Anak saya diikat didera dan dihumban ke dinding bagai penjenayah berat oleh ustaz Pas di sekolah Agama milik penuh parti PAS itu. Begitulah cerita tentang kejadian oleh bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34 bagaimana anaknya Saiful Syazani yang berumur baru 7 tahun didera sebegitu teruk hingga membawa maut.
Yang terlalu menyedihkan umat Islam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Sekolah ini juga dimiliki sepenuhnya sebuah parti yang kononnya 100% Islam dari Islam. Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam cukup kecewa dengan tragedi ini. Lebih-lebih lagi suspek, adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama yang bergelar ustaz pulak tu.
Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan didera dengan begitu teruk, mangsa juga dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM 7.
Pelajar tersebut, yang dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak diendahkan.Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh suspek atas disyaki mencuri.
Dalam hal ini pemimpin Pas dilihat membisu langsung tidak ada apa-apa kenyataan daripada mereka. pemimpin Pas lebih sibuk mempertahankan video seks Anwar Ibrahim sehingga lupa pembunuhan yang berlaku terhadap kana-kanak berumur 7 tahun.
Dalam hampir semua lama blog pembangkang termasuk Malaysiakini, Harakah dan laman yang sebodohnya langsung tidak memaparkan jenayah yang cukup kejam yang dilakukan oleh ustaz dari parti Islam dari Islam. Mereka lebih gemar mempertahankan video seks Anwar Ibrahim, kerana bagi mereka anak itu tidak penting yang lebih penting adalah Anwar Ibrahim, kerana Anwarlah yang akan memberi kesinambungan politik pembangkang.
Kata Saiful Marzuki lagi, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.
“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Dia juga pelajar cemerlang dalam pelajaran, beliau juga tidak pernah membuat apa-apa masalah kepada saya,” katanya kepada TV9.
Pada akhir kata-kata kepada TV9, Saiful Sopfidee Marzuki berkata dalam masa terdekat ini janganlah ustaz Pas pembunuh itu berjumpa dengan beliau, kerana beliau khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku terhadapnya.
http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/
ReplyDeleteboleh lawati web diatas untuk cerita versi juak2 PAS!...
memang tak logik langsung!