Sunday, April 24

OMEGATELOQ:Pas digesa nyata pendirian ‘ali baba’ DAP


Pas didesak supaya menyatakan pendirian berhubung dakwaan amalan ‘ali baba’ yang dilakukan oleh sekutu mereka, DAP untuk mendapatkan kontrak di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu sekiranya benar adalah tidak bertanggungjawab selain menunjukkan Pas seolah-olah menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP dalam pentadbiran negeri ini.
Ini kerana, katanya, Pas ketika mula mentadbir Selangor bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan akan membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di negeri ini.
“Namun, apa yang berlaku sekarang, DAP dikatakan telah mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera dengan tujuan mendapatkan kontrak projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.
“Paling dikesali hasil keuntungan projek tidak diperoleh, syarikat kontraktor bumiputera, sebaliknya dikaut oleh seorang kontraktor bukan bumiputera yang kemudiannya disalurkan untuk kepentingan DAP.
“Jadi, apakah pendirian sebenar kepimpinan Pas dalam hal ini? Bagaimana dengan agenda untuk membantu bumiputera? Jika dakwaan ini benar, kita andaikan Pas gagal membantu orang Melayu dan hanya menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada DAP,”

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.