Tuesday, May 17

REFOMASI SEMULA ATAU TRANFOMASI SEMULA.



Keputusan Anwar Ibrahim PASTI tidak akan diterima oleh pembangkang. Isu video Carcosa juga tidak diterima mereka. Mereka tidak percaya dan penyokong PKR semakin rapat dalam keadaan-keadaan seperti ini untuk terus melakukan gerakan reformasi sebagaimana tahun 1998. Mereka sekarang ini sudah menyusun strategi. Namun mereka sudah seakan tahu cara dan bagaimana untuk mengerakkan semula Reformasi 1998.

Tidak ragu lagi dengan keadaan yang ada ini – Gerakan Reformasi akan terbentuk semula dengan ikon baru untuk ditonjolkan sebagai pejuang reformasi. Siapa agaknya ikon tersebut?sudah nampak nama-nama yang akan dipetik menjadi ikon baru dalam gerakan baru reformasi – Ezam Baru akan muncul – Lokman Baru akan muncul – Tien Baru akan muncul dan mereka akan terus menerajui gerakan reformasi ini.

Mereka akan berkorban dan terkorban di akhir perjuangan sebagaimana pejuang-pejuang lain dalam Gerakan Reformasi sebelum ini. Namun alasan standard bagi mereka yang sudah dapat sesuatu hasil dari pengorbanan orang lain adalah – pejuang tidak mengharapkan balasan – balasan serah saja pada segelintir pejuang plastik yang mengambil nama politikus.

Selaku antara mereka yang pernah hadir dalam gerakan reformasi ini – perjuangan itu akhirnya menjadi perjuangan politik dan politik tidak kenal manusia – tidak kenal hati dan perasaan – tidak kenal kawan, politik hanya tahu kalah dan memang – dapat dan tidak dapat. Itulah sebabnya timbul barisan kata-kata yang mengatakan – dalam politik tidak ada kawan dan tidak ada lawan. Semua berkisar kepada apa yang mereka hendak dan apa yang mereka rebut.

Mungkin kematangan mengajar kita – masuk politik adalah bersedia untuk bertempur, bunuh membunuh politik dan rebut berebut untuk mendapatkan kuasa dan akhirnya rakyat juga yang dibawa belayar mengejar mimpi yang tidak menentu. Soal-soal kemanusiaan hanya alat untuk memukau, memujuk dan menipu. Kalau dahulu kita pernah berdiri di hadapan jentolak yang disiapkan dan diluluskan oleh Menteri Besar Selangor pada waktu itu Datuk Seri Khir Toyo hari ini kita berdiri juga melihat Menteri Besar Datuk Khalid Ibrahim bertindak serupa.

Ingat – akhirnya suara rakyat menentukan dan politikus yang tidak amanah ini akan dimamah oleh rakyat – yang sudah semakin matang – menolak politik memastikan hasrat rakyat terbela. Namun ini akan mengambil masa. Kita masih melihat apa yang ada adalah matlamat menghalalkan cara.

Ramai yang mengatakan bahawa isu Anwar Ibrahim adalah isu yang menggugat keharmonian negara ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong Anwar dalam melihat aspirasi dan kehendak rakus meningkatkan kedudukan politiknya TETAPI itu hakikat politik. Beliau berdiri atas senario yang ada – hakikatnya beliau ditentang sama dengan cara beliau mencabar dan beliau menentang sama dengan hakikat beliau dicabar. Cabar dan dicabar inilah politik namun kehilangan kematangan dalam politik itu menjadi racun kepada rakyat. Akhirnya agenda rakyat jatuh nombor 2 sementara agenda politik individu naik menjadi agenda utama ahli politikus.

Dalam pada itulah keputusan – apa sahaja yang dibuat oleh kedua pencabar politik tanah air ini sering di kritik – dikutuk dan di tolak biarpun ia adalah untuk kebaikan bersama. Mungkin sudah sampai masanya intelektual dan mereka yang menjadi pemerhati politik bertindak bukan ke atas politikus tetapi mula bertindak untuk mematangkan rakyat tanpa ada batasan wadah dan tanpa tersekat halkum untuk membicarakan isu secara selamat biarpun ada kepentingan mendadak untuk menongkah arus. Setakat hari ini – usaha mematangkan rakyat dan memulakan gerakan kesedaran kematangan berpolitik perlu ada. 

Bagi kami – politik baru yang berintegriti dan matang adalah hasrat kita. Namun- setakat ini, masih belum kelihatan.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.