Sunday, June 19
MALIK KASIM@ITIK LeTAK JAWATAN.
betulkah Malik Kasim akan meletak jawatan berikutan isu panas yang digembar-gemburkan sebelum ini.Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa Malik Kasim Exco Agama,Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal pengguna meletakkan jawatan beliau selepas didapati melakukan kesilapan besar dengan membelakangkan Yang diPertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam isu pilihanraya masjid baru-baru ini.
Presidennya,Rahmad Isahak kata malik bukan sahaja membelakangkan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai ketua agama islam negeri malah beliau juga gagal menilai situasi undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan rasmi bagi Kerajaan Negri sehinggakan melukakan perasaan umat islam.
KMPP menwakili 6500 umat islam pulau pinang menggutuk sekeras-kerasnya tindakan malik itik ini.Malik Itik seharusnya bertangjawab sepenuhnya dalam isu ini serta meminta maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam akibat ketelanjurannya yang telah menyusahkan pelbagai pihak.“Orang Melayu Pulau Pinang tidak memerlukan pemimpin seperti beliau untuk menegakkan syiar Islam,”
Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri kerana perbuatannya itu memalukan.
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) juga tidak boleh sewenang-wenangnya membuat dasar atau polisi secara tergesa-gesa atas tekanan pihak lain terutamanya perkara berkaitan undang-undang sehingga boleh menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan.
Rahmad berkata, selain memohon maaf kepada orang Islam, Malik juga wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon maaf kerana membelakangi Tuanku dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.