Saturday, March 5

Gempur Media Baru,Buah Last Kopek.

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan kemahiran memasak sewaktu Program Jalinan Mesra Rakyat dan Mesra Pengguna bersama Timbalan Perdana Menteri di Ayer Merbau, Merlimau di Melaka pada Sabtu. Beliau diperhatikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga pengarah pilihan raya BN DUN itu berkata media baru internet seperti blog, twitter dan laman sosial seperti facebook merupakan tempat terbaik menarik pengundi muda keluar mengundi calon BN pada Ahad."Saya juga mahu fitnah dan pembohongan di media baru itu dibetulkan dan diperjelaskan.



Mohd Ali mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab di media baru itu menyamar sebagai penyokong BN dan menyebarkan berita serta isu yang memberi kesan yang negatif kepada BN.
Katanya jentera BN juga terus mengadakan perjumpaan bersama pengundi termasuk lawatan rumah ke rumah bersama calon dan berkempen pada 'gear penuh'.
Mohd Ali berpuas hati dengan kempen yang berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
"Esok saya berharap semua pengundi keluar mengundi awal kerana dikhabarkan petang esok hujan, kita juga akan sediakan pengangkutan untuk membawa pengundi, saya nasihatkan pengundi memilih calon yang terbaik yang mampu memberi kemajuan di DUN itu," katanya.
Sementara itu, calon BN, Roslan Ahmad, 44, berkata beliau bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.
"Daripada sambutan yang diperolehi, saya yakin BN dapat kekalkan kerusi di kubu kuat di sini, malah pada pendapat saya dapat melebihi majoriti undi diperolehi BN pada pilihan raya umum 2008," katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen, penduduk di kawasan DUN itu hanya mengutarakan masalah kecil seperti mahukan lebih banyak kemudahan infrasruktur, yang sedang diatasi kerajaan.
Katanya sekiranya dipilih oleh pengundi pada pilihan raya itu Ahad, sebagai langkah pertama beliau akan memastikan semua masalah yang diutarakan kepadanya diselesaikan secepat mungkin.
Roslan dicabar calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung




No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.