Friday, April 8
DAP!!!! SPRM DITUDUH BUNUH RAKYAT.
MatKilau Penang terkejut dengan kejadian pegawai kanan kastam, Ahmad Sabrani Mohamed, yang meninggal dunia setelah jatuh bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari Rabu lalu pun tak berapa betul.Cuma, MKP dah mangli dengan berita macam ini. Dah kerap dengar cerita orang dalam siasatan mati jatuh bangunan atau dijumpai tergantung dalam lokap.
Kita pun dah baca atau tengok dalam TV cerita Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor itu meninggal dunia jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane. Kita pun dah tahu yang Allahyarham Ahmad Sabrani antara yang terlibat membantu siasatan bersangkutan kegiatan rasuah melarikan cukai dan pengubahan wang haram (money laundering).
Boleh jadi juga keluarga dan waris pasrah dan akur kepada hakikat bahawa ia membabitkan soal undang-undang.
Tapi lain pula halnya dengan masyarakat Cina dan India. Bila kes macam ini timpa keluarga mereka, mula-mula sekali mereka akan syak yang si mati temui ajal kerana perbuatan salah atau ‘foul play’ pihak yang menahannya.
Tak kiralah si mati itu ada rekod jenayah atau tidak. Yang penting kepada keluarga dan waris adalah dia mati dalam tahanan. Selalunya mereka tak percaya laporan doktor. Jadi mereka tuntut dibuat inkues macam inkues kematian pekerja DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan SPRM di Shah Alam pada 2009.
Selalunya keputusan inkues diketuai oleh seorang majistret dan keputusannya diterima oleh semua pihak. Dalam banyak inkues, hakim akan buat keputusan mengenai punca kematian. Tapi ada juga kes yang hakim tak boleh tentukan punca kematian dan dia buat keputusan terbuka atau ‘open verdict’ macam dalam kes Teoh.
Oleh kerana Teoh seorang pekerja sebuah parti politik dan kematiannya disensasikan oleh kalangan politik, badan-badan bukan kerajaan dan media massa, maka keputusan ‘open verdict’ itu tak diterima.
MKP tak tahu sama ada kerana kerajaan tunduk kepada tekanan atau kerana kerajaan sendiri nak tahu sebab sebenar kematian Teoh maka ditubuhkanlah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat punca kematiannya.
MKP kata, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jadi MKP nak cadangkan agar suruhanjaya itu atau sebuah suruhanjaya yang serupa siasat semua kes-kes mati dalam tahanan yang inkues bagi ‘open verdict’.
Jangan buat kepada seorang atau satu kaum saja. Buat kepada semua orang tak kira Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban atau Orang Asli dan tak kira sama ada keluarga mereka minta atau tidak.
Nyawa, tak kira nyawa Cina, nyawa India, nyawa Melayu, nyawa Kadazan, nyawa Iban atau nyawa Orang Asli sama saja harganya iaitu tak ternilai. Jadi janganlah kerana kuasa politik atau kuasa duit, nyawa sesuatu bangsa atau kaum tertentu saja dibagi nilai yang lebih tinggi.
Jadi, MKP harap kematian Allahyarham Ahmad Sabrani disiasat dengan serapi-rapinya dan dibuat inkues. Kalau inkues bagi ‘open verdict’ sila serah kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja. Kalau nama raja diguna untuk cari keadilan bagi si mati berbangsa Cina, gunakanlah juga nama raja untuk cari keadilan bagi si mati Melayu, Iban, Orang Asli, Kadazan dan India, barulah adil, barulah 1Malaysia.
Dalam itu, MKP nak sebut juga pasal orang yang buat kerja tak fikir panjang dan ikut nafsu tamak haloba. Bila buat kerja tak fikir panjang, ikut nafsu dan tamak haloba, maka bila tersepit mereka bertindak pun tak fikir panjang dan ikut nafsu.
Isu ini dimainkan oleh DAP diSarawak untuk memancing undi terutama dikawasan pengundi cina.
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Memang banyak berlaku kesilapan dalam mentafsirkan pengertian rasuah kerana buat masa ini kita lihat SPRM cukup bagus menjalankan tugas mereka dalam memperkasakan intergriti nasional dan perang terhadap rasuah.
ReplyDeleteTetapi pada pendapat saya usaha ini boleh dikatakan bersifat berat sebelah.
Kenapa hany penerima tertakluk dengan undang-undang SPRM sebagai penerima. bagaimana pula pemberi..
Belum pernah kita dengar dan lihat pemberi disabitkan kesalahan dengan rasuah. Cuba lah pula bersikap rasioanl.. cari pemberi dari penerima kerana orang ada wang ,orang ada kuasa , orang ada kenalan pembesar dan banyak lagi cara merupakan pemberi rasuah.
bentuk rasuah pula berbagai cara, semasa, kutipan bulanan juga perbagai cara.
Jadi buat lah sebaik mungkin.. jika boleh dapat kakitangan kerjaan sebagai penerima tentunya ada pemberi. Libatkan tangkapan terhadap mereka dan sabitkan kesalahan.
Salam.
Anakbapak.