Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO.
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menubuhkan dua biro baru iaitu Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO sebagai pendekatan baru parti itu untuk mendekati “golongan atas pagar” menyokong semula BN.
UMNO negeri yakin dapat menjanakan idea-idea baru yang bersesuaian dengan kehendak golongan muda dan golongan profesional.
Biro Pemikir dan Golongan Profesional dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin manakala Biro Pengundi Muda dan NGO dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Dua biro baru ini ditubuhkan dengan menyasarkan golongan muda kerana terdapat golongan muda dan profesional yang tidak menganggotai mana-mana parti dan mereka ini haruslah diberi perhatian.
Pengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari UMNO negeri.
Mat kilau kata UMNO Pulau Pinang benar-benar berani berubah.
Jawatan Ketua Penerangan rasanya tidak sesuai diberi kepada DSH kerana DSH tidak mempunyai idea yg kreatif dan idealisma utk memegang jawatan tersebut. Elok diberikan kepada orang muda yang lebih agresif dan beridealisma. Sudah lama dalam jawatan eloklah beri laluan kepada yg baru. UMNO harus berubah sebelum UMNO rebah.
durian balik lau, itu ialah keputusan dipihak perhubungan negeri.sebelum ini DSH ialah pengerusi "war room" apa kata kita tengok apa yang bakal dirancang,jika tidak berubah juga kita berhak memberi pandangan.
Mengenali DSH udah sampai masanya DSH berundur. Bukan kita ketandusan pemimpin yg berkaliber cumanya UMNO selektif pada gengnya yg tertentu dan takut untuk berubah kearah yang lebih baik.
durian balik lau, ada benarnya cadangan anda,akan tetapi keputusan bukan ditangan kita. pucuk pimpinan yang menentukan.hanya boleh memberi cadangan.adakah tiada ketua bahagian lain yang layak.kita mempunyai 13 bahagian.pasal apa dok tengok balik pulau saja.
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Salam ,
ReplyDeleteJawatan Ketua Penerangan rasanya tidak sesuai diberi kepada DSH kerana DSH tidak mempunyai idea yg kreatif dan idealisma utk memegang jawatan tersebut. Elok diberikan kepada orang muda yang lebih agresif dan beridealisma. Sudah lama dalam jawatan eloklah beri laluan kepada yg baru. UMNO harus berubah sebelum UMNO rebah.
durian balik lau,
ReplyDeleteitu ialah keputusan dipihak perhubungan negeri.sebelum ini DSH ialah pengerusi "war room" apa kata kita tengok apa yang bakal dirancang,jika tidak berubah juga kita berhak memberi pandangan.
Saudara Mat Kilau ,
ReplyDeleteMengenali DSH udah sampai masanya DSH berundur. Bukan kita ketandusan pemimpin yg berkaliber cumanya UMNO selektif pada gengnya yg tertentu dan takut untuk berubah kearah yang lebih baik.
durian balik lau,
ReplyDeleteada benarnya cadangan anda,akan tetapi keputusan bukan ditangan kita. pucuk pimpinan yang menentukan.hanya boleh memberi cadangan.adakah tiada ketua bahagian lain yang layak.kita mempunyai 13 bahagian.pasal apa dok tengok balik pulau saja.