Adakah Azmin sedar masyarakat cina telah bersatu untuk meneruskan agenda yang tersirat serat tersurat dengan memecah-belahkan Melayu supaya senang DAP masuk daun dan mencelah meneruskan agenda mereka.Kita telah melihat bagaimana PAP di kota singa telah melenyapkan melayu di republik itu hilang segalanya dan kuasa politik apakah kita mahu menjadi seperti itu.sama-sama kita renungkan.
Atau takut PAS bersatu dengan UMNO berikut kenyataan Datuk Ahmad Maslan:
KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.
“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.
“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.
Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.
Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.
“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.
MKP kata Azmin jawab dulu kes skandal Anugerah tuhan dengan bini hang,lepas tue baru meroyan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.