Tuesday, June 14
TAHNIAH:MELAYU YANG DOK ADA MEMALUKAN MELAYU.
Polemik baru kerajaan DAP Pulau Pinang itu bakal mengheret institusi masjid ke kancah politik kepartian, sesuatu yang mungkin berlaku kerana sudah tentu ia akan bakal ditandingi individu yang menjadi ahli sesebuah parti politik.
Dengan penyebaran ideologi parti yang berbeza sudah tentu akan mencemarkan masjid yang mungkin menyebabkan peranannya untuk menjadi tempat umat Islam beribadat serta mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain bertukar kepada tempat berpolitik
Masjid adalah tempat kita beribadat...takkan kita hendak bermasam muka ketika hendak beribadat. Inilah mungkin kesan yang akan berlaku sekiranya pilihan raya masjid diadakan juga.
Kerajaan negeri seharusnya melihat kepada kesan selepas pilihan raya masjid sebelum melaksanakannya bukan hanya mendengar pandangan segelintir pihak, kita tidak mahu melihat akan timbul persengketaan di kalangan ahli kariah masjid selepas proses itu selesai.
Lihatlah kesan selepas pilihan raya baik umum atau kecil, di mana masih wujud perasaan benci hanya kerana persengketaan yang wujud ketika proses pilihan raya sedang berjalan di mana ada kempen menyerang peribadi seseorang.
Tidak hairan sikap seumpama itu akan timbul selepas pilihan raya masjid yang mana ada tempoh berkempen diberikan kepada calon, mungkin kempennya tidak sepanas dengan pilihan raya umum, tetapi ia tetap ada lebih-lebih lagi terdapat kemungkinan akan ada parti politik yang terbabit dengannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).
"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,”
Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: “Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri.”
Sudahlah Malik itik janganlah dok putaq belit kata sebelum nie BN pernah buat pilihanraya masjid.kalau benda nie jadi jugak berpecahlah melayu dan diucapkan tahniah kepada Malik itik nie pasal hang semua jadi dalca marba ketua menteri paling celaka akan membuat caturan terbaru dan memberi malik itik tanah kubur yang paling selesa buat hang lepas tue semua anak cucu le[pas nie pakat pi kencing atas kubur hang.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.