Saturday, February 12

Al Fatihah,Datuk Zaharuddin Abu Kasim.ADUN Kerdau.


 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) disahkan meninggal dunia di hospital Temerloh, Pahang kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba berkata, Allahyarham jatuh di bilik air di kediamannya di pekan Kerdau sebelum dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu.
"Keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang kurang baik, berjalan pun perlu dipimpin.
"Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham jatuh dalam bilik air dirumahnya,"
Sebelum ini Allahyarham beberapa kali dilaporkan kritikal dan pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Kematian Allahyarham Zaharuddin menyaksikan negara bakal menghadapi pilihan raya kecil ke-16 selepas pilihan raya umum 2008.
Terbaru ADUN Merlimau, Melaka, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan berkenaan pada 26 Februari ini manakala pengundian akan diadakan pada 6 Mac depan.
Rodzuan yang ketika ini berada di bilik mayat Hospital Temerloh berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan untuk menziarahi Allahyarham di Hospital Temerloh.
"InsyaAllah, Tuanku Sultan Pahang akan tiba menziarah Allahyarham sebentar lagi," katanya.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerdau pagi Ahad.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.