Thursday, May 26

Ibu Pejabat PKR Dilelong?


PKR bakal diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.
Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000″.
Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.
Pada 2008, ibu pejabat parti itu berpindah dari sebuah pejabat kecil di Brickfields, Kuala Lumpur ke bangunan sekarang di Merchant Square Tropicana.
Bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini. Tambah Leong berkata PKR sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk berpindah.
Apabila ditanya mengapa PKR tidak berbuat demikian daripada mula, Leong berkata tindakan tersebut adalah untuk menjimatkan dana parti bagi ‘operasinya’.
“Kami belum buat keputusan lagi. Semuanya bergantung kepada perbincangan oleh pemimpin parti,” katanya,
Apabila diasak mengenai siapa pemilik bangunan itu, Leong yang memegang jawatan bendahari sejak 2008 tidak mahu mendedahkannya.
“Saya tak boleh ingatlah. Saya kena semak dulu dan bagi tahu awak,” katanya.
Apabila ditanya sama ada bangunan berkenaan milik ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen, beliau menafikannya.
Menurut sumber lain pula pemilik bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square,Tropicana, Petaling Jaya iaitu Datuk Soh Chee Wen yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim telah meminta PKR mengosongkan bangunan tersebut.
Datuk Soh bukan sahaja meminta PKR keluar dari bangunannya malah kami difahamkan beliau juga menuntut PKR membayar RM 800 ribu kepadanya kerana semenjak bangunan itu digunakan oleh PKR dari tahun 2008 hingga kini, parti itu tidak pernah membayar sesen pun kepadanya.
Lebih pedih dan memilukan lagi, difahamkan bangunan itu akan bertukar menjadi pejabat parti KITA sebaik sahaja PKR keluar.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.