Thursday, March 31

Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fitnah kepada penyelaras MCA

 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan bekas ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Sakura Teh Hock Yong, membayar saman fitnah RM375,000 kepada Penyelaras MCA kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang.

Hakim Datuk Zakaria Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Lee Khai yang mewakili Tan manakala Teh, yang tidak diwakili peguam, tidak hadir.

Hakim Zakaria menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000 manakala RM75,000 adalah bagi bayaran ganti rugi teruk dan teladan, dengan faedah empat peratus mulai Mei 2005 hingga hari ini.

"Kos mahkamah sebanyak RM7,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh defendan," katanya dalam prosiding di sini, hari ini.

Teh didakwa pada 20 Mei 2005 kerana memfitnah Tan yang ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Jawi berkenaan tabung 'Jawi Charity Trust Fund' yang dikelolakan oleh Tan.
Kenyataan fitnahnya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina. Dia juga telah mengeluarkan kata-kata fitnah menggunakan risalah, surat layang, panji-panji dan poster.

Pada 1 Julai 2005, Tan mendapat perintah ex-parte untuk menghalang Teh daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Tan, yang ditemui di luar mahkamah, menyatakan rasa gembira kerana dapat membersihkan namanya sebagai seorang wakil rakyat.

"Selama tempoh itu saya mengalami tekanan perasaan yang teruk, bukan sahaja diri saya tetapi ia juga melibatkan maruah keluarga saya," katanya.

Tan berkata, fitnah itu juga telah menjejaskan kerjayanya dalam politik serta kepercayaan orang ramai terhadapnya

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.