Thursday, April 7

DAP MENGAMUK KAT SARAWAK KONA BARING.



Rakyat SARAWAK mungkin percaya bahawa Pulau Pinang maju disebabkan oleh Lim Guan Eng DAP. Manakala FDI yang dibawa masuk ke negeri itu adalah usaha kerajaan DAP.

Malangnya, kenyataan Gobindar Singh itu tidak tepat dan sangat mengelirukan, sama seperti kenyataan-kenyataan sebelum ini yang dikatakan oleh Guan Eng sendiri.






Walaupun dikatakan tidak akan dapat menawan Sarawak, mereka berharap sekurang-kurangnya dapat menghalang Barisan Nasional (BN) menguasai majoriti dua pertiga di negeri itu.

Jika dilihat keputusan PRN Sarawak yang lalu, tanpa dijangka DAP menang lapan kawasan yang sebelum ini dimonopoli anggota komponen BN iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). ‘Kecederaan’ yang dialami SUPP sama seperti yang dihadapi oleh MCA dan Gerakan di Semenanjung.

Jika dilihat dari sudut itu, tidak susah untuk kita melihat ‘angin memberontak’ di kalangan masyarakat Cina di Semenanjung telah bertiup ke Sabah dan Sarawak. Oleh itu, walaupun pada PRN kali ini DAP hanya bertanding 20 kerusi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) 52 kerusi, semua orang tahu, pilihan raya kali ini adalah pentas untuk DAP. PKR dan Pas pula hanya mengiringi rentak DAP sahaja.

DAP berharap dapat menawan semua kawasan yang bermajoriti Cina, supaya SUPP tidak lagi boleh dikatakan wakil kaum Cina yang sah di negeri itu, sama seperti nasib yang dialami MCA.

Inilah yang dijanjikan oleh pihak pembangkang dan ia dianggap satu kemenangan yang paling besar jika benar-benar berlaku.

Kegagalan SUPP menghalang serangan DAP akan menyebabkan masyarakat Cina Sarawak menjauhi BN dan mereka akan menjadi pembangkang manakala pihak yang akan berkuasa dalam kerajaan negeri sudah tentu kaum pribumi.

Jika dilihat secara kasar SUPP kini berada dalam keadaan bahaya dan terdapat kemungkinan semua ramalan itu akan menjadi kenyataan. Kemenangan calon DAP pada pilihan raya kecil Sibu pada Mei 2010 adalah salah satu amaran kepada SUPP.

Pada pilihan raya umum lalu, BN hanya mengharapkan sokongan kerusi dari Sabah dan Sarawak untuk berkuasa di Pusat. Jadi jika DAP dan lain-lain parti pembangkang yang bertanding di Sarawak menang, nyawa BN tidak dapat bertahan lama. Pihak pembangkang hanya menanti masa untuk berkuasa di Pusat.

Bagaimanapun, impian itu mungkin tidak menjadi kenyataan berikutan kerjasama di kalangan parti pembangkang yang tidak kemas terutama dalam soal pembahagian kawasan dan kerusi. Berlaku perbalahan sesama mereka, umpama sebelum pergi berperang sudah tewas.

Faktor lain yang boleh membuatkan pihak pembangkang begitu nazak adalah masalah pembahagian sumber dalam kawasan undi yang tidak seimbang. Jika masalah ini berterusan, maka BN sudah tentu boleh menang bergaya dengan majoriti dua pertiga.

MatKilau Penang kata elok dah penyamun tipu penyangak

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.