Thursday, June 23

DAP MEMERINTAH PULAU MUTIARA JADI PUSAT JUDI.



Hampir sebahagian penduduk di Taman Puteri Gunung kesal dan kecewa apabila rata-rata pemilik perniagaan di kawasan itu menyalahgunakan premis mereka. 

Difahamkan, pemilik premis mendaftar perniagaan mereka sebagai kedai telekomunikasi yang sepatutnya menjual kad prabayar, kad tambah nilai dan telefon bimbit namun apabila penduduk ingin mendapatkan perkhidmatan berkenaan semuanya tiada. 

Apabila perkara berkenaan diselidik penduduk, mereka mendapati bahawa hampir keseluruhan premis kedai yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi terbabit menawarkan perkhidmatan judi iaitu nombor ekor. 



Penduduk yang mahu dikenali sebagai Khairul, 21, berkata, setiap hari dia melihat orang ramai berkunjung ke kedai itu.

“Di luar kedai jelas tertera sebuah premis menjalankan perniagaan telekomunikasi namun dalamnya menawarkan perkhidmatan nombor ekor.

“Saya yakin perkhidmatan telekomunikasi berkenaan adalah sebagai pelindung terhadap kegiatan mereka,” katanya.

Menurutnya, kegiatan berkenaan berlarutan sejak tiga tahun lalu dan ia semakin berleluasa apabila tiada pihak berkuasa yang tampil untuk membuat sebarang tindakan.

“Lebih mengecewakan, kegiatan berkenaan melibatkan orang Islam yang rata-rata terdiri daripada golongan warga emas.

“Sebagai generasi muda, saya berharap agar pihak berkuasa dapat menangani masalah ini dengan segera kerana perbuatan ini amat memalukan terutamanya golongan Islam dan ia seharusnya dibendung,” katanya. 



Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yati berkata, tindakan pemilik premis berkenaan yang menyalahgunakan pendaftaran perniagaan mereka seharusnya dikenakan tindakan tegas.

“Saya malu apabila pekerja kedai berkenaan dengan bangganya memberitahu bahawa meskipun kedai mereka didaftarkan atas perniagaan telekomunikasi, namun ia beroperasi sebagai kedai nombor ekor.

“Saya tidak tahu mana perginya pihak berkuasa kerana bukan kedai ini sahaja yang menjalankan kegiatan nombor ekor malah kedai kek serta beberapa premis di kawasan berhampiran juga turut menawarkan perkhidmatan nombor ekor, “katanya. 



Ternyata, dakwaan penduduk terhadap beberapa kedai telekomunikasi yang menyalahgunakan pendaftaran perniagaan mereka benar apabila beberapa penduduk termasuk warga emas menulis nombor ekor. 


MKP KATA:lama-lama Pulau Mutiara tukaq jadi Pulau Judi.Takkan Pihak Berkuasa dok tengok saja.Apa kejadah semua nie.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.