KPN semalam mengeluarkan kenyataan bahawa penyiasatan terhadap ketulenan video seks itu hampir selesai dan kertas siasatan akan dipanjangkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Polis juga memaklumkan seramai tiga orang telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 292 (Memiliki dan mengedar bahan lucah); dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan polis terhadap video tersebut turut mendapat bantuan pakar.Adalah difahamkan pakar yang terbabit adalah dari Cyber Security.
KPN memaklumkan bahawa siasatan mereka mendapati video tersebut adalah TULEN. Ini bermakna video itu bukan satu hasil fabrikasi melalui ubahsuai dan sebagainya; ia adalah rakaman sebenar. Namun KPN tidak menjelaskan siapa yang telah dikenalpasti 'beraksi' dalam video tersebut. KPN tidak mengiyakan atau menafikan bahawa individu dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.
Semasa berita mengenai video tersebut mula tersebar, NikNazmi dalam twitternya, mendakwa video itu adalah video 'doctored'; sebagai usaha menafikan keTULENan video berkenaan. Jelas dakwaan awal beliau meleset.
RafiziRamli, Pengarah Strategi PKR pula cuba memberikan alibi untuk Anwar Ibrahim menggunakan timestamp posting di Twitter dan Facebook. Hasrat beliau untuk membuktikan bahawa AnwarIbrahim tidak mungkin orang yang dirakam dalam video tersebut dipatahkan oleh beberapa blogger pro Kerajaan yang membuktikan bahawa Anwar telah 'hilang'(tidak ber'tweet' dan ber'fb') selama dua jam.
Tempoh ke'hilang'an AnwarIbrahim adalah berpadanan dengan julat masa video tersebut dirakam berdasarkan timestamp di video. Rafizi akhirnya termalu dan tidak terus mempertahankan hujah alibinya setelah dirungkai oleh blog MIM.
Setelah kenyataan KPN semalam, yang menyatakan bahawa video tersebut adalah TULEN, mereka yang pro-Anwar menimbulkan persoalan kenapa KPN tidak menyatakan bahawa individu dalam video tersebut adalah Anwar atau bukan. Sekiranya KPN memaklumkan semalam bahawa individu tersebut adalah Anwar Ibrahim, adakah mereka akan menerima kenyataan tersebut? Kenapa tiada persoalan berhubung jam tangan jenama Omega yang turut diserahkan oleh Dato' Eskay kepada polis?
KPN tidak faham atau mereka yang mempersoalkan kenyataan KPN itu yang sebenarnya tidak faham?
Artikel disiar Malaysiakini:
Video seks: Ketua Polis Negara tidak faham Wira Arjuna Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'. Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat. Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.
Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?
Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.
Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan. Kunci segala-galanya Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.
Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan. Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.
Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan. Mereka yang dimaksudkan adalah: Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.
Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Berjumpa Perdana Menteri Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di bangunan Parlimen pada 22 Mac. Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.
Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan! Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara semalam itu.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.