Keindahan dan kemeriahan ‘night market’ atau pasar malam yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri di kawasan Batu Ferringhi, di sini, kini seolah-olah ‘ditakluk dan ditawan’ pekerja warga asing yang hampir memonopoli premis menjual barangan dan restoran.
Sebut saja, Indonesia, Bangladesh, Myanmar mahupun Nepal, pastinya ada di kawasan berkenaan menjual pelbagai barangan antaranya beg jenama dipercayai tiruan, cakera padat video digital (DVD) cetak rompak selain bekerja di pusat urut refleksologi dan restoran.
Persoalan timbul mengenai peranan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, kerajaan negeri, Jabatan Imigresen mahupun pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dalam menguat kuasa undang-undang.
Mereka bebas mencari rezeki secara haram di negeri ini selain dipercayai dilindungi majikan warga tempatan yang menggaji mereka dengan pendapatan lebih RM500 sebulan malah ada mencecah sehingga ribuan ringgit.
Pengunjung, Mohd Hamzah Ismail, 39, berkata peranan pihak berkuasa perlu dilakukan berterusan yang sebelum ini ada tindakan penguatkuasaan diambil dalam beberapa operasi bersepadu malah ada ditahan atas pelbagai kesalahan.
Katanya, pemeriksaan dan pemantauan perlu diteruskan dari semasa ke semasa tanpa perlu menunggu aduan orang ramai selain memastikan kawasan tarikan pelancongan itu bebas dari sebarang kegiatan jenayah.
“Penguatkuasaan perlu dilakukan sentiasa supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius,” katanya.
Pekerja swasta, Payrol Nisyam Ismail, 36, berkata, pihak berkuasa perlu kerap melakukan rondaan kerana difahamkan ada antara warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri malah segelintir majikan sanggup mencabar undang-undang tanpa rasa takut atau bimbang dengan menggaji mereka.
Katanya, apa membimbangkan kehadiran mereka yang agak ramai boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman penduduk mahupun pelancong asing yang mengunjungi kawasan itu.
“Apa yang penting, pihak berkuasa perlu menggiatkan operasi terutama memantau kehadiran warga asing yang semakin ramai di sekitar Batu Feringghi ini,” katanya.
Mat kilau kata:kalau ada yang rasa sangsi pakat ramai-ramai pi tengok apa jadi kat Batu Feringgi,ramai pemimpin yang dok lena,almaklum perut kenyang.

No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.