Saturday, May 7

"Kedah di bawah PAS" bakal jadi sejarah

E-mail matkilau Penang terima dari rakan cina dari alor setar kedah.Luahan rasa hati beliau.


"Air yang mengapungkan perahu itu, bisa mengaramkan perahu."
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah yang didominasi PAS, nampaknya belum memahami maksud pepatah Cina ini.  Walaupun pilihan raya umum 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana Kedah ditawan oleh pembangkang, dengan bantuan undi bukan Melayu, namun kerajaan PR tidak akur kepada suara rakyat setelah berkuasa.

Dasar berbau "perkauman" yang terpesong dari pendirian PR, malah memperlekehkan masyarakat Cina digubal, mencetuskan kekecewaan dan kemarahan komuniti Cina tempatan."Sebelum 8 Mac 2008, saya berusaha untuk memastikan ahli keluarga saya, kawan saya, jiran saya mengundi untuk PAS.  Pada pilihan raya umum yang akan datang, saya akan memastikan ahli keluarga saya, kawan saya dan jiran saya tidak mengundi PAS!"

Demikianlah yang diperkatakan oleh seorang pemaju Cina di Kedah .Suara masyarakat Cina dengan lantang berbunyi, "seandainya kerajaan Kedah tidak akur kepada suara rakyat, memperbetulkan apa yang salah dengan segera, maka orang Cina di Kedah sanggup mengembalikan 'kerajaan lama untuk 50 tahun', daripada mengekalkan 'kerajaan baru yang makin ubah makin teruk'. "

Kualiti barisan EXCO rendah

Tiada orang menjangkakan bahawa pembangkang berupaya menawan kubu Barisan Nasional di Kedah.  Sebelum PRU ke-12, penduduk tempatan memujuk agar ahli profesional bertanding menyarungkan jersi PKR.  Namun demikian, kerusi yang dibahagikan kepada PKR tidak mendapat sambutan, lantaran itu diisi dengan calon yang kualitinya lebih rendah.

Bagaimanapun, tsunami politik telah menghancurkan kerajaan BN di Kedah kemudiannya.  Kuasa tidak berbau.  PAS, PKR dan DAP merampas kuasa dengan menawan 22 dari 36 kerusi DUN.

Menurut seorang penyokong PR tempatan, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebelum ini hanya menjangkakan bahawa PAS akan bertahan di Kelantan, sementara merampas kuasa di Terengganu.  Setelah penyokong PR memaklumkan kepada Ustaz Nasharuddin bahawa keadaan di Kedah menampakkan peluang untuk pembangkang, barulah diumumkan secara terbuka bahawa PAS berupaya memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ini menunjukkan bahawa "kerajaan negeri Kedah" tidak terjelma dalam minda pemimpin pembangkang sebelum PRU ke-12, ketika merangka strategi untuk merampas tampuk kuasa.  Maka ia berakhir dengan barisan Exco yang berkualiti rendah.  Malah, antara parti komponen PR, ADUN dari PKR memperlihatkan keupayaan yang paling rendah, langsung tidak berdaya untuk mengimbangi PAS dalam mesyuarat Exco negeri.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.