Monday, January 3

DAPig Hilang Pengundi Hanya Kerna?


Semalam Mat Kilau dok bersembang dengan rakan-rakan di kedai nasi kandar.Isu terbaru yang dok panas la nie pasal beg plastik.langkah untuk mengurangkan beg plastik baik akan tetapi cara pelaksanaannya amat mengecewakan.


Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang akan menerima tamparan hebat apabila ramai yang menyalahkanya.Depa tak kata lain salah tetapi DAPig yang salah.Adakah ini akan mengurangkan sokongan terhadap DAPig.teringat bak kata-kata dalam gambaq P. Ramli "apa yang nak mai pulak lepas nie'...... 


Ramai peniaga termasuk pasar raya besar di negeri ini didapati mengabaikan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik Percuma’ yang dilancarkan Kerajaan Negeri untuk memulihara alam sekitar


Dianggarkan, lebih 90 peratus daripada peniaga berkenaan masih menggunakan beg plastik untuk membungkus barangan dijual seolah-olah pengumuman yang dibuat Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai ‘Hari Tanpa Beg Plastik Percuma’ bermula 1 Januari 2011 langsung tidak memberi sebarang makna. 


Alasan peniaga terbabit ketika ditanya mengenai perkara itu ialah “kami tidak tahu (mengenai kempen berkenaan).”

Ada juga yang secara terang-terangan menyuarakan rasa tidak puas hati serta mempertikaikan kempen tersebut yang dianggap menyusahkan mereka terutama peruncit dan pengusaha restoran selain pengguna.

Mereka berpendapat, tindakan itu boleh menjejaskan hubungan pelanggan dengan peniaga.

Seorang pembantu restoran nasi kandar, Hassan Ali, 36, berkata, kempen Kerajaan Negeri itu tidak sesuai kepada peniaga makanan.

“Walaupun kertas digunakan untuk membungkus makanan tetapi plastik tetap diperlukan untuk mengisi kuah, sup dan kari. Peniaga makanan perlu menggunakan beg plastik untuk memuatkan bungkusan makanan yang dibeli dalam kuantiti banyak.

“Makanan yang dibungkus panas tidak selesa untuk diambil pelanggan tanpa beg plastik. Mereka (Kerajaan Negeri) harus bersikap fleksibel dalam isu ini dan tidak boleh pukul borong saja. Bayangkan bagaimana kami nak jual makanan, kuah kari tanpa plastik. Boleh kira mustahil bukan?,” katanya.

“Kami sebagai peniaga perlu memberikan keutamaan keselesaan pelanggan, Jika mereka (pelanggan) minta beg plastik kami (peniaga) akan membekalkan beg plastik dan jika tidak ia boleh menjejaskan peniagaan kami,” katanya.

Seorang jurujual di stesen minyak yang enggan namanya disiarkan berkata, pihak pengurusan tidak mengeluarkan arahan mengenai larangan penggunaan plastik di premis mereka.

“Kami bekerja ikut arahan, tak bolehlah pandai-pandai sendiri. Selagi tak dapat arahan daripada pengurusan, kami bekalkan beg plastik seperti biasa kepada pelanggan,” katanya.
 

Suri rumah, Ching Kooi Yeng, 52, berkata, tanpa beg plastik amat sukar baginya untuk membeli barangan dalam kuantiti yang banyak sebagaimana biasa.

“Saya susah hendak membeli barang, kalau naik kereta tak apa. Ini naik motosikal macam mana nak bawa banyak barang, kalau mahu beg plastik kena bayar 20 sen. Ini menyusahkan saya, lebih baik beli barang-barang di kedai runcit,” katanya,

Muniyamma Bakiam, 39, berkata, walaupun kempen itu bertujuan membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa tetapi membawa beg sendiri ketika membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam tidak sesuai jika pengguna membeli barangan dalam kuantiti yang banyak.

“Walaupun peruncit mengambil inisiatif dalam membekalkan barang-barang dalam guni beras dan kotak, ia tidak selesa untuk mengangkutnya

“Ini merupakan taktik peniaga untuk mengaut keuntungan dengan menjual beg plastik. Kalau hari tanpa beg plastik percuma, kenapa mahu jual dengan harga 20 sen kepada pengguna,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.