Suasana di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) malam ini tegang apabila lebih 200 penduduk setempat berarak dan bertembung dengan sekumpulan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkampung di kawasan itu sejak semalam.
DAP serta sekutu PKR suka jika persepsi memburukkkan keadaan, satu-satunya laluan menuju bangunan tersebut yang biasanya senyap sunyi bertukar hingar-bingar dengan jeritan bantahan penduduk yang berarak dari Dewan Milennium, dekat sini bermula pukul 9 malam.
Difahamkan, beberapa aduan dibuat kepada polis mengenai tindakan kira-kira 50 penyokong parti tersebut yang berkumpul di kawasan itu sejak petang semalam sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk selepas parti itu dikaitkan dengan perhimpunan haram 9 Julai ini.
Kumpulan penduduk itu turut disertai ahli Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas serta anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Belia 4B sekitar daerah ini.
Perarakan yang mulanya berlangsung aman bertukar tegang apabila kumpulan penduduk menghampiri bangunan IPD dengan laungan 'Allahuakbar' serta jeritan seperti 'negara kita ada undang-undang', 'jangan rosakkan keamanan negara' dan 'ini bukan negara komunis'.
Pada satu ketika, keadaan seperti tidak dapat dikawal apabila kedudukan dua kumpulan itu semakin hampir sehingga memaksa polis berada di tengah-tengah laluan bagi mengelak berlakunya pertempuran.
MKP jangan mulakan api kemarahan penduduk dengan Agenda Komunis,ini amat merbahaya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.