UMA telah sempat menziarahi jenazah dan sampai kerumah allahyarham pada pukul 11.30 pagi. Jarak rumah UMA ke Keratong 2 sejauh 60 KM. Semua anak dan kaum keluarga telah berkumpul. Ramai juga pemimpin UMNO yang datang. UMA tidak kenal dengan pemimpin di sana.
Menurut Balu allahyarham, allahyarham berumur 57 tahun. Agak sebaya dengan UMA. Pada hari Isnin, allahyarham mengajak beliau pergi keklinik kerana sakit dada. Allahyarham sendiri yang memandu kereta. Agak pelik, sampai sahaja di klinik, allahyarham kelihatan begitu tenat. Doktor mengarahkan supaya allahyarham di hantar ke hospital Muadzam. Oleh kerana komplikasi pernafasan pembedahan untuk memasukan tiup bagi membantu pernafasan di buat.
Selang 2 hari beliau di pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Menurut balu beliau lagi, allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11.50 malam tadi.
UMA sempat menyedekahkan bacaan yasin, tahlil dan membantu apa yang perlu ketika jenazah dimandi dan di kapankan. Jenazah di bawah ke Mesjid Jamek Keratong 2 untuk solat jenazah selepas solat zohor dan di abadikan di Perkuburan Islam kerantong 2.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Al Fatihah.
Kain Rentang di gantung di pagar Masjid Keratong 2; "Majlis Tahlil Memperingati Kembalinya Ke Rahmatullah Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Dato Hussein, Pengasas FELDA". Terdapat juga logo FELDA HANYA 1 DI DUNIA. Moto ini juga di ambil oleh "Aku yang gambi" sebagai moto blog beliau.
Sumber http://agbr47.blogspot.com/
Sumbangan Buat Keluarga Arwah Blogger Yang Gambi
Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz
Bantu Semana Yang Kita Mampu!!!
Arwah Yang Gambi Berjuang Sehingga Ke Akhir Hayat Beliau.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.