YANG ditunggu-tunggu sudah makin jadi kenyataan. Sejak pagi Rabu heboh cerita bahawa kumpulan Datuk Trio akan di dakwa di mahkamah pada pagi Jumaat ini.
Khabar angin yang disebarkan melalui SMS, Twitter dan Facebook itu mengatakan mereka bakal di dakwa kerana menayangkan video seks pada 21 Mac lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Kisah Datuk T yang merujuk kepada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Datuk Shuib Lazim akan di dakwa sebelum ini sudah beberapa kali kedengaran tapi tidak benar.
Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, kata Eskay dalam SMSnya “Comfirm,”.
"Apa-apa perkembangan lanjut akan diketahui petang ini," katanya.
Ramai yang tidak sabar hendak tunggu, apa yang akan diceritakan Datuk T di mahkamah nanti.
Sebelum ini, ada banyak khabar angin mengenai video yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur. Anwar sendiri menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan hasilnya kini Datuk Trio bakal di dakwa.
Drama ini bermula pada 21 Mac lalu, bila sekumpulan wartawan dipelawa menonton rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di ibu kota oleh sekumpulan lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.
Malah Eskay pada 29 April lalu melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bahawa beliau bersama Anwar berada dalam paparan video seks itu.
Dalam lafaznya, Eskay berkata, “pada hari ini 29 April, saya Shazyrl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, bersumpah bahawa aku dengan Anwar berada dalam paparan video pada 21 Februari 2011 dan Anwar adalah pelaku dalam video. Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat aku.”
Salam. Bagus la ... Bila pulak pelaku video seks nak didakwa?
ReplyDeletewake up,
ReplyDeletelepas nie pasti kena la,kita tunggu saja.