut Ng Wei Aik sanggup meletak jawatan sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng jika berjaya dibuktikan, mengapa beliau tidak meletak jawatan sebagai Adun Komtar terus jika berjaya dibuktikan!


Pembohong dan pembelit ini sanggup membuat sidang akhbar ,berbohong kepada kesemua wartawan semata mata mahu menutup pembohongan beliau. Lihat wajahnya dengan angkuh kononnya beliau pula difitnah.

Taktik ini sudah lama,sudah basi,jangan ingat orang ramai mudah termakan drama kamu wahai Wei Aik. Anda harus ingat mereka ini cukup pandai bermuka muka penuh pembohongan.


Buat pengetahuan anda ramai saksi yang dengar dan nampak salah seorang ialah Khairil Anuar Kamarudin,Timbalan Ketua AMK Cabang Jelutong ini mengaku Ng Wei Aik ada menyebut "pi balik India" kepada Syed Kassali pemilik restoran pada malam kejadian.


Khairil Anuar Tim Ketua AMK Cabang Jelutong

Khairil Anuar berada ditempat kejadian,mendengar dan nampak secara jelas apa yang dilakukan oleh Ng Wei Aik.


Mengapa sidang akhbar hari ini diadakan? Ng Wei Aik dengan berani berdepan dengan wartawan setelah meminta AMK Pulau Pinang membantu menafikan perkara ini. Setelah berpakat bersama AMK beliau telah membuat satu laporan polis pada 7/1/11 . Ng Wei Aik berani membuat satu laporan palsu kepada polis setelah berpakat dengan AMK.

Khairil Anuar sebagai seorang pemimpin AMK di peringkat cabang Jelutong harus membuat pengakuan tentang pembohongan yang dilakukan oleh rasis Ng Wei Aik ini. Jangan dibiarkan si rasis ini berleluasa membuat segala tindakan double standart dan secara selektif terhadap peniaga peniaga di sekitar Georgetown


Ng Wei Aik sanggup melakukan sumpah palsu,adakah saudara Khairil Anuar sanggup bersekongkol dengan seorang YB rasis chauvanist ultra kiasu yang menindas zalim dan melakukan pembohongan kepada rakyat?


Akibat tindakan rasis,biadap,kurang ajar dan zalim Adun Komtar ini beliau telah mengheret sekali AMK didalam polemik ini. Bermaruahlah wahai AMK.Adakah anda sanggup bersekongkol dengan rasis chauvanist seperti Ng Wei Aik ini


Ng Wei Aik,adalah elok kamu meletak jawatan sebagai ADUN KOMTAR,kamu benar benar telah berbohong kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.




Belia.

‘BELIA Harapan Negara’ dan ‘Belia Tiang Negara’ antara slogan yang dilaungkan sejak dari dahulu. Gambaran yang diberikan adalah peri pentingnya masyarakat belia dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Sekadar slogan dan ungkapan manis, indah dan berbunga-bunga tentu tidak cukup untuk memajukan masyarakat belia.

Kalau benar-benar kita mahu menjadikan belia sebagai harapan dan tiang negara, perlu ada program yang jitu dan berterusan untuk mereka.

Jangan biarkan mereka terumbang- ambing tanpa hala tuju seperti anak ayam kehilangan ibu. Akibatnya, timbullah bermacam gejala seperti dadah, rempit dan ragut yang membabitkan belia.

Keadaan akan lebih parah jika tiada tindakan segera yang konkrit untuk menangani isu berkaitan belia dan seterusnya menyusun program untuk memastikan mereka sentiasa berada di landasan yang betul.

Apabila bercakap tentang belia, sudah tentu tempiasnya akan terkena pada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diwujudkan pada 15 Mei 1964.

Ini merupakan entiti kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dasar berkaitan pembangunan belia. Menyedari akan peri pentingnya masyarakat belia dan mustahaknya mereka dalam menentukan hala tuju negara maka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini meluahkan hasrat menjenamakan semula KBS.

Matlamatnya adalah memperkasakan golongan belia supaya sesuai dengan perubahan persekitaran. Dengar-dengarnya, Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN) 1997 yang merupakan penambahbaikan daripada Dasar Pembangunan Belia (DPB) 1985 dijangka turut diubah.

Jika kita imbas kembali, DPBN diisytihar oleh Muhyiddin pada 8 Disember 1997 ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan untuk memantapkan belia secara peribadi, rohani, akal dan jasmani. Ia mahu melahirkan belia yang bertanggungjawab, berdikari bersemangat sukarela dan patriotik.

Jadi, hasrat untuk mengkaji semula DPBN dilihat sebagai sesuai dengan perkembangan semasa. Sesuai dengan zaman di mana belia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Zaman teknologi maklumat dan komunikasi dengan setiap saat belia terdedah kepada pelbagai elemen perubahan termasuk yang negatif.

Dasar yang bakal diperkenalkan mesti cukup untuk menjadi pembimbing dan benteng kepada masyarakat belia di negara ini agar mereka tidak tersasar dari hala tuju yang ditetapkan. Selama ini pun KBS memang diakui dan diiktiraf telah banyak menyumbang kepada pembangunan belia di negara ini.

Bantuan, sokongan dan bimbingan KBS kepada kelab-kelab belia di peringkat akar umbi banyak membantu mereka melaksanakan aktiviti. Malah peranan KBS banyak menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penubuhan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 adalah inisiatif yang wajar dipuji. Namun, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Perubahan persekitaran dan global menuntut penambahbaikan pada KBS.

Mahu atau tidak, KBS mesti bergerak selari dengan perubahan persekitarannya. Struktur geopolitik berdasarkan etnik, isu pembangunan ekonomi belia dan demografik belia di negara ini perlu dilihat dengan teliti.

Belia di bandar, pinggir bandar dan luar bandar menuntut pendekatan strategik yang berbeza. Jurang umur golongan yang dikategorikan sebagai belia iaitu antara 15 dan 40 tahun juga perlu dilihat dan diperhalusi. Dasar dan aktiviti untuk belia yang berumur 15 tahun tentu berbeza dengan yang berusia 40 tahun.

Aspirasi mereka berbeza dan gaya hidup mereka tidak sama. Jadi pendekatan yang digunakan mestilah signifikan dengan peringkat umur. Tentunya tidak sesuai kalau kita menggunakan pendekatan tangkap muat satu untuk semua.

Pengisian

Sekilas pandang pun sudah boleh tahu bahawa kelompok belia awal (15 hingga 24 tahun) dan kelompok belia veteran (35-40 tahun) memerlukan pengisian berbeza.
Sebab itu penjenamaan yang diharapkan bukan hanya bersifat bersifat luaran. Bukan sekadar bersifat simbol, struktur dan slogan (sudah banyak slogan untuk belia). Tetapi ia mesti memberi kepuasan dan memenuhi keperluan golongan sasar.
Keupayaan KBS dalam memartabatkan belia memang diakui. Tetapi apa salahnya sekali sekala menilai fakta-fakta yang baru.

Sudah pasti kita mahu memastikan 11,614,735 belia yang berusia 15 hingga 39 tahun (unjuran Jabatan Perangkaan 2010) benar-benar mendapat manfaat daripada penambahbaikan tersebut.

Mereka ini mewakili 43 peratus populasi rakyat negara ini. Jumlah mereka hampir separuh, sebab itu dasar yang digubal untuk mereka mesti benar-benar jitu dan berkesan untuk memastikan penglibatan mereka lebih menyeluruh.

Kalau dilihat kepada senario sekarang berdasarkan kepada statistik sehingga 1 April 2010, hanya dua juta sahaja belia yang melibatkan diri dengan 7,709 persatuan belia yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY).

Apa jadi dengan 9.9 juta belia lagi di negara ini? Mereka ini tidak menganggotai mana- mana pertubuhan belia. Apakah hala tuju mereka?

Kalau tidak semua sekalipun, sudah tentu sebahagian mereka terjerumus dalam gejala sosial. Kajian membuktikan belia yang tidak berpersatuan lebih cenderung terpesong dengan pelbagai masalah sosial.

Lagi pula golongan belia amat berkait rapat dengan pengundi muda. Kegagalan menangani isu belia dan kegagalan menyediakan program yang selari dengan aspirasi mereka akan menyebabkan golongan itu jauh dari kerajaan.

Orang kata fakta tidak pernah menipu. Statistik jelas menunjukkan jumlah belia yang layak mengundi ialah 7.9 orang. Tetapi yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya 4.17 juta sahaja. Maknanya 47 peratus lagi tidak berbuat demikian.

Lebih lebih buruk lagi mereka dibiarkan mempunyai tanggapan negatif terhadap politik terutama kerajaan. Hasilnya mereka tidak ada kecenderungan dalam membuat keputusan membentuk kerajaan ketika pilihan raya. 

Tidakkah kita sedar bahawa ini satu lagi manifestasi kegagalan mendekati kelompok belia atau simbol penyakit belia dengan tahap kepedulian politik yang rendah?

Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) juga telah mengubah landskap kepimpinan belia di mana keseluruhan kepimpinan belia pada hari ini berumur di bawah 40 tahun. Dari satu sudut, memang elok belia diberi peluang memimpin persatuan mereka. 

Tetapi keadaan kelam kabut yang berlaku ketika proses peralihan kepimpinan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada organisasi belia. Proses pendaftaran semula dari ROS (Pendaftar Pertubuhan) kepada ROY (Pendaftar Pertubuhan Belia) sudah ada masalah.

 Ini termasuk ada persatuan belia kini boleh diibaratkan seperti muflis. Sindiran, kritikan dan teguran yang mengatakan aktiviti kelab belia suram kebelakangan ini mungkin berpunca daripada pemimpin muda yang belum bersedia itu. Senario ini dijangka berterusan sehingga satu sistem pengkaderan yang sempurna dan teratur dirancang untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Tetapi bolehkan proses pengkaderan ini berlaku dengan lancar? Secara idealnya, mereka yang baru sahaja meninggalkan bangku sekolah (di bawah 20 tahun) mesti bersedia memimpin kelab di peringkat cawangan. Di awal umur 30-an mereka sewajarnya mempunyai persediaan yang cukup untuk memimpin kelab belia di peringkat kawasan, negeri dan kebangsaan.

Tetapi realitinya pula, umur tamat pendidikan formal untuk universiti adalah dalam usia 24 tahun dan mereka memerlukan tempoh 10 tahun untuk stabil dalam kerjaya dan keluarga.
Jika faktor ini diambil kira bakat-bakat kepimpinan pasti gagal dicungkil.

Sunday, January 9

Gestapo DAPig.


Musibat punya ADUN KOMTAR nie,sanggup bersumpah bahawasanya tidak menyatakan tutup kedai balik india barua lu nie video ada.lubang sudah pecah la.inilah pembohoingan yang dilakukan oleh wakil rakyat

Kejadian dirakamkan pada 2/1/11 berpunca dari kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta yang dilanggar oleh kereta lain hingga terbabas ke tepi kedai nasi kandar milik En Syed Kassali.

Dalam insiden tersebut Ng Wei Aik,Adun Komtar memerangkap setiausaha DAP telah datang dan terus menuduh restoran tersebut menjadi punca kemalangan,rasis chauvanist ini terus menyerang pemilik kedai dengan kata kata kesat "Tutup Balik India", "Pembunuh Kalau Org Mati, Kamu Boleh Bertanggungjawab Ke".


Video ini membuktikan betapa kurang ajar,biadap & angkuhnya seorang chauvanist ultra kiasu Ng Wei Aik. Rasis chauvanist ini adalah Adun Komtar,yang menjadi persoalan lokasi kejadian adalah di kawasan DUN Pengkalan Kota yang diwakili oleh YB Lau Keng Ee.


Mengapa Ng Wei Aik lebih sudu dari kuah,sedangkan lokasi kedai tersebut bukan kawasan DUN KOMTAR.


Tindakan beliau ternyata menyalahi undang undang, si bangsat ini tidak ada kuasa mengarahkan penguatkuasa MPPP untuk menyita barang barang milik peniaga tersebut. Mengapa rokok dan wang didalam premis kedai turut di samun oleh penyangak DAP ini?


Adakah dengan menjadi seorang wakil rakyat ,bangsat DAP ini boleh bertindak kasar hingga mengilas tangan peniaga tersebut? Rasis chauvanist ini cukup terkenal dengan keangkuhannya yang menjadi idola khawarij PAS.


Mengapa pihak MPPP membenarkan si bangsat Ng Wei Aik memberi arahan sewenang wenangnya kepada penguatkuasa? Undang undang apa yang diguna pakai pada ketika itu? MPPP jangan menjadi barua dan menjadi alat kepentingan rasis ultra kiasu chuavanist pemimpin DAP.


Segala tindakan ini mendapat restu penuh daripada ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang.Lim Guan Eng sudah pasti membenarkan segala tindakan setiausaha politiknya Ng Wei Aik berleluasa menyalah guna kuasa terhadap peniaga peniaga bukan CINA.


Rakyat Pulau Pinang tahu peniaga cina langsung tidak dilayan sedemikian rupa,di seluruh pelusok negeri terutamanya di kawasan bandar peniaga cina bebas berniaga malah diberi keistimewaan oleh pihak DAP,buktinya New Lane ditutup jalannya hingga mengganggu penguna jalan raya.
SUMBER pisau.net

Mat Kilau:Hari ini diadakan pertemuan dengan peniaga sebentar tadi akan mengulas apa terjadi pada tampalan seterusnya.

Saturday, January 8

Apakah UMNO Pulau Pinang Masih Releven


Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang telah mendapat Pengerusi yang baru dilantik iaitu  Dato Zainal Abidin Osman serta  Datuk Musa Shaik Fadzil sebagai Timbalan  menerajui kepimpinan  baru Negeri.

Soalan yang ingin disuarakan oleh Mat Kilau adakah ahli dari kepimpinan dari peringkat  bahagian hingga ke akar  umbi menerima kedua-dua penerajui perhubungan Negeri yang baru dilantik?

Bagi yang menyokong akan mengiyakan sahaja apa sahaja yang dicadangkan akan tetapi adakah semua menyokong?

Rakan-rakan seperjuangan dari bahagian Nibong Tebal dan Bukit Mertajam akan mendabik dada bila berjalan.itulah sifat yang akan kita lihat apabila ketua bahagian menjadi BOSS.

Bukan tuduhan berniat memburukkan sesiapa,pernah terjadi sebelum ini.Mereka memandang rendah rakan –rakan seperjuangan dari bahagian lain oleh kerana ketua bahagian mereka menjadi BOSS kononya.

Melihat apa yang isu terkini adakah UMNO masih bersatu jika sesuatu berlaku dikalangan ahli adakah pemimpin tertinggi akan turun padang bertanya apa dah jadi serta apa tindakan yang patut diambil,Jawapanya????

Untuk mengumpul peserta untuk program susah untuk mendapat sambutan itu pun hanya lima wakil dari setiap bahagian.Yang hadir pasti kurang walaupun didalam bahagian ada beribu-ribu ahli.

Pernahkah Ketua Pemuda UMNO negeri sekarang berfikir mengadakan program perdana  mengumpul Pemuda Negeri seluruh Pulau Pinang berpaksikan matlamat menambat pengundi muda kembali kepada UMNO.

Tujuan kita adalah satu menawan kembali hati warga Pulau Pinang supaya kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah strategi serta perubahan yang akan dirancangkan oleh Dato’ Zainol dan Datuk Musa?

Berharap dengan adanya Pemimpin berjiwa rakyat seperti Dato’ Zainol dan Datuk Musa akan mengubah apa yang pernah berlaku dahulu bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih.”

Mat Kilau terlalu Sayang Parti Keramat Orang Melayu pasal tue berbicara pasal nie,janganlah kita hanya pandai berkata-kata BERANI BERUBAH padahal dok jadi benda yang sama.     

Ng Wei Aik Sanggup Bersumpah,Itu Tiru Sapa?


Pendedahan mat kilau berterusan,Semalam pihak KIMMA hanya menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob  yang menghairankan dimanakah kedua-dua celaka lidah bewak nie.adakah takut bertemu pihak KIMMA atau teloq dah hilang.Nie dok hantaq perempuan macam pondan la depa nie,baru nie mengaum sakan rupanya pakai gigi palsu CAP BEWAK TIDO.


Sebelum nie NG bertemu pihak media menyatakan saya sanggup bersumpah bahawa beliau tak "kata tutup kedai balik india" menyalahkan pihak lain apabila tertekan itu adalah helah lama yang semua orang tahu depa nie suka cakap tak serupa bikin.Dengar kata depa dok pakat-pakat nak pi thailand jumpa sami siam mandi bunga.


Bagi pihak KIMMA hanya meminta Ng meminta maaf secara terbuka kepada  pihak restoran dan seluruh masyarakat India Muslim di negara ini di atas kebiadabannya. Dia juga perlu bertindak menarik balik kenyataan itu.Benda yang senang sebegitu pun susah nak buat ka?
Orang yang berniaga tidak mencari musuh akan tetapi hanya berniaga untuk menyara keluarga.



'KIMMA memberi Ng tempoh seminggu untuk berbuat demikian. Jika cara ini juga tidak berkesan, kita akan berbincang untuk melihat bentuk tindakan selanjutnya yang akan dibuat.''Setakat ini kita tengok dulu apa yang berlaku seterusnya,"



Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.


Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.
Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.


Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.
Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pekerja restoran berkenaan


Menurut Faruk, beliau juga mempunyai bukti mengenai tindakan yang dilakukan Wei Aik itu dan bersedia menyerahkan bukti tersebut kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.
''Kita ada bukti. Ia rakaman video. Setakat ini kita tidak mahu dedahkan lagi. Kalau perlu baru kita buat demikian," katanya.



Mat Kilau tengok puak lidah bewak nie pandai main drama,rasanya dok tiru cara Pak Sheik kot.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive