Wednesday, June 8

APA DAH JADI?IKON PENANG DIPERSENDAKAN.



Kereta api Bukit Bendera hari ini rosak lagi, kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan selepas disambung semula perkhidmatannya pada 25 April dengan kos penambahbaikan RM73 juta. 

Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada Sabtu lalu pula, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal.

Hari ini, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit Bendera.


Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu dibawa turun dengan jip dan bas. 

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Lee Kah Choon, berkata siasatan awal mendapati masalah itu berpunca daripada sistem elektrik yang tidak berfungsi dengan baik. 

Lee berkata, beliau berharap perkhidmatan kereta api itu akan dapat disambung semula untuk pelancong sebaik saja masalah elektrik pulih sepenuhnya dan keadaannya selamat kegunaan untuk orang ramai. 


Rosli Ismail, 50, dari Johor berkata dia membawa keluarganya ke kaki bukit peranginan itu pada kira-kira 3 petang, tetapi kecewa kerana kereta api berkenaan mengalami kerosakan. 

"Kami tak sangka kejadian itu berlaku lagi kerana kami datang dari jauh dan ingin menikmati pemandangan indah di atas bukit, tapi notis yang dipasang pada pintu masuk menyatakan perkhidmatan kereta api ini dihentikan untuk sementara," katanya. 

Pada 22 Februari, operasi perkhidmatan kereta api berusia 87 tahun itu dihentikan bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan oleh Kementerian Pelancongan. 

Koc baru berhawa dingin buatan Switzerland yang setiap satu mampu membawa 50 penumpang, digunakan untuk perkhidmatan itu untuk membuat perjalanan tanpa henti dari bawah hingga ke puncak Bukit Bendera, berbeza dengan sistem lama yang memerlukan penumpang menukar kereta api di stesen pertengahan
.


MKP kata :Banyak sangat masaalah jadi mungkin pasal badi Guan Eng kot,mungkin duit tak cukup kot.nak maintain pun susah atau ada sapa=sapa kona bagi benda cheap sale.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.