Perbuatan melarang wartawan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang amatlah tidak waras dan hanya memperlihatkan kesempitan pandangan terhadap sistem demokrasi yang turut dilaungkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.
Pakatan Rakyat seharusnya lebih prihatin, bersikap profesional dan memahami tugas wartawan yang melaporkan untuk disalurkan kepada pengetahuan rakyat, tiada siapa boleh menghalang wartawan daripada membuat liputan mengenai perkara yang bersangkutan urusan kerajaan yang ada kaitan dengan rakyat.
Malaysia negara demokrasi dan media berperanan untuk melaporkan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyatnya.
DUN Pulau Pinang, semalam, meluluskan usul melarang wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri dan membuat liputan sidang DUN pada masa depan.
Usul tersebut turut melarang wartawan Utusan Malaysia untuk berada di pekarangan dan memasuki bangunan DUN.
Usul itu dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Yang Keempat DUN Ke-12.
Ia adalah cadangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang selepas siasatan mendapati laporan Utusan Malaysia yang bertarikh 11 November 2010 mengenai kos kerja pembaikan banglo kediaman Guan Eng berjumlah RM1.5 juta adalah tidak tepat.
Guan Eng berkata, selain laporan kos pembaikan banglonya tidak tepat, berita muka depan akhbar itu bertajuk ‘Malaysia Negara Kristian? beberapa hari lalu turut menjadi faktor usul berkenaan dibawa ke DUN.
Pada 11 November 2010, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya di DUN bahawa kos kerja pembaikan banglo yang didiami Guan Eng mencecah RM1.5 juta.
Laporan media itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan negeri dan sebanyak dua mesyuarat diadakan untuk membincangkan hasil siasatannya.
assalamualaikum
ReplyDeleteDiharap dapat menglinkkan DAN follow blog kami di blog anda.. dan jika kami belum menglinkkn blog anda diharap memberi maklum balas.. terima kasih
- PEJUANG REVOLUSI 1957 ( BLOGGER BARU DARI PULAU PINANG )