MEMANG patut dan tepat sekali bila Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi diserang habisan-habisan oleh penulis-penulis blog yang menyokong kerajaan kerana beberapa tindakan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat condong serta memihak kepada gerakan pembangkang dan mahasiswa ketika ini malah kedudukan Timbalan Menteri ini dilihat menjadi liabaliti kepada kepimpinan PM Najib dan tidak salah dikatakan beliau adalah duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika.
Suara Saifuddin makin sumbang.Langkah politiknya semakin tidak seiring dengan langkah politik PM Najib.Malah kita sendiri tidak tahu apa motif sebenar beliau yang begitu bersungguh-sungguh mahu pelajar diberikan kebebasan untuk bersuara dan berpolitik?Mahu mansuhkan AUKU?Kita tidak tahu mengapa beliau begitu berani dan lantang mengangkat Anwar Ibrahim itu sebagai pemimpin yang hebat di dalam satu majlis di Universiti Malaya dan kita juga menjadi hairan apabila dalam semua kepimpinan UMNO dan kerajaan menolak Buku Jingga tetapi Saifuddin mempertahankan Buku Jingga itu sebagai satu buku yang baik sedangkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya senada dengan keputusan jemaah menteri yang lain.
Tindakan Saifuddin mempertikaikan AUKU dan mahu kekebasan secara multak diberikan kepada mahasiswa boleh juga disifatkan sebagai satu penghinaan dan pencabulan kepada keputusan atau dasar yang telah dipersetujui oleh kabinet dan diluluskan oleh Parlimen.Secara tidak langsung Saifuddin tidak menghormati PM Najib supaya AUKU tidak lagi dibahaskan dan keputusan kerajaan tegas dalam soal itu.
Tindakan ini juga dilihat bercanggah dengan tindakan Menteri yang mempertahankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan juga parlimen tetapi Timbalan Menteri ini pula beriya-iya sepanjang masa mempertikaikan keputusan yang telah dipersetujui itu.Malah Saifudin hadir merasmikan dan menyokong segala gerakan songsang pelajar-pelajar hingga beliau seperti mengugut kerajaan sekiranya hak-hak pelajar dihalang,dibimbangi Malaysia senasib Mesir dan Negara lain yang sedang berdepan dengan protes terhadap kepimpinan kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.