Tuesday, January 11

Pemuda Umno Pulau Pinang Turun Padang.

Pemuda Umno Pulau Pinang telah bertemu dengan Pemilik restoran En Syed Kassali pada hari ahad dimajlis itu juga telah diadakan Sidang media bagi menjelaskan apa yang telah terjadi dan menyebarkan rakaman video kepada pihak media.









Adakah anda percaya Ng Wei Aik bercakap benar semasa sidang akhbar jam 3 petang tadi, Ng Wei Aik rasis chauvanist ultra kiasu DAP menafikan kononnya beliau ada menyebut kata kata kesat terhadap pemilik restoran Syed Kassali Mohamed Aliyar.


Tindakan beliau mengadakan sidang akhbar bertujuan untuk mengalihkan isu tentang perbuatan beliau yang menyalahi undang undang . Ng Wei Aik tidak menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Ds Reezal Merican:klik sini sebaliknya cuba mengalihkan isu kononnya beliau pula difitnah.


"Tutup Balik India", "Pembunuh Kalau Org Mati, Kamu Boleh Bertanggungjawab Ke" perkataan rasis yang kesat ini dihamburkan terhadap Syed Kassali.


Dalam sidang akhbar tersebut Ng Wei Aik sanggup meletak jawatan sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng jika berjaya dibuktikan, mengapa beliau tidak meletak jawatan sebagai Adun Komtar terus jika berjaya dibuktikan!


Pembohong dan pembelit ini sanggup membuat sidang akhbar ,berbohong kepada kesemua wartawan semata mata mahu menutup pembohongan beliau. Lihat wajahnya dengan angkuh kononnya beliau pula difitnah.

Taktik ini sudah lama,sudah basi,jangan ingat orang ramai mudah termakan drama kamu wahai Wei Aik. Anda harus ingat mereka ini cukup pandai bermuka muka penuh pembohongan.


Buat pengetahuan anda ramai saksi yang dengar dan nampak salah seorang ialah Khairil Anuar Kamarudin,Timbalan Ketua AMK Cabang Jelutong ini mengaku Ng Wei Aik ada menyebut "pi balik India" kepada Syed Kassali pemilik restoran pada malam kejadian.


Khairil Anuar Tim Ketua AMK Cabang Jelutong

Khairil Anuar berada ditempat kejadian,mendengar dan nampak secara jelas apa yang dilakukan oleh Ng Wei Aik.


Mengapa sidang akhbar hari ini diadakan? Ng Wei Aik dengan berani berdepan dengan wartawan setelah meminta AMK Pulau Pinang membantu menafikan perkara ini. Setelah berpakat bersama AMK beliau telah membuat satu laporan polis pada 7/1/11 . Ng Wei Aik berani membuat satu laporan palsu kepada polis setelah berpakat dengan AMK.

Khairil Anuar sebagai seorang pemimpin AMK di peringkat cabang Jelutong harus membuat pengakuan tentang pembohongan yang dilakukan oleh rasis Ng Wei Aik ini. Jangan dibiarkan si rasis ini berleluasa membuat segala tindakan double standart dan secara selektif terhadap peniaga peniaga di sekitar Georgetown


Ng Wei Aik sanggup melakukan sumpah palsu,adakah saudara Khairil Anuar sanggup bersekongkol dengan seorang YB rasis chauvanist ultra kiasu yang menindas zalim dan melakukan pembohongan kepada rakyat?


Akibat tindakan rasis,biadap,kurang ajar dan zalim Adun Komtar ini beliau telah mengheret sekali AMK didalam polemik ini. Bermaruahlah wahai AMK.Adakah anda sanggup bersekongkol dengan rasis chauvanist seperti Ng Wei Aik ini


Ng Wei Aik,adalah elok kamu meletak jawatan sebagai ADUN KOMTAR,kamu benar benar telah berbohong kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.




No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.