Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong jika mengatakan wang kerajaan negeri berjumlah RM80,500 telah dibelanjakan untuk penginapan rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah dan Sarawak.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin sebaliknya mempertahankan dakwaan dan pendedahan yang dibuat pihaknya sebelum ini bahawa wang tersebut telah disalahgunakan untuk membiayai penginapan 500 perwakilan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada November tahun lalu.
Beliau berkata, jika wang itu digunakan untuk membiayai penginapan kumpulan NGO, mengapa tarikh yang dipilih untuk menginap di situ sama dengan tarikh Kongres PKR berlangsung dan lokasinya juga berhampiran dengan tempat kongres itu diadakan.
"Saya minta Menteri Besar berhenti membohongi rakyat. Mungkin ada rombongan dari Sabah dan Sarawak termasuk kaum Penan yang merupakan perwakilan parti,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa wang RM80,500 yang dikatakan dibelanjakan untuk penginapan para perwakilan Kongres PKR sebenarnya diperuntukkan kepada rombongan NGO dari Sabah dan Sarawak termasuk suku Penan yang datang melihat kemajuan Selangor.
Abdul Khalid mendakwa demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Hamidzun meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan wang rakyat RM80,500 itu.
"Kita telah buat laporan kepada SPRM agar dakwaan itu disiasat. Jadi kita sama-sama tunggu hasil siasatan SPRM dan Menteri Besar tidak perlu memutarbelitkan semuanya," kata beliau.
Pada 19 Februari lalu, Hamidzun mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat berjumlah RM80,500 bagi membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres PKR tahun lalu.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai bukti mengenai penyelewengan tersebut dan bukti-bukti berkenaan telah diserahkan kepada SPRM pada 24 Februari lalu.
Dalam pada itu kata Hamidzun, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini tidak lagi tertipu dengan 'janji manis' pemimpin PKR yang kononnya mahu membela nasib rakyat.
"Mereka hanya jaga kepentingan parti, bukan rakyat," tegasnya.
Sumber Utusan Online.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.