Friday, May 27
CANDU SUBSIDI.
Perkataan subsidi seolah-olah menjadi kata keramat dan kadangkala ditakuti apabila adanya kenyataan dari pihak pemerentah kemungkinan subsidi bakal diselaraskan.
Subsidi juga dalam kebanyakkan hal seolah olah dijadikan tongkat keramat oleh bangsa melayu, lalu timbul satu tanggapan songsang yang menyatakan tanpa subsidi melayu akan gagal bersaing, isunya benarkah begitu?
Bukankah ramai petani, peniaga, pekilang, usahawan dan pelajar melayu yang berjaya kerana inisiatif kendiri dengan peranan subsidi hanya mengambil tempat pada tahap yang minima? Sepatutnya kejayaan sebegini dihebahkan bagi membuang kepercayaan umum bahawa tanpa subsidi rakyat akan susah dan negara akan hancur.
Kepercayaan karut ini samalah seperti tanggapan masyarakat bahawa PAS itu Islam dan PKR itu perjuangkan keadilan. Tanggapan salah ini telah menjadi barah yang kian merebak dan dalam jangka panjang mampu melemahkan saraf survival masyarakat.
Lebih malang golongan yang paling banyak menerima faedah subsidi menjadi golongan yang cukup kuat menentang kerajaan dan konsisten pula membangkang apa saja dasar kerajaan, ini telah memberikan mereka faedah besar, barangkali satu kajian mendalam perlu dibuat perihal ini.
Barangkali juga kewujudan kelompok angkuh, sombong dan ego ini sikap mereka yang mahu mentertawakan kelompok lain yang menerima subsidi, lantas mereka menjadi manusia yang tidak mengenal erti dan konsep bersyukur, berterima kasih dan kurang pula muhasabah diri, memikirkan bertapa beruntungnya mereka selama ini.
Dengan tanggungan subsidi kerajaan pada tahun ini bakal mencecah rm23 bilion dan dijangka meningkat keangka rm40 bilion, bayangkan apakah subsidi ini membawa lebih banyak kebaikan ataupun keruntuhan dan hanya dengan penilaian yang adil barulah pendapat kita menjadi lebih tertib, praktikal dan ada hujahan ilmu.
Bukannya seperti kenyataan ambil kesempatan dan wacana retorik yang sering dilontarkan pas, pkr dan dap. Mereka hanya bijak membangkang sehinggakan selalunya mereka sendiri keliru dan tidak faham apa yang mereka sedang bangkangkan.
Mungkin juga golongan ini dilanda sinrom 'CANDU SUBSIDI' jika sehari tidak menyebutnya, mengulas tentangnya mereka akan ketagihan dan menjadi tidak bermaya sama seperti penagih dadah yang ketagihan atau morfin
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.