Friday, June 17
AGENDA DAP TELAH TERSERLAH.
Agenda DAP telah terserlah mahu mempolitikkan Masjid supaya melayu Pulau Pinang berpecah belah bagi meneruskan agenda seterusnya bagi mengekalkan penguasaan DAP dapat diteruskan di Pulau Mutiara.Pencalonan jawatankuasa masjid akan diteliti oleh pengikut tegar DAP pastinya melayu yang bertopengkan Syaitan dan mengenal pasti yang dipilih bukan dari ahli umno atau sekutu dengannya.
Melayu yang sebegini adalah umpama duri yang akan menghancurkan umat islam di Pulau Mutiara.Berikut adalah apa yang ditafsirkan oleh rakan blogger Anak Seberang.
Inilah antara dua wajah dari ramai yang tersingkir sebelum bertanding akibat permainan kotor Rejim DAP yang menguasai Pulau Pinang dalam mengadakan pilihanraya Masjid. Mereka tewas sebelum bertanding disebabkan borang pencalonan mereka ditolak dengan tiada alasan yang kukuh namun AS yakin ini disebabkan hanya kerana mereka pemimpin UMNO.
Seperti yang AS jangkakan, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dengan mudah mempergunakan institusi Islam. MAIPP bertindak mengikut telunjuk DAP dengan mencantas nama nama calon pengerusi dan jawatankuasa yang pro UMNO yang telah menawarkan diri untuk bertanding.
Pengerusi Qariah Masjid Kampung Besar dan Pengerusi Qariah Masjid Sungai Kechil Yang kedua-duanya dalam Parlimen Tebal telah di cantas nama mereka oleh MAIPP. Menurut info, Pejabat Agama Daerah SPS yang dibawah MAIPP telah bertindak arahan dari 'tangan ghaib' yang dipercayai pemimpin politik pakatan haram. Majoriti pentadbir di pejabat Agama juga sebenarnya tidak setuju dengan peraturan baru ini, namun mereka terpaksa juga menurut arahan 'pihak atasan' demi menjalankan tugas.
Secara peribadi AS mengenali dan agak rapat dengan kedua-dua Individu ini. Mereka mempunyai peribadi dan nilai nilai murni pemimpin masyarakat di Qariah mereka. Sepanjang pengetahuan AS mereka berdua tidak pernah mentadbir Masjid secara berat sebelah.
READ MORE
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Pihak Berkuasa Agama Islam terlibat ?
ReplyDeleteUsaha untuk pecahbelahkan ummat Islam, betulka ni ?
Tapi, kalau tak betul siapa berani reka-reka.
Sudahlah, cukuplah, tergamak orang Islam memusuhi sesama Islam, kerana fahaman yang berbeza