Orang ramai khususnya pelancong asing dan tempatan yang mengunjungi bandar raya ini keliru dan ‘pening kepala’ untuk ke destinasi setiap kali melihat papan tanda arah yang mempunyai ejaan berbeza.
Ini berikutan, walaupun destinasi yang bakal dituju itu adalah betul, papan tanda arah yang terpampang mempunyai ejaan berbeza menyebabkan mereka sering tersesat dan hilang arah.
Sebagai contoh, pelawat sudah pasti terkeliru sama ada mahu mengikut nama Batu Feringghi atau Batu Feringgi, manakala Tanjong Bungah atau Tanjung Bunga.
Mereka sudah pasti tertanya-tanya sama ada ia adalah lokasi sama atau sebaliknya berdasarkan perbezaan ejaan.
Pemasangan papan tanda yang tidak selaras itu menyebabkan ramai di kalangan pengunjung termasuk penduduk tempatan sering merungut dan mahu tindakan segera menanganinya diambil.
Difahamkan, sebelum ini, penyelarasan ejaan pada papan tanda itu sudah dilakukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), namun masih terdapat perbezaan pada beberapa papan tanda arah di persimpangan laluan.
Lokasi yang menempatkan papan tanda arah berbeza itu dikesan berhampiran jejambat Gelugor, Jalan Udini serta Jalan Air Hitam.
Selain itu, nama Air Itam atau Air Hitam juga didapati berbeza walaupun lokasinya adalah sama.
Peniaga, Shaik Ibrahim Ishak, 51, berkata perbezaan ejaan juga terdapat pada banyak papan tanda di premis perniagaan persendirian.
“Papan tanda yang mengelirukan ini termasuk ada yang hilang pasti akan menyukarkan pemandu mencari sesuatu destinasi khususnya yang baru tiba untuk melawat negeri ini,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu memberi gambaran buruk kepada pelancong mengenai kurangnya keprihatinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak dalam menyediakan keperluan lengkap seperti penyediaan papan tanda arah.
Katanya, lokasi dan ejaan pada papan tanda adalah penting kerana ia menunjukkan arah destinasi pelancongan serta tempat tumpuan lain.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.