Mereka yang mengenali PKR secara dekat tidak yakin Ketua AMK Shamsul Iskandar Mt Akin dan konco-konconya berani jadi orang bodoh dan hilang akal macam pengikut ajaran songsang sampai sanggup mencemarkan kesucian masjid hingga mencetuskan kemarahan ramai pihak tidak dapat 'restu' Anwar..
Namun, tolak sebelah Anwar yang tengah mengelabah tetapi kena maintain control macho dan steady...mata ramai orang kini menjeling kearah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Tidak salah beliau terpaksa setia kepada suaminya Ketua Pembangkang itu dan memang diketahui sebagai Presiden PKR ‘ atas kertas saja’ tetapi kerana rasminya penyandang jawatan nombor satu parti beliau kena jawab kenapa ahlinya boleh buat gila dalam masjid untuk menghalang Eskay bersumpah.
Meminjam kata-kata ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin, selama ini Kak Wan memilih kesetiaan berbanding kebenaran.
Itu hak Kak Wan sebagai isteri. Islam menyuruh isteri setia dan taat pada suami.
Kak Wan mungkin tidak sedar ramai orang termasuk sesetengah orang dalam PKR,PAS dan DAP sendiri tersenyum sinis bila beliau sendiri istihar suaminya itu ‘anugerah Tuhan’ masa Konvensyen PKR tahun lalu.
Apa nak buat Kak Wan selama ini dicucuk hidung atas nama setianya seorang isteri.
Begitu juga Kak Wan selama ini kena berlakon untuk mengabui mata rakyat dan penyokong taksub.
Runtuh dunia kalau Kak Wan berani ‘korner baring’ mengaku Anwar buat begitu dan begini atau kata jam Omega tiada dalam simpanan Kak Wan.
Kak Wan boleh memilih terus setia hingga ke akhir hayat kepada Anwar.
Ini kerana Kak Wan tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa jadi labu-labu pada satu anugerah tuhan yang bakal jadi si luncai yang nak terjun
Wan Ajijah harus sedar,dlam banayak2 kurnia dan anugerah Allah itu terdapat anugerah yang dinamakan 'Istidraj'
ReplyDeleteSebagai manusia kita sering
keliru dan leka...maka fikir2kanlah.