Wednesday, May 18

“Beruk Kena Belacan” Bila Rakyat Persoal Janji Pilihanraya


Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus menasihatkan pemimpin pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini agar berhenti berkelakuan seperti anjing takut bayang-bayang.
“Cuba luangkan sedikit masa melihat cermin tengok dan nilai kelemahan sendiri sebelum terus menyalak mencari salah orang lain. Sudah lebih tiga tahun memerintah Selangor, apa yang mereka buat?
“Sekarang bila mereka nampak rakyat sudah bangkit mereka tuduh kita buat taktik kotor untuk rampas Selangor.  Rakyat meluat sebab mereka cakap tak serupa bikin, rakyat tagih janji mereka dulu…kalau mereka tak mampu tunaikan takkan nak salahkan BN pula”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor kononnya BN menggunakan taktik kotor untuk rampas semula negeri ini termasuklah tuduhan pemberian 2,000 status kerakyatan haram buat PATI dan warga asing.
Tegasnya rakyat Selangor sebenarnya sudah dapat menilai sejauh mana kemampuan pakatan pembangkang memerintah negeri ini berbanding BN.
Malah tambah beliau banyak janji-janji yang ditaburkan pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu gagal ditunaikan sehingga kini yang membuatkan rakyat marah dan kecewa.
“Kita ambil contoh projek pasir saja bagaimana mereka janji akan dapatkan pendapatan RM150 juta tapi mereka hanya dapat kutip tak sampai RM6 juta…kawasan banyak berlubang tapi hasilnya hilang entah ke mana.  Ini belum lagi soal pembaziran hampir RM1 juta untuk papan iklan politik untuk mansuhkan ISA, pilihanraya pilih ketua kampung hampir RM90 juta…. banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.