Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai ahli lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).
Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.
Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi menggunakan perkataan itu.
READ MORE
MKP:Lan kali JEFF OII Buat lagi,,,,,,,padan muka.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.