Saturday, March 19
Blogger Pakatan Rakyat Diburu.Blogger Nyamuk Dipersalahkan.
Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tgh malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg porpular dgn pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu. Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.
SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yg tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dgn perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru. Dalam mood pilihan raya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan. Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.
SAMM melihat ini perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.
che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri di sebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta. Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibu pejabat PKR menggunakan kes tersebut. Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.
SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat. cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.
Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.
Sumber sinar harian
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.