Guan eng Lu bukanya hebat sangat.Dok pembohong dekat rakyat sarawak menyatakan Pulau Pinang hebat dari segi pelaburan dan sosial ekonomi hanyalah retorik semata-mata rakyat sarawak tidak mudah ditipu oleh ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.walaupun akan mengangkat dirinya sebagai hero kerana berjaya.Paling tidak cerita ini pasti akan dimainkan kembali dan mendakwa beliau hebat berkempen disana dan mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah.
DAP tidak boleh dibiarkan menyuburkan dan menyemai benih-benih pengasingan dan dominasi bagi mengisi vakum-vakum dalam masyarakat Cina. Parti komponen Barisan Nasional wajar memainkan peranan yang lebih efektif dan peka menyampaikan semua mesej-mesej kerajaan kepada masyarakat Cina dan tidak lagi hanya bergantung kepada faktor rangkaian kuno yang wujud dalam masyarakat Cina sahaja. Mereka wajib mengisi semua vakum-vakum yang ada dalam masyarakat Cina dan menjadi lebih peka kepada sebab musabab punca wujudnya sesuatu vakum itu dengan justifikasi penyelidikan dan praktik yang lebih pragmatik. DAP lebih berusaha mengasingkan masyarakat Cina dari terus berasimilasi secara aman di dalam arus perdana masyarakat dan ini amat merbahaya dan mendatangkan musibah berpanjangan kepada masyarakat Cina itu sendiri.
DAP lebih tertumpu kepada Pendominasian Memaksa daripada Pengasimilasian Aman. Oleh itu, parti-parti komponen Barisan Nasional yang bertunjangkan kepada representasi kaum Cina wajar mendidik kaum Cina bahawa hidup bersama dan tidak mengasingkan kehidupan, budaya dan agama mereka daripada rakyat Malaysia lain adalah pilihan terbaik buat mereka. Mereka boleh memilih untuk berdominasi tetapi itu akan mengakibatkan tercetusnya Konfrontasi Berpanjangan yang tiada Kesudahan.
Penyelesaian bagi menangani DAP dan bagi meraih kembali sokongan penuh pengundi-pengundi Cina Bandar bukanlah terletak kepada berapa besar dan berapa banyak sekolah Cina di bina mahupun berapa ramai bilangan orang Cina diberikan peluang untuk bersaing di semua lapangan ataupun penghapusan Hak Istimewa Bumiputera; secara umum adalah seperti berikut:-
1. Mendidik golongan belia Cina Bandar melalui program sosial
kemasyarakatan.
2.Membentuk dan membentur jatidiri golongan belia Cina Bandar.
3 Menghapuskan dan mengecilkan semua punca-punca jurang perbezaan Taraf Sosial Inilah sebab utama Pengasingan kelompok belia Cina Bandar dengan kelompok belia-belia lain di pinggir bandar dan di luar bandar.
3.Mengisi kesemua vakum-vakum yang ada dan menjadikan setiap perbezaan itu merupakan titik kekuatan.
4. Melenturkan persepsi dan tanggapan negatif terhadap sejarah, budaya, gaya hidup dan agama kaum lain.
5.Mendidik bahawa persaingan sosial dan persaingan budaya merupakan sesuatu yang tidak bertamadun.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.